Wednesday, January 7, 2015

BAYAN MAULANA AHMAD LAT

(mesyuarat malaysia - nizamudin- 06/09/97). Maulana memberitahu bahawa setelah beberapa tahun semenjak zaman Khulafa Rasyidin, usaha dakwah secara ijtimai telah ditinggalkan sehingga Allah s.w.t membangunkan semula usaha ini melalui usaha yg dibuat oleh Maulana Ilyas rah. Usaha dakwah adalah mudah ttpi ia halus dan terlampau tinggi, kerana ia mempunyai hubungan terus kpd Allah s.w.t dan Muhamad s.a.w. Oleh itu sudah tentu mempunyai tertib dan peradaban tersendiri. Tertib kerja ya mulia ini telah diamalkan oleh para ambiya a.s. Dgn ini, dlm melaksana kerja dakwah seseorg itu perlu mempraktikkan sifat2 ambiya. Sejajar dgn hadith Rasulullah s.a.w bermaksud, “Kamu tidak akan menjadi seorg mukmin sehingga cara hidup kamu berdasarkan apa yg saya bawa”. Dalam usaha dakwah Nabi, mizajnya/tertibnya adalah seperti berikut: 

1. Melakukan apa yang dipercakapkan terlebih dahulu.

2. Melakukan kerja dengan penuh ummumiyat.

3. Menghargai orang dibawah dengan penuh kasih sayang dan ikram.

4. Dalam pengorbanan atas agama, mendahului korban berbanding dengan yang lain.

5. Pengamalannya melebihi dpd org lain, contohnya apabila beribadat memanjangkan rakaat. Nabi solat sehingga bengkak2 kaki.

Sifat2 mulia yang ada pada sahabat semuanya terbentuk dari usaha Rasullullah s.a.w, contohnya, Amir bin Said, apabila dia menjadi Amer, ia akan bercampur dengan makmumnya dan jika menjadi makmum, risau runsingnya begitu tinggi seolah2 ia menjadi Amer. Sehingga Rasulullah meminta sahabat yang lain, jadilah seperti Hadrat Amir bin Said. Allah meminta Rasullullah s.a.w berkorban spt gerak geri Nabi Ibrahim a.s yg dipanggil Kalilullah (kawan Allah) sehingga Nabi s.a.w telah berjaya membentuk ramai kaum Ansar dan Muhajirin berkorban utk agama Allah. Sehingga Baginda dipanggil Habibullah (kekasih Allah). Usaha Nabi asasnya ialah pengorbanan. 

Pengorbanannya yg mula2 ialah berhijrah meninggalkan Baitullah. Di mana Rasullullah s.a.w terlalu mencintai Baitullah yg mempunyai talian terus dgn Baitul Makmur. Baginda telah diperintahkan berhijrah ke Madinah tanpa membawa anak dan isteri, dlm waktu-masa yg tidak diketahui dan pergi ke tempat yg tidak diketahui. Inilah hijrah yg terbesar yg dibuat oleh Baginda Rasullullah s.a.w.  Melalui hijrah spt inilah agama tersebar. Oleh itu bagi memastikan agama tersebar maka Baginda telah memberi contoh bahawa Baginda melakukan terlebih dahulu.

Maulana Yusuf rah. memberitahu terdapat 3 golongan yang amalannya menjadi asbab hidayat:

