Wednesday, January 7, 2015

MUKADDIMAH BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM

(Mesyuarat Malaysia - Nizamuddin - 08/09/2013). Tuan2 yg mulia. Hargailah masa masing2. Jgn binasakan masa sendiri. Masa adalah nikmat Allah dan amanah dari Allah. Masa yg berlalu tak boleh diambil semula. Masa habis kerana mati. Tidak ada peluang lagi utk dia beramal. Hadith: “apabila mati anak adam, maka habislah masa dia.” Masa ada amal tertentu, tapi kita dah terlepas dari berbuat amal tersebut, ini satu cara lagi masa akan habis. Cth: kita tak solat subuh pagi ni, maka sampai kiamat kita tak dpt solat subuh pagi ni. Esok subuh ada lagi tapi itu subuh esok, bukan subuh hari ni. Kalau kita guna masa dgn betul, alhamdulillah. Tapi kalau kita tak guna, maka dia tak akan dtg lagi sampai bila2 pun. 

Jadi, sesiapa yg tak guna masa utk buat amal pd masa itu, maka dia rugi. Tuan2 faham? Jgn tidur masa dengar bayan. Oleh itu, kita kena jaga masa kita. Kita jadikan masa kita berfaedah. Keluar 4B, 40H - apa kita dihantar utk maksud itu, kita sempurnakan. Ada org yg dah lapangkan masa dia dpd kerja2 dunia dia, keluar di jln Allah, maka dia kena buat kerja masa keluar, kalau tak buat kerja masa keluar, dia akan rugi. Dunia rugi, agama pun rugi. Kerja dunia dah tinggal, masa keluar disia2kan. Masa di jln Allah sgt2 bernilai. Masa di jln Allah dpt hasilkan kebaikan dan menafaat yg besar2 utk diri sendiri dan utk org lain. Org yg jaga masa dan amal, diri sendiri dpt menafaat dan org lain dpt menafaat. 

Amal masa keluar dijln Allah sgt berharga. Gunakan masa utk sempurnakan zikir pagi dan ptg dlm masa 15 minit. Dlm masa 15 minit juga dpt ajar satu org surah fatihah. Selama mana org yg dia ajar tadi baca surah fatihah tu, selama itulah kita akan dpt pahala dia. Dlm masa 15 minit kita boleh dakwah satu org, targhib dia, bagitau kepentingan keluar jln Allah, jadikan dia da’i. Dlm masa 15 minit kita boleh ubah kehidupan dia. Kita hanya usaha 15 minit, targhib, ikram, bagi minum chai. Dia sedia utk keluar jln Allah, dia faham kerja agama, dia akan berterusan buat kerja agama, masuk syurga, bnyk mana kita guna masa utk dia? Hanya 15 minit. Kadang2 org yg buat dakwah, kebolehan dan kemampuan dia kurang tapi org yg dngr ada kebolehan dan kemampuan yg lebih. Maka dia telah maju ke depan dlm usaha agama. Dia pergi ke seluruh dunia utk buat kerja agama. Sebnyk mana ganjaran dan pahala yg dia dpt, sebnyk itulah juga org yg usaha atas dia dlm masa 15 minit tadi dpt juga. Inilah kerja khatammun nabuwwaah. Tuan2 faham? 

Masa yg sepatutnya kita dpt kebaikan yg begitu banyak, kita musnahkan, pergi bazar, beli brg2. Dgn perantaraaan handphone (HP) kita, dlm HP ada benda yg haram, dlm masa 15 minit macam2 dosa dibuat, berapa banyak bala kita akan dpt. Berapa banyak bala kita tarik utk diri kita. Dlm masjid tengok HP, dlm masjid cakap HP. Padahal dlm masa 15 minit kita boleh buat kerja kebaikan yg begitu besar. Kita pergi bazar, habiskan masa di bazar. Habiskan duit kita di bazar. Duit kita utk bazar ke? Beli brg2 kerana disini harga murah. Adakah utk ini kita dtg? Ini org luar, dtg india dpt brg lebih murah, beli hadiah utk isteri. Adakah sehingga skrg isteri kita tak ada benda macam tu? Org yg pergi bazar beli brg2, maka dia buat tabligh brg, dia adalah tablighi bazar. 

Org yg tengok dia beli, org lain pun akan beli juga brg di bazar. Nabi s.a.w bersabda: tempat yg paling buruk sekali ialah pasar/bazar samada pasar madinah atau pasar mekah di sisi Allah s.w.t. Tempat yg paling baik ialah masjid. Dgn perantaraan usaha ini, satu org jadi pemegang amanah utk nyawa dan harta dia. Jadi org yg amanah. Selagi kita tak jadi org yg amanah, selagi itu agama kita tak terbentuk. Diri dan harta kita bukan milik kita. Diri dan harta milik Allah s.w.t. Setiap org islam patut jadi org yg amanah dlm diri dan harta dia. Allah akan tanya dari mana kamu dpt harta kamu. Dimana kamu belanjakan harta kamu. Masa dan umur kamu dimana kamu gunakan. Skrg kita jadi merdeka dlm hal harta dan nyawa, mana kita suka kita belanja, mana kita nak pergi kita pergi. Milik siapa harta dan nyawa kita? Milik Allah. tidak boleh digunakan ikut suka hati kita ttpi perlu digunakan ikut perintah Allah.

No comments:

Post a Comment