Wednesday, January 7, 2015

BAYAN MAULANA AHMAD LAT

(19/08/1992 - mesyuarat malaysia - Nizamuddin). Allah s.w.t jadikan dunia ini tempat mencari sesuatu dgn asbab. Dunia ini Darul Asbab. Allah perintahkan supaya kita mendpt dan menggunakan asbab. Begitu juga dgn amalan2 yg berkaitan dgn agama, kita perlu mengambil asbab kerana ia adalah sunnatullah. Allah zahirkan kudratNya pada asbab. Utk menghasilkan asbab, kita perlu mengikut peraturan yg betul. Sbg contoh, utk menyuburkan sawah kita menggunakan air, iaitu air biasa yang tidak bercampur dengan benda2 lain. Allah zahirkan kudratNya di mana benih yang di semai bercambah dan tumbuh. Allah s.w.t sentiasa beri sesuatu dengan cara ini, iaitu dengan asbab. 

Allah jadikan untuk manusia dapat keperluannya sama ada hendak makan, minum, harta kekayaan, anak-pinak dan lain2. Di mana2 pun di muka dunia ini, apabila manusia perlukan sesuatu perkara, ia mesti mengambil asbab. Keperluan manusia yang terpenting ialah hidayah. Asbab untuk hidayah ialah dakwah dan doa. Apabila doa dimakbulkan Allah, Dia zahirkan kudratNya, iaitu dgn memberi hidayah kpd sesiapa yg dikehendakiNya dan membinasakan sesiapa yg dikehendakiNya. Hidayah meningkat dan berkembang dgn jln mujahadah. Apabila dakwah dijlnkan pada tahap pengorbanan yg dikehendaki barulah dakwah itu betul dan Allah s.w.t akan tetap zahirkan kudrat dan keputusanNya. Apabila kita buat usaha dakwah dgn betul dan sungguh2, barulah Allah zahirkan dua faedah:

1. Hidayah pada diri sendiri. (Ini adalah jaminan Allah s.w.t). “Dan org2 yg bermujahadah di jln Kami, maka benar2 akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami” “Dan barang siapa yg bermujahadah, maka sesungguhnya mujahadahnya itu adalah untuk dirinya sendiri”

2. Jadi asbab hidayah untuk Allah sebarkan hidayah kepada orang lain.

Seorang kaya yg buka kedai, walaupun pelanggan yg dtg adalah seorg miskin dia mesti tetap merendah diri. Kalau dia bersikap angkuh dan bengis, siapakah yg akan dtg ke kedainya? Seorg alim telah dtg ke markaz Nizamuddin selepas kematian Maulana Yusuf rah. dan berjumpa dgn Hadratji Maulana Inamul Hasan dan menyuruh beliau menyediakan seorg yang bijak utk menggantikan tempat Maulana Yusuf rah. Ingatlah! Usaha Tabligh adalah usaha Baginda Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t tidak pandang kpd seseorang yg hendak tunjukkan kelancaran bercakap dan kepintaran. Sebenarnya Allah s.w.t sedang sembunyikan segala keajaiban dan kebolehan luar biasa itu pada diri hamba2 pilihanNya yg sebenar. 

Org yg menonjol diri bukan pada masa atau keadaan yg memerlukan dirinya adalah pilihan syaitan. Mengenepi atau membelakangi org2 lama dan golongan berilmu (ulamak) adalah juga kerja syaitan. Ujub dgn pengorbanan, ilmu dan amal adalah sifat syaitan. Tawadduk sampai menolak keperluan dan kepentingan umum di kalangan org2 yg berkemampuan juga adalah satu keaiban dan mainan halus dpd syaitan. Pohonlah petunjuk dan pimpinan Ilahi utk mengenal dan mengawal Khatar sendiri sekurang2nya. (Khatar= kebolehan, nilai, kepentingan, kelajuan). Perkara utama dlm usaha ini adalah ketaatan. Kita perlu taat kpd Allah dan Rasul serta Amer. Utk sampai kpd Allah kita perlu talaqqi melalui dpd bawah dgn betul.   

No comments:

Post a Comment