(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 04/09/2000). Tuan2 yg mulia. Allah hantar kita ke dunia ini utk menjadi hamba2Nya, utk kita menjlnkan kehidupan kita sbg hamba Allah s.w.t. Allah s.w.t juga telah beritahu ttg sifat2 Rasulllah s.a.w iaitu Baginda s.a.w adalah hamba dan juga rasul. Baginda s.a.w dtg ke dunia ini, telah buat usaha agama, telah sampaikan risalah Allah s.w.t dan juga sbg hamba Allah s.w.t. Inilah perkara yg dikehendaki oleh Allah s.w.t. Inilah perkara yg disukai oleh Allah s.w.t iaitu mereka2 yg buat usaha agama, mereka hendaklah buat usaha agama dan menjadi hamba Allah. Kalau tidak, manusia akan menjadi hamba kpd nafsu dan hamba kpd syaitan. Perkara ini sgt2 dimurkai oleh Allah, tidak disukai oleh Allah. Tuan2 faham apa yg saya sampaikan?
Mula2 sekali utk menjadi hamba Allah s.w.t, dlm hati kita kena ada yakin kpd Allah s.w.t. Dalam hati kena ada yakin kpd kudrat Allah s.w.t, keputusan Allah s.w.t, khazanah Allah s.w.t. Kalau belum ada yakin ini, maka hendaklah kita usaha utk bawa keyakinan pada Allah s.w.t ke dalam hati kita. Jgn kita takut kpd kesusahan dlm dunia ini dan jgn kita tersangkut dgn asbab dunia ini. Keadaan yg berlaku dlm dunia ini, Allah s.w.t yg wujudkan. Apa-apa shj yg berlaku di seluruh dunia, keadaan yg berbeza2, Allah s.w.t yg wujudkan dan tidak ada siapa yg boleh ubahkan keadaan ini. Tidak ada satu kerajaan pun, tidak ada satu kuasa pun, tidak ada siapa2 pun yg boleh ubah keadaan ini. Allah s.w.t yg mewujudkan keadaan yg berbeza2 dan Allah s.w.t yg mengubahkanya. Hanya Allah s.w.t yg boleh ubah keadaan itu.
Yg membawa keadaan rahmat pun Allah s.w.t, keadaan musibah pun dari Allah s.w.t. Sepertimana malam, Allah s.w.t yg wujudkan kegelapan dan begitu juga siang, Allah s.w.t yg wujudkan cahaya di siang hari. Begitulah semua keadaan2 yg berlaku dlm dunia, keadaan yg berlaku kpd negara2, keadaan yg berlaku pada kaum2, keadaan infradi, semua keadaan ini, Allah s.w.t yg wujudkan. Pemerintah tidak boleh bawa sesuatu keadaan dlm pemerintahannya, Allah s.w.t yg bawa keadaan dlm pemerintahan nya. Begitu juga seorg kaya, tidak boleh wujudkan sesuatu keadaan, Allah s.w.t yg wujudkan keadaan. Inilah yg dimaksudkan kita mahu jadi hamba Allah, segala perkara kita ada hubungan dgn Allah s.w.t. Perkara ini, iaitu memahami segala2nya dtg dari Alah s.w.t, inilah perkara yg boleh bawa ketenangan yg sempurna. Siapa yg ubahkan musim? Dtg sejuk, dtg panas, siapa yg ubah musim? Allah s.w.t yg mengubah musim, yg bawa musim berlainan. Allah yg samalah yg ubah keadaan, bawa keadaan kpa kita.
Perkara yg paling besar yg perlu ada dlm diri kita ialah dlm diri kita kena ada yakin kpd zat Allah s.w.t yg suci murni. Apa sahaja yg berlaku, semua berlaku dpdaAllah s.w.t, ghairullah tidak boleh buat apa-apa. Bukan maknanya org ini memberi mudharat, org ini memberi menafaat, tidak! Tidak ada siapa yg boleh bagi menafaat, tidak ada siapa yg boleh bagi mudharat, Allah s.w.t yg wujudkan keadaan untung dan keadaan rugi. Allah s.w.t yg wujudkan. Utk mendapat keyakinan ini, kita kena buat usaha di dunia ini. Kita kena pergi kepada hamba2 Allah dan buat usaha atas perkara ini, kena sampaikan perkara ini kepada mereka. Dakwah dan tabligh adalah untuk ini. Supaya dalam diri orang2 Islam bahawa Allahlah yang buat segala2nya. Allah s.w.t akan selesaikan semua urusan kita. Setiap kita kena bagi dan kena letak di hadapan setiap saudara kita supaya semua kita ada hubungan dan Allah s.w.t. Usaha dakwah ini adalah usaha atas iman dan yakin. Kita tidak mahu harta dpd sesiapa, kita tidak mahu kemuliaan daripada sesiapa. Tidak ada sesiapa yang boleh beri apa pun kalau Allah tidak mahu beri, siapa pun tidak boleh beri. Bila Allah akan beri? Allah akan beri bila kehidupan kita datang kepada ‘muhammadur rasulullah’.
Inilah jln kita iaitu kita kena ada hubungan dgn Allah dan kita kena dtg kpd cara hidup Rasulullah s.a.w. Dgn dakwah ini, kita kena pergi kpd manusia2. Jemaah tabligh bukan nama satu2 kumpulan, jemaah tabligh ialah usaha yg perlu dibuat oleh umat ini, itulah nama jemaah tabligh. Kita kena buat kerja ini dgn meletakkan seluruh umat di hadapan kita. Seluruh umat bertggjwb dan seluruh umat adalah karkun. Orang miskin pun karkun, orang kaya pun karkun. Jangan kita faham, orang yang bagi 4 bulan, 3 hari sahaja karkun. Seluruh umat adalah karkun. Setiap lelaki, setiap wanita adalah karkun. Kita salah faham, kita ingat orang yang keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari adalah karkun, tidak! Seluruh umat adalah karkun. Oleh kerana itu kita kena pergi kepada seluruh umat dan kena bangunkan seluruh umat atas kerja ini kerana Allah s.w.t telah jadikan seluruh umat bertggjwb.