1. Golongan ambiya a.s

2. Golongan sahabat r.a

3. Golongan siddiqin

Sifat2 mulia yg ada pada mereka menjadi asbab turunnya hidayat, rahmat dan berkat kehidupan manusia di dunia. Oleh itu perlu kita mengambil contoh pengorbanan tiga golongan di atas. Pengorbanan Baginda Rasulullah s.a.w begitu tinggi, apabila berlaku fatah Mekah semua org telah menunjukkan kpd Rasulullah. Tetapi ketika itu Rasulullah menundukkan dirinya dan mengatakan ia tidak membuat apa-apa. Sebaliknya mengembalikan semuanya kpd Allah. Sifat terpuji Rasulullah s.a.w ialah Baginda tidak pernah marah. Seorg itu apabila melahirkan sifat marah sebenarnya di hatinya ada ujub. Sifat marah adalah sifat syaitan. Oleh itu kita perlu usaha dan berdoa semoga sifat itu tidak ada dlm diri kita. Usaha agama tersebar berasaskan pengorbanan iaitu pengorbanan diri, harta dan perasaan. Tertib pengorbanan ini telah dibuat semenjak Hadzratji pertama, Hadzratji kedua dan Hadzratji ketiga. Intipati usaha ini dirangkumkan melalui usaha jemaah masjid. Sesiapa yg mengambil dan memegang usaha ini ia kan selamat dunia dan akhirat.

Pengajaran: Maulana memberitahu org lama yg hendak kekal dlm usaha ini ia perlu melibatkan diri dgn usaha jemaah masjid (kerja tempatan). Ini adalah sebenarnya kehendak (mansya) elders Nizamuddin. Seterusnya dlm membuat usaha ini kita perlu sentiasa membuat hubungan dgn elders di Nizamuddin dimana mrk membuat kerja dgn mujahadah. Iaitu melakukan semua perintah Allah secara yg ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Utk faham bagaimana kerja yg hendak dibuat secara baginda Rasulullah s.a.w semuanya perlu dirujukkan kpd elders. Utk meningkat dlm kerja ini, pengorbanan diri, harta dan perasaan perlu dibuat. Pengorbanan seseorg dgn seseorg yg lain adalah berbeza. Pihak yg menentukan pengorbanan seseorg ialah org bertggjwb yg dipilih utk mengendalikan mesyuarat (Syura). Disamping itu perlu kita membuat kerja secara mizaj baginda Rasulullah . Seterusnya membuat kerja dgn ummumiyat .

Maulana Ahmad Lat - 08/09/97

Utk tarbiyah manusia Allah s.w.t telah dtgkan para ambiya a.s dan rasul. Baginda Rasulullah s.a.w adalah nabi akhir zaman dan selepas Baginda, Allah s.w.t telah tggjwbkan kerja dakwah kpd ummatnya. Semua nabi diberi dua senjata iaitu dakwah dan doa yg mustajab. Semua ambiya a.s selain dari Rasulullah s.a.w telah menggunakan doa mustajab mereka, ttpi Rasulullah s.a.w belum menggunakan doanya kerana kerja kenabiannya belum disempurnakan selepas kemangkatannya dan akan diteruskan oleh ummatnya. Senjata doa Nabi s.a.w yg mustajab akan digunakan oleh Baginda pada hari mahsyar nanti. 

Pada hari mahsyar nanti, keseluruhan manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar yg penuh dgn kesengsaraan sehingga manusia akan berlari2 berjumpa nabi demi nabi, dari nabi Adam a.s hingga nabi Muhammad s.a.w meminta hisab dipercepatkan. Baginda ketika itu telah sujud memuji2 Allah s.w.t dgn menggunakan perkataan2 yg belum pernah dipersembahkan oleh manusia utk memuji Allah di mana pujian2an itu Allah sendiri yg ajar Baginda sehingga kemurkaan Allah s.w.t telah reda dan meminta Nabi s.a.w mendongak kepada Allah dan menanyakan apa yg beliau minta lantas Rasulullah s.a.w memohon hisab dipercepatkan dan Rasulullah s.a.w telah menggunakan senjata doa utk meminta doa keampunan ke atas umatnya sehingga Allah s.w.t menerima doa Baginda dan mengampunkan ramai umat Rasulullah s.a.w dan ramai yg berbondong2 memasuki syurga.