“Kuntum khairoummatin ukhrijat linnas…..” Allah s.w.t kata semua kamu adalah umat yang paling baik. Adakah Allah s.w.t kata kamu yang keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari sahaja umat yang terbaik? Tidak! Kita kena betulkan fahaman kita. Bila fahaman jadi betul, fikir pun akan jadi betul, maka usaha pun akan jadi betul. Satu orang yang berniaga, dia anggap seluruh negara sebagai medan perniagaannya. Bila perniagaan sudah tersebar ke seluruh negara, dia akan lihat peluang di negara lain. Bila perniagaan di negara kedua sudah tersebar, dia akan fikir utk negara ketiga, dia jadikan seluruh dunia sbg medan perniagaannya. Dia akan bentangkan /ceritakan barangan yg dijualnya pada setiap org, dia akan tunjukkan contoh barang tersebut, ini adalah benda yg disiapkan di kilang saya. Macam itulah juga kita kena buat, usaha ini adalah satu perniagaan.
Dakwah adalah perniagaan. Korbankan diri dan masa dan buat usaha atas seluruh umat. Maulana Inamul Hasan kata, “Hendaklah jadikan 100% org Islam org yg solat”. 100% org Islam kena tunaikan solat. Knp? Solat wajib atas semua mrk ini dan kita kena dakwah semua mrk kpd solat. Mrk ini dijadikan utk beribadat kpd Allah s.w.t dan hendaklah kita sediakan mrk utk beribadat kpd Allah s.w.t. Macam itu juga, bila semua 100% org Islam kena beribadat, 100% org Islam pun kena buat usaha agama. Oleh krn itu, 100% org Islam adalah org tabligh dan mrk semua adalah karkun. Kalau mrk belum jadi karkun, itu maknanya ada kekurangan dlm usaha kita. Bila buat usaha sungguh2, insyaAllah, semua akan jadi karkun.
Tahun sudah (1999) ada perhimpunan org lama di Thailand, 1000 jemaah 4 bulan telah keluar di jln Allah s.w.t. Macam mana ini berlaku? Mereka telah buat usaha. Mereka telah buat usaha supaya semua org keluar 4 bulan. Bukan hanya karkun shj yg keluar 4 bulan, semua org telah keluar 4 bulan dan semua org telah jadi karkun. Saya hendak beritahu sejarah kerja di Thailand. Tahun 1972, Hadraji Inamul Hasan rah., Maulana Umar Palampuri rah., Maulana Harun rah., Munshi Basir dan saya (Maulana Ibrahim), kami semua telah safar ke Thailand. Bermula dari India, persinggahan pertama ialah Thailand iaitu Bangkok. Kami tinggal di sana selama 5 hari, tidak ada apa2 kerja (amal masjid) di Bangkok, langsung tidak ada kerja di sana. Hadraji rah. keluar buat gasht, Maulana Umar rah. pun buat gasht, Munshi Basir dan saya, kami tinggal di masjid. Yusof Khan, almarhum, yg telah meninggal dunia baru2 ini, Hadraji rah. telah bercakap dgn dia. Hadzratji kata, ini usaha agama, kamu kena buat usaha agama ini, dia telah faham kerja ini dan dia telah mulakan kerja, hanya 28 tahun sahaja, tahun 1972 sehingga skrg (tahun 2000), dlm 28 tahun kerja telah maju sehingga lebih dari 1000 jemaah telah keluar 4 bulan.
Usaha atas semua org. Buat usaha dikalangan org miskin, orang kaya, pergi setiap rumah, setiap pintu dan buat usaha atas setiap manusia. Kerja berjalan dgn baik dan ikut usul. Tidak ada pergaduhan antara mereka. Kalau ada apa2 perkara timbul, Yusof Khan akan dtg jumpa Hadraji, tanya apa hendak buat dgn perkara tersebut, Hadraji akan bagi nasihat, dia pun balik dan masalah selesai. Kerja ini sangat mudah dan sgt senang, Pada tahun yg sama, selepas Thailand, Hadraji dan jemaah telah dtg ke Malaysia, ijtimak di Malaysia, ijtimak di Singapura, selepas itu Hadraji rah. telah balik ke India dan kami telah dihantar ke Indonesia dgn jemaah Arab. Kami pergi ke Indonesia dari Pulau Pinang. Pulau Pinang ke Medan melalui jalan laut. Di Indonesia itu pada masa itu tidak ada apa2 kerja di sana. Bila jemaah mereka hendak bertolak ke Medan, Maulana Umar rah. telah bisik di telinga Maulana Ibrahim, kamu kena pergi sana, kamu kena gali perigi sendiri dan minum, maknanya di sana tidak ada apa2 kerja. Semua kerja, kamu sendiri kena buat. Tidak ada siapa yg tahu ttg kerja ini, tiada siapa yg akan bantu, kamu sendiri kena buat semuanya. Tidak ada markaz, tidak ada kerja, tidak ada karkun, tidak ada apa2 di sana. Kami sampai di sana waktu maghrib. Org2 teksi dtg dan tanya kami hendak pergi mana? Kami kata, bawa kami ke mana2 satu masjid.
Mereka bawa kami dan tinggalkan kami di satu masjid. Kami tidak tahu siapa-siapa di sana. Kami solat maghrib di sana, ada jemaah Arab bersama-sama dengan saya, ada orang India juga, 11 orang semuanya dalam jemaah kami, Selepas solat, ada satu org datang dan tanya, “Kamu siapa?” , “Kamu org tablilgh?” Maulana kata, “Ya”, dan Maulana tanya pula, “Kamu siapa?”, Dia jawab, “Saya orang Madras, saya azan di sini”. Orang Madras yang jadi muazzin di sana. Dia kata di sini siapa pun tidak tahu tentang kerja ini. Ada hanya seorang sahaja yg tahu kerja ini. Nama dia Jalaludin, almarhum. Dia buat perniagaan kitab di sana. Maulana kata, “Bawalah saya jumpa dia”. Bawa sekarang juga, waktu Isyak dia bawa maulana jumpa orang itu. Dia ada seorang anak lelaki yang sedang sakit kuat. Orang itu kata, “Saya akan jumpa tuan tiap-tiap hari waktu maghrib, saya akan terjemahkan bayan tuan, tuan kena cakap dalam bahasa Arab”. Kami telah mulakan kerja dan hanya dia yang datang terjemah waktu maghrib. Selain daripada itu, tidak ada siapa yang bagi nusrah. Mereka di sana langsung tidak tahu ttg kerja ini. Bila tashkil, semua org akan gelak. Bila tanya siapa sedia untuk 4 bulan, semua org akan gelak, ha!ha!ha!.
Tidak ada siapa yg tahu ttg kerja ini. Kami telah buat kerja dan 12, 13 hari, telah habis dlm keadaan mcm itu sahaja. Selepas 12, 13 hari, kami telah jumpa satu org alim spt tuan guru Hj. Salleh, kami jumpa dia dan kami kenalkan kerja ini kpd dia dan dia telah bangun dan bantu kami dlm buat usaha ini di masjid dia. Kami buat usaha di masjid dia dan 13 orang sedia utk keluar 3 hari. Itu tashkil yang pertama dan jemaah yang pertama. Kami bawa mereka sama2 dengan kami dan keluar 3 hari. Perlahan2, ulamak di sana dan mereka yang mengetahui bahasa Arab, mereka mula beri perhatian, mereka terjemahkan bayan kami, alhamdulillah, hampir 2 cillah kami usaha di sana. 200 orang telah bagi masa bersama2 dengan kami. Markas di Medan sekarang ini, Jln. Gajah, telah bermula dari waktu itu. Ulamak telah mula faham kerja ini dan kami telah tashkil mereka untuk 4 bulan di India, mereka menangis kerana mereka tidak ada harta yg begitu banyak. Kami kumpulkan mereka dan ceritakan kpd mereka macamana Maulana Ilyas rah. telah mulakan usaha di Mewat. Kami terangkan sejarah kpd mereka. Untuk faham kerja ini, tuan2 kena dtg ke India, mereka menangis kerana mereka tidak ada kemampuan. Kami terangkan kerja tempatan kpd mrk.
Kamu buat ta’alim dan gasht. Ini 2 perkara sahaja yg kami terangkan pada mereka, bukan semua kerana kerja masih dlm peringkat awal lagi. Alhamdulillah, mereka telah mulakan atas perkara ini. Tempat di mana kami telah mulakan kerja kami, kami beritahu mereka supaya mereka hidupkan ta’alim di sana, baca kitab riyadus solihin kerana kitab ta’alim fadhail tidak ada dan suruh mereka buat gasht. Kami terangkan perkara ini dan kami telah pergi daripada situ. Bila program kami telah sempurna, mereka datang kepada kami dan mereka kata, “Tuan telah mulakan kerja di masjid kami, akhir pun tuan kena datang ke masjid kami dan tempat kami dekat dengan pelabuhan untuk balik ke India”. Kami telah sedia dan pergi ke tempat itu. Kami beritahu, lepas Asar buat gasht dan lepas Maghrib bayan. Mereka kata, “Tidak perlu buat gasht” . “Kenapa?”. “Sejak tuan buat usaha disini, ta’alim telah berjalan tiap-tiap hari , gasht pun kami buat, alhamdulillah, tidak ada satu org pun dlm bandar ini tidak dtg solat di masjid”. 100% orang Islam jadi orang yang solat. Semua orang adalah karkun. Semua orang Islam kena solat dan semua kena buat usaha agama dan semua adalah karkun. Mereka beritahu bahawa tuan hendak buat gasht boleh, tidak buat pun tak mengapa kerana semua org akan dtg solat. Inilah bentuk usaha yg baik. Kita kena pergi kpd setiap rumah, jumpa setiap org Islam, terangkan kpd mrk ttg yakin kpd Allah dan bawa mereka ke masjid.
Perkara yang saya beritahu tuan2 yg berlaku di Indonesia, tahun 1972, masa saya pergi safar bersama2 dgn Hadraji rah. Selepas itu, saya pergi Indonesia tahun 1992 sekali lagi. 20 tahun selepas safar saya yang pertama. Tahun 1992 ada ijtimak di Jakarta. Mereka telah hantar surat dan letak takazah. Hadraji rah. hantar saya ke sana utk menghadiri ijtimak tersebut. Bila kami tiba di airport, ahli syura sana datang untuk menyambut kami, mereka beritahu maulana, InsyaAllah, ijtimak akan bermula esok dan mereka beritahu kami telah buat keputusan, buat usaha utk ijtmak, iaitu lepas ijtimak 1000 jemaah akan keluar di jln Allah s.w.t. Ijtimak telah sempurna. Saya telah musafa dengan 750 jemaah. 750 jemaah telah keluar dari ijtimak dan sebelum ijtimak mereka telah keluarkan 250 jemaah. Maknanya mereka telah keluarkan 1000 jemaah. Ini semua berlaku dlm tempoh 20 tahun. Sebelum 20 tahun, tidak ada siapa yg tahu mengenai tabligh. Selepas 20 tahun, ini yg telah berlaku. Masa maulana pergi tahun 1992, 5 org ulamak telah bagi nama utk keluar 1 tahun. Mereka telah buat satu program untuk ulamak dan mereka telah tashkil dan 5 org diantara mereka telah bagi nama utk keluar 1 tahun dan mereka telah dtg ke sini (India).