Maulana memberi tamsil bahawa kita yang membuat kerja agama ini perlu seperti perahu dalam ombak, di mana ianya perlu dikendalikan dgn sempurna supaya tidak karam. Usaha agama skrg kemurniaannya tetap sama seperti yg dibuat manusia kurun pertama (sahabat). Jika ia dibuat dengan teratur dan rapi pasti ia akan dpt menarik pertolongan Allah s.w.t. Masalahnya sekarang, kita yg melakukan usaha. Dlm usaha ini, Allah s.w.t sembunyikan berjuta2 hidayat, berjuta2 syurga utk org2 yg kufur seblm ini. Hadzratji Maulana Inamul Hasan rah. menyatakan usaha ini bergerak dan berjln semata2 dgn kudrat Allah s.w.t. Maulana memberi tamsil bahawa apb seseorg itu meganggap usaha agama berjalan hasil usaha seseorang itu ia diibaratkan spt seekor anjing betina yg berjln di bawah kereta lembu yg ditarik oleh lembu pada musim panas terik.

 Di mana apb lembu itu menarik kereta lembu berkenaan maka anjing itu ikut berjalan. Sang anjing menganggap bahawa ia yg menarik kereta berkenaan. Sesungguhnya kita telah diberi tggjwb utk membuat usaha agama di seluruh dunia seluruh alam. Di samping itu usaha perlu juga dibuat bagi menjaga amalan infradi sptimenjaga gasht pertama, gasht kedua, tertib keluar 3 hari setiap bulan. Disamping itu, sikap ikram, rendah diri dan ikhlas perlu ditambah. Jika perkara ini tidak dijagai maka usaha dakwah seseorg itu akan cacat. Utk mengatasi perkara ini, perlulah karkun2 selalu dtg ke Nizamuddin supaya faham mizaj org2 tua di Nizamuddin. Sesungguhnya dlm membuat usaha agama ia memerlukan mizaj (pendekatan) rasul2 a.s. Apa dia mizaj para ambiya:

1. Usul ialah untuk diri kita sendiri

2. Untuk orang lain, beri kemudahan dan kelonggaran

Dlm usaha dakwah ini jika perbalahan adalah disebabkan kita dan kawan2 kita lari dari usaha ini, kita adalah org yg paling buruk nasibnya di dunia ini. Org yg berjaya dlm usaha ini ialah org yg membuat usaha yg sentiasa berniat mengislahkan diri. Dgn cara ini kita akan dpt berbagai menafaat. Elakkan diri kita dari menjadi pakar rujuk dlm usaha dakwah, kerana jika tidak dijaga, sifat keakuan akan wujud. Oleh itu perlu sentiasa muhasabah diri supaya sifat rendah diri dan taqwa akan wujud. Takazah terbesar kita skrg ialah penyatuan hati. Maksud usaha ini ialah menghidupkan keseluruhan cara hidup Baginda Rasulullah s.a.w dlm kehidupan manusia. Dlm membuat kerja ini amal buruk yg bersarang di hati kita perlu dikikis. Kita perlu takut apa yg akan berlaku pada diri kita pada hari kebangkitan. Kita juga perlu sentiasa menangis tidak dpt menunaikan hak kerja ini. Perlu wujudkan kasih sayang antara satu sama lain dan penyatuan hati. Bantuan Allah s.w.t akan dtg apb kita buat usaha dgn satu hati dan kasih sayang. Dlm membuat kerja ini kita perlu fikir alami, di samping itu kita jgn lupa diri kita sendiri. Hadzratji menyatakan, saya takut org yg tidak buat kerja menganggap dia telah buat kerja. Jika dia tidak usaha 6 prinsip pada dirinya, selagi itu dia belum lagi buat kerja dakwah. Jika seseorg itu usianya sama dgn umur dunia dan dia membuat usaha utk menanamkan 6 prinsip maka keyakinannya tidak akan mencapai keyakinan yg dicapai oleh Baginda s.a.w.

Semasa kita berada di masjid Banglawali kita perlu usahakan 3 perkara :

1. Fikir macam mana agama dapat diamalkan dalam setiap diri orang mukmin
2. Banyak duduk dalam amalan masjid
3. Bawa fikir yang ada kepada masjid kita.   

No comments:

Post a Comment