Usaha kita ialah supaya setiap orang Islam buat usaha agama ini samada mereka tinggal di bandar atau di kampung, samada mereka buat perniagaan atau pertanian atau bekerja, kerana jemaah tabligh adalah untuk seluruh umat, bukan satu kumpulan. Kita kena jadikan kerja ini sebagai kerja yang am, kerja yang umum. Setiap masjid adalah tempat usaha ini. Setiap rumah adalah medan usaha kita sepertimana azan adalah untuk semua org Islam. Begitu juga, usaha tabligh pun adalah utk semua org Islam. Usaha dakwah ini adalah seperti hujan yg turun dpd langit. Hujan yg turun akan turun di bukit, di lautan, di hutan, di atas bumbung rumah org, hujan turun di semua tempat. Begitu juga usaha dakwah pun kena jalan di semua tempat. Setiap org dalam umat ini adalah karkun. Inilah apa yg Allah s.w.t telah letak takazah di hadapan semua org Islam supaya setiap mereka ini jadi org yg membantu/nusrah agama Allah s.w.t. Membantu/Nusrah agama Alah s.w.t maknanya ialah diri sendiri tetap dalam agama Islam dan juga membawa orang lain kpd agama. Apa-apa yg kita amal, kita kena dakwah org lain kpd amalan itu. Kita solat dan dakwah org lain kpd solat. Kita zikir kpd Allah s.w.t dan mengajak org lain supaya zikir kpd Allah s.w.t. Kita keluar di jalan Allah s.w.t dan kita juga ajak org lain keluar di jalan Allah s.w.t. Kita belajar agama dan ajak orang lain belajar agama. Inilah apa yang disampaikan oleh Maulana Yusuf rah. iaitu kita hendaklah buat setiap amalan dan sebarkan amalan ini dgn sifat tabligh. Kalau kita makan dgn cara sunnah Rasulullah s.a.w, hendaklah kita amalkan perkara itu dan sampaikan perkara itu kpd org lain. Inilah yg dimaksudkan membantu/nusrah agama Allah s.w.t. Kita sendiri kena amalkan perkara itu dan sampaikan, tablighkan amalan itu kpd org lain. Tuan2 faham? Itu perkara pertama. Dengar perkara kedua pula.
Usaha dakwah dan tabligh kena buat di kalangan semua org dan kena buat kerja ini dgn kita menjadi saudara dia sepertimana 2 adik-beradik. Sepertimana Allah s.w.t berfirman, “Kita jadi hamba Allah dan hendaklah kita jadi spt adik-beradik di kalangan kita”, barulah kita dapat buat tabligh. Kalau kita tidak menjadi spt adik-beradik, maka akan wujud kumpulan2. Kita berpecah ikut kumpulan, ini adalah laknat. Kita menjadi seperti adik-beradik, itu adalah rahmat. Tuan-tuan faham? Maulana bagi contoh, org2 Ansar di Madinah, mereka tidak kenal Rasulullah s.a.w. Mereka mula-mula jumpa Nabi di Mina. Mereka adalah orang yang mushrik, mereka bergaduh antara mereka, keadaan mereka sangat teruk. Mereka dtg ke Mina dan Baginda s.a.w dakwah mereka.
Satu malam, pada malam bulan purnama (bulan penuh) kerana hari Mina ialah pada 13, 14, 15 Zulhijjah, ada cahaya bulan, dlm cahaya bulan ini, mereka jumpa Rasulullah s.a.w, waktu malam. Mereka telah berkumpul dan Nabi dakwah tentang kebesaran Allah s.w.t dan tentang kenabian Rasulullah s.a.w, supaya mereka terima Allah dan Rasul. Baginda s.a.w baca ayat Quran dan sampaikan/terangkan usaha agama kepada mereka. Mereka telah faham perkara itu dan mereka kata, “kita hendaklah dahulukan diri kita sebelum org lain terima perkara ini”. Mereka telah sediakan antara satu sama lain dan mereka telah beriman. Mereka telah berbai’at di tangan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w letak takazah iaitu, “buat usaha agama dan bantu saya dalam buat usaha agama kerana org Quraish tidak benarkan saya buat kerja di sini”. Baginda s.a.w bentangkan kesediaannya, “tuan2 bawa saya ke tempat tuan2 di sana, saya sedia ntk buat tabligh di sana”. Baginda s.a.w minta bantuan/nusrah dpd org lain.
Bila org Ansar dengar takazah ini dan mereka telah buat permintaan kad Baginda s.a.w. Mereka kata, “Tuan, kalau tuan dtg ke tempat kami, ini adalah satu perkara yg paling baik utk kami tetapi ada satu perkara iaitu kerja tuan perlukan satu majmak, satu kumpulan manusia yg ada fikir yg sama, yg ada kerisauan yg sama, ini yg dituntut oleh kerja tuan, skrg ini kami sedang bergaduh antara kami, kami berpecah-belah, kalau tuan dtg ke tempat kami, tuan tidak akan dapati satu majmak utk bantu tuan, skrg ini tuan sabar dahulu, kami akan kembali kpd kaum kami dan kami akan sediakan seluruh kaum kami utk maksud ini”. Seluruh kaum tamatkan segala selisih faham dan dtg kpd satu maksud iaitu beriman kpd Allah, beriman kpd nabi Allah dan utk bantu agama Allah. Kami akan balik dan buat usaha atas perkara ini. Ini adalah cadangan org2 Ansar. Baginda s.a.w suka cadangan tersebut. Mereka telah balik dan buat usaha. Apa yg maulana hendak beritahu tuan2 ialah org Ansar ini adalah org yg pandai, mereka cepat faham.
Sesiapa yg hendak buat kerja nabi, mereka kena bersatu dahulu. Inilah pelajaran pertama yg dipelajari oleh org2 Ansar. Kita semua dan seluruh org Islam di seluruh dunia dpt pelajaran ini. Kita kena tamatkan segala selisih faham di antara kita. Semua hati kena bersatu. Org Ansar telah buat usaha ke arah ini. Mereka dtg ke Mekah dan balik ke Madinah dan mereka minta satu org dari Rasulullah s.a.w , “Tuan bagilah pada kami satu org yg akan ajar kami agama, buat taalim di kalangan kami, dakwah org2 kami”. Rasulullah s.a.w hantar Musab b. Umair, org lama, org yg memberi pengorbanan, org yg dalam keadaan miskin, dia telah pergi ke sana dan buat usaha. Dia buat usaha di sana lebih kurang setahun dan risalah ini telah sampai ke setiap rumah. Dia telah bagi taalim kpd mereka dan juga dakwah kpd mereka. Satu tahun buat usaha dgn baik. Org2 tggjwb Madinah dari segi dunia, mereka pun telah beriman. Selepas itu dtg perintah utk Baginda s.a.w berhijrah.
Org2 Ansar telah bagi nusrah/bantu. 2 perkara yg kita belajar. Pertama, keadaan org akan jadi betul melalui agama dan usaha agama. Keadaan org Ansar adalah dlm keadaan yg rosak. Bila datang agama, keadaan mereka telah jadi baik. Permusuhan antara mereka telah tamat. Mereka telah jadi saudara atas satu maksud. Satu perkara yg penting dlm tabligh ini ialah kita semua satu hati dan kita mahu jadi hamba Allah. Kalau kita tidak jadi saudara/adik-beradik antara kita, maka kita tidak boleh buat tabligh. Hati mesti sentiasa dlm keadaan bersih. Kebersihan hati ini penting. Agama ini bersih/suci. Oleh kerana itu, hati kita utk buat usaha agama ini pun kena sentiasa dlm keadaan suci. Inilah nikmat pertama orang2 Ansar dapat. Allah s.w.t beritahu pada orang2 Ansar, “Wahai orang-orang Ansar, kamu fikirlah tentang pemberian Allah s.w.t, mula-mula kamu bermusuhan antara kamu, selepas itu Allah s.w.t telah letak kasih-sayang di hati2 kamu dan dgn ihsan Allah s.w.t, kamu semua telah menjadi adik-beradik”.
Ini adalah berkat agama. Bila usaha agama berjalan dgn baik, maka selisih faham dlm hati kita akan selesai dan org akan jadi spt adik-beradik. Dgn syarat kita buat usaha dgn ikut usul dan buat kerja dgn ikhlas dan kena wujudkan taat dlm diri kita. Kita kena ikatkan diri kita kpd mesyuarat da kita kena tingkatkan pengorbanan. Keinginan kita ialah mahu kebaikan untuk semua orang Islam, sesiapa sahaja malah org yg menentang kita, untuk dia pun kita inginkan kebaikan. Inilah perbezaan di antara kerja nabuwah dan kerja dunia. Dalam usaha dunia bila orang buat baik kepada kita, maka kita pun buat baik kepada dia dan org tidak suka kita, yang buat jahat kepada kita, maka kita balas dengan keadaan yang sama. Inilah keduniaan. Apakah kerja kenabian? Org yg buat kebaikan kepada kita, kita balas dengan kebaikan dan orang yang menyusahkan kita, kita maafkan dia. Org yg buat kebaikan kepada kita, kita balas dgn kebaikan, ini adalah sunnah. Ini sunnah Nabi s.a.w. Kalau org buat kebaikan kpd Nabi, maka Nabi akan balas dgn kebaikan yg lebih lagi dari itu, dan kalau org buat susah kpd Nabi, maka Nabi akan maafkan mereka. Ini akhlak kenabian.
Orang Yahudi telah buat sihir atas Nabi s.a.w, dan kerana sihir itu Baginda s.a.w sangat susah. Nabi s.a.w kadang2 lupa kerja2 dunia. Nabi susah hati. Nabi s.a.w tidak faham apa yang telah berlaku. Jibrail a.s datang bawa wahyu, Ayat Quran surah al-Falaq dan surah an-Nas diturunkan. Jibrail a.s beritahu, “Ya Rasulullah, mereka telah buat sihir atas tuan”. Benda-benda yang disihirkan ada dalam telaga. Telaga nama Bir Darwan. Dalam telaga itu ada batu, rambut dan benda-benda yang digunakan oleh ahli sihir. Melalui wahyu semua perkara ini telah disampaikan kepada Nabi s.a.w. Baginda telah keluarkan semua benda-benda tersebut. Dua2 surah inipun telah diturunkan. Bila turun ayat2 Quran tadi, maka sihir yang dibuat atas Baginda s.a.w telah dikeluarkan seperti mana kita buka ikatan tali, satu per satu kesan sihir telah dikeluarkan dpd Baginda s.a.w. Baginda s.a.w telah diberitahu sekian2 orang telah buat sihir ini. Semua perkara telah diberitahu kepada Nabi.
Orang yang buat sihir ini, dia pun sentiasa hadir dlm majlis Baginda s.a.w. Sepertimana sahabat2 duduk dalam majlis, dia pun duduk dlm majlis. Ada org beritahu Nabi, “Ya Rasulullah, berilah hukuman ke atas dia, dia telah begitu banyak susahkan tuan”. Nabi s.a.w kata, “Kenapa kena bagi hukuman atas dia? Allah s.w.t telah jadikan saya baik, kenapa org lain perlu susah kerana saya?” Baginda s.a.w telah maafkan dia. Inilah jalan/tarekat nabi, iaitu org yg buat kebaikan dibalas dan kebaikan dan org yg menyusahkan, kita maafkan mereka. Hati kena sentiasa dalam keadaan yang bersih. Hati bersih sangat penting. Hati karkun pun kena sentiasa dalam keadaan bersih. Kenapa? Hati sahabat-sahabat nabi sentiasa bersih. Dalam bayan Abdullah ibnu Umar r.a, “ sesiapa hendak ikut, kena ikut jalan Rasulullah s.a.w, sahabat-sahabat nabi kerana hati mereka sentiasa bersih”. Mereka mempunyai fahaman yang sangat tinggi dan juga sangat dalam. Mereka adalah orang yang bersih dan lurus. Inilah keadaan para sahabat. Oleh kerana itu, hendaklah kita ikut para sahabat.
Para sahabat, mereka sendiri telah berkata mengenai dari mereka, “Kami telah berjanji dengan Baginda s.a.w bahawa kami akan dengar dan kami akan taat apa yang Baginda s.a.w beritahu”. Kami akan dengar dan taat apa yang disampaikan oleh Baginda s.a.w dalam semua keadaan, samada dalam keadaan Allah s.w.t bagi kemiskinan ataupun kekayaan, kami akan taat, samada kami suka atau tidak suka, samada orang muliakan kami atau tidak, samada orang tanya cadangan daripada kami atau tidak, dalam semua keadaan kami akan taat. Tidak ada apa-apa aduan terhadap orang lain. Kami kena taat kepada Allah dan Rasul. Inilah jalan/tarekat para sahabat mengenai kerja ini. Dalam semua keadaan kena buat kerja dan dalam semua keadaan kena taat. Oleh kerana itu, Allah s.w t telah redha dgn mereka. Allah s.w.t telah jadikan para sahabat sbg cth utk seluruh dunia. Dlm usaha dakwah kita pun, kena ikut jln yg sama. Oleh itu, hendaklah kita faham kerja dakwah dgn betul. Utk dakwah ini, kita kena tinggalkan segala kemahuan diri sendiri. Kita kena wujudkan istiqamah dalam dakwah kita.
Istiqamah maknanya apa-apa amalan kita, kita kena berterusan dengan amalan itu dan waktu2 yg kita telah tetapkan utk itupun kita kena istiqamah, barulah istiqamah akan datang sepertimana Allah s.w.t bagi kita waktu solat dan amalan solat. Begitu juga amalan puasa dan waktu puasa. Begitu juga haji dan waktu utk sempurnakan haji. Dlm waktu ini, kena buat amalan ini. Bila musim haji dtg, maka kita buat haji. Datang bulan puasa kita berpuasa, bila sampai waktu solat kita tunaikan solat. Kita tidak boleh ikut kemahuan kita sendiri. Macam itu jugalah tabligh. Waktu untuk tabligh dan pada masa itu apa yang kita kena buat maka kita kena tunaikan supaya waktu terpelihara dan amal juga terpelihara. Bila waktu dan amal dipelihara, barulah datang istiqamah. Ada satu orang tulis surat kepada Hadzratji rah. “Sudah 22 tahun saya dan ahli keluarga saya tidak pernah tinggal satu waktu solat pun, sudah 12 tahun satu gasht pun saya tidak tinggalkan”. Ini adalah satu contoh istiqamah. Dlm usaha agama, istiqamah sgt penting. Bila datang istiqamah, baru akan dtg pengorbanan. Bila tidak ada istiqamah, maka tidak akan ada pengorbanan. Tanpa pengorbanan maka agama tidak akan maju. Oleh itu, istiqamah sgt penting. Pengorbanan pun penting. Pengorbanan ini maknanya ialah kita letak kerja agama di hadapan dan kerja kita sendiri di belakang.
Satu lagi perkara yang penting dalam usaha agama ialah hendaklah kita ikut jalan pertengahan. Kalau kita ikut jalan pertengahan, kita akan berterusan sehingga akhir. Kalau tidak ikut jalan pertengahan ini, kita jalan dengan josh, dengan semangat, kita tidak boleh buat sampai akhir. Samada kita akan langgar usul atau kita tinggalkan kerja ini. Oleh itu, Baginda s.a.w telah bagi hidayat pada kita supaya kita ikut jalan pertengahan. Abu Bakar r.a, bila bagi bayan hidayat pada jemaah yg keluar, supaya ikut jln pertengahan, “Ikutlah jalan pertengahan supaya kamu akan pergi sampai jauh-jauh”. Dunia ini adalah tempat untuk kita sempurnakan hak-hak. Org yg buat usaha agama ini, mereka kena buat usaha agama dgn menunaikan hak semua orang. Allah ada hak, Rasul Allah pun ada hak, kitab Allah pun ada hak, hamba Allah pun ada hak, semua org ada hak. Maksud tabligh adalah supaya semua hak-hak ini disempurnakan.
Kalau kita ikut jalan pertengahan, kita akan dapat buat kerja dengan mudah. Ikutlah jln pertengahan. Bukan kita hendak tinggalkan urusan dunia tetapi dgn kita buat sama2 iaitu urusan dunia buat dan urusan agama pun kena buat. Oleh kerana itu, kita tidak beritahu pada org supaya tinggalkan kerja dunia, tinggalkan perniagaan, tinggalkan ladang, tinggalkan pejabat, kami tidak beritahu macam itu. Kita buat semua urusan ini dan buat usaha agama. Sepertimana org Muhajirin, mereka buat perniagaan dan buat usaha agama. Orang2 Ansar buat pertanian dan buat usaha agama. Buat kerja dunia dan juga buat usaha agama. Dgn inilah akan datang pengorbanan, bukan dgn tinggalkan segala2nya.
Satu orang muda datang kepada Hadzrat Umar r.a dan berkata, “Ya amirul mukminin, saya ingin keluar dijalan Allah s.w.t”. Maksud org itu ialah dia ingin sedikit bantuan kewangan utk keluar di jalan Allah s.w.t. Umar r.a panggil satu org Ansar. Dia tanya orang Ansar ini, “Ladang kamu ada apa-apa kerja tak?” Org Ansar kata, “Ada”. Umar r.a kata, “Bawa org ini pergi ke sana dan bagi dia kerja di ladang itu”. Selepas beberapa lama, Umar r.a tanya org Ansar itu, “Apa sudah jadi kepada tetamu saya?”. Org Ansar kata, “Wahai amirul mukminin, orang itu dalam keadaan yang baik”. Kata Umar, “Bawa dia ke mari”. Org Ansar itu pun bawa pemuda itu kepada Hadzrat Umar r.a. Orang Ansar itu bawa satu uncang yang berisi wang, hak pemuda tersebut. Dia kata, “Ini tetamu tuan dan ini wang dia”. Dia sudah buat kerja di ladang dan dapat upahnya. Hadzrat Umar r.a ambil uncang itu dan berikan kepada pemuda tersebut. “Ambillah, ini hak kamu”. Hadzrat Umar kata, “Sekarang, kalau kamu suka, boleh keluar ke jalan Allah s.w.t atau hendak balik ke rumah pun boleh”. Inilah jalan/tarekat kita. Buat kerja, cari duit dan selepas itu belanja di jalan Allah s.w.t. Inilah jalan kita tuan-tuan iaitu harta kita, diri kita, kerja Allah s.w.t.
Tuan-tuan faham? Ini jalan kita, jalan pertengahan. Kalau kita buat kerja dengan cara ini, kita akan jadi satu contoh di hadapan semua manusia. Orang ini adalah seorang pekerja dan juga buat usaha dakwah. Ini seorang peniaga dan juga buat usaha tabligh. Ini seorang petani dan buat usaha tabligh. Begitu juga, kita kena sediakan setiap orang atas perkara ini supaya mereka datang dari dunia kepada agama dan mereka belajar agama supaya mereka jadikan diri mereka sendiri kehidupan beragama. Knp? Kehidupan setiap orang Islam hendaklah ikut sunnah dan syariat. Kita kena jadikan kehidupan kita ikut sunnah dan syariat dan kena sampaikan pekara ini ke seluruh dunia. Bukan maknanya kita lupakan diri kita dan buat tabligh. Kita adalah org yg mengikut perintah Allah s.w.t, cara Rasulullah s.a.w dan mentabligh kan perkara itu. Dari pagi sampai malam, hendaklah kita ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam setiap urusan kita, di setiap tempat, kita hendaklah ikut sunnah dan syariat.
Maksud dakwah ialah untuk wujudkan perkara ini. Kita kena buat usaha dgn bermesyuarat antara kita supaya 100% orang Islam datang kepada perkara ini. Jangan ada satu rumah pun yg ketinggalan di sekitar masjid kita. Kita sampaikan perkara ini di setiap rumah. Setiap orang yang tinggal di sekitar masjid kita, mereka ada hubungan dgn masjid. Kita kena bentuk jemaah masjid dan buat usaha dgn cara ini. Kita hendaklah sampaikan, pergi jumpa setiap org Islam, kena pergi setiap rumah. Setiap org Islam adalah karkun. Kita kena lihat berapa ramai org Islam yg tidak datang ke masjid. Kalau mereka tidak dtg, kita kena fikir tentang mereka, bermesyuarat tentang mereka dan lepas itu buat usaha atas mereka supaya mereka ada hubungan dengan agama Allah s.w.t. Kerja kita adalah kerja ummumi. Buat kerja khususi pun untuk wujudkan ummumi.
Yang sebenarnya (asal), ialah umum. Oleh kerana itu, semua amalan2 yg ummumi dalam kerja ini, itulah yg sebenarnya. Kerja gasht ummumi itulah yg asal. Semua org yg duduk di sekitar masjid kita, kita kena jumpa setiap dari mereka. Ta’alim ummumi adalah ta’alim yg asal supaya dlm hati setiap org Islam dtg cinta kepada agama dan takut kpd Allah s.w.t dan juga supaya semua org Islam dengar fadhail/kelebihan. Bukan hanya jemaah masjid sahaja, tetapi semua orang Islam, semua yang datang solat, mereka semua dapat dengar ta’alim fadhail. Supaya dalam hati setiap orang Islam datang takut kepada Allah dan akhirat. Oleh kerana itu, kena baca ta’alim untuk semua mereka yg dtg solat. Dgn lemah-lembut, dgn memberi berita gembira, kita kena terangkan kepada mereka supaya semua orang yg dtg solat, dengar kebesaran Allah s.w.t, supaya semua yang dengar kebesaran Allah, mereka buat usaha agama ini. 100% orang Islam adalah karkun dlm kerja ini. Mereka yg jauh dpd agama atau org miskin, kena banyak buat usaha di kalangan mereka in.
Kenapa? Agama dalam diri mereka sebenarnya dalam bahaya. Takut2 kalau datang musibah, mereka akan tinggalkan Islam. Mereka jauh dari agama, mereka miskin, kerana musibah, kerana tamak, mereka mungkin tinggalkan agama. Bila ada orang tawarkan harta pada mereka dan kerana tamakkan harta, maka mereka tinggalkan agama. Bila orang bagi jawatan/pangkat dan tamak kepada jawatan/pangkat, mereka tinggalkan agama. Kerana cintakan wanita dan perkahwinan, mereka tinggalkan agama. Bila dtg musibah, mereka tinggalkan agama. Kenapa? Mereka jahil. Mereka tidak tahu. Mereka miskin. Oleh itu, orang tua2 kita beritahu, org miskinlah medan usaha kita sebenarnya. Kena banyak fikir atas mereka. Kita kena hantar banyak jemaah ke tempat mereka. Kita masak makanan kita sendiri, buat usaha dikalangan mereka. Kita kena terangkan pada mereka, ajar kepada mereka tentang kebesaran Allah s.w.t, yakin kepada Allah, beritahu kepada mereka apabila tuan2 dtg kpd agama maka Allah s.w.t akan selesaikan segala masalah dunia dan akhirat tuan.
Kalau kita buat usaha dengan cara ini, dikalangan semua org2 Islam secara umum, maka rahmat Allah s.w.t akan turun. “Bila kamu belas kasihan atas org2 di dunia ini, maka Allah s.w.t akan mengasihi kamu”. Sesiapa yang ambil bahagian dalam kerja ini, maka kita beri perhatian pada mereka, kita kena ingat mereka, kita kena majukan mereka dalam berbagai macam kerja. Hari ini mereka datang ijtimak hanya untuk dengar sahaja. Dalam perhimpunan yang akan datang, kita kena ingatkan mereka lagi supaya mereka datang lagi, selepas itu tashkil mereka untuk keluar 3 hari. Dengan cara ini, kita majukan mereka dalam kerja ini. Kerja ini akan maju dengan kita memajukan antara kita. Kita kena ikram antara kita dan majukan mereka dalam kerja ini. Bila kita ikram antara kita dan majukan mereka dalam kerja ini maka mereka akan maju dan kerja pun akan maju. Syaitan tipu kita, dia tunjuk kebaikan kita dan keburukan orang lain. Oleh itu, kita akan lihat kebaikan diri sendiri dan keburukan orang lain. Cara yang betul (sahih tarekat) ialah lihat keburukan kita atau kekurangan kita dan lihat kebaikan orang lain.
Maulana Ilyas rah. kata, “Usaha dakwah ialah jual beli kebaikan antara kita” Kita lihat kebaikan orang lain dan orang lain melihat kebaikan kita. Kita akan dapat menafaat di antara kita dari kebaikan itu dan kita maju dalam kerja ini. Allah s.w.t telah letak kebaikan yang berlainan dlm setiap org. Dlm org Islam yg umum, mereka pun ada kebaikan. Contoh, org miskin, kebaikan mereka ialah mereka boleh buat banyak usaha, mereka ada kesanggupan utk susah payah, mereka bersabar bila musibah dtg, mereka boleh sempurnakan keperluan dgn wang ringgit yg sedikit. Ini semua kebaikan mereka. Kita kena dpt faedah dpd kebaikan mereka ini. Setiap org ada kebaikan yg berlainan. Bila kita ikram, barulah kita akan nampak kebaikan semua org.
Org2 alim, org2 beragama, kita kena muliakan mrk. Kalau kita muliakan org2 alim atau beragama, maka Allah s.w.t akan sampaikan agama kpd hati2 manusia sptmana org muliakan doktor mrk dpt ubat, begitu juga kita muliakan org2 alim dpt agama dari mrk. Slps itu, org2 alim akan bantu agama, mrk akan targhib org2 lain dan ramai org akan dtg ke arah agama. Kalau kita tidak menghormati org alim, maka org2 awam dan ulamak akan berpecah. Inilah yg dibuat oleh musuh2 Islam. Mrk telah memisahkan ulamak dan org awam supaya org awam tidak dpt agama, supaya mrk sentiasa dlm keadaan jahil. Oleh itu, kejahilan tersebar di kalangan umat. Umat ini tidak faham sunah dan syariat krn mrk tidak ada hubungan dgn alim ulamak. Mrk sibuk dgn urusan duniawi. Oleh krn itu, kita kena muliakan dan menghormati setiap org. Inilah yg diajar oleh Baginda. Hendaklah kita kenal seseorg punya kedudukan dan berurusan serta berhubung dgn mrk mengikut kedudukan mrk, ikram mrk mengikut kedudukan mrk. Inilah dakwah. Dakwah utk semua org. Manusia akan buat usaha dakwah mengikut kemampuan mrk. Kita kena mengendalikan usaha dakwah ini dikalangan semua org. Utk ini, kita kena ada 2 perkara iaitu Ikram dan ikhlas.
Ikram maknanya kita kenal semua orang punya kedudukan.
Ikhlas maknanya buat semata-mata kerana Allah s.w.t.
Samada org bertentangan dgn kita atau suka kita, itu kita tidak kisah, kita hanya buat krn Allah s.w.t. Org yg buat kerja ini kena buat dgn ikhlas maka Allah s.w.t jadikan mrk perantaraan asbab utk hidayat utk manusia lain. Kita kena buat kerja ini dgn niat utk belajar, seumur hidup kita niat utk belajar. Jgn kita anggap kita sudah belajar. Jgn kita anggap kita sudah dpt hidayat. Jgn fikir mcm itu ttpi kita hendaklah sentiasa ingin utk belajar dan ingin utk dpt hidayat. Kita kena tertibkan kehidupan kita sampai maut. Kalau kita ikut tertib, maka sampai maut kita boleh buat usaha agama. Kita kena tertibkan kehidupan kita dan buat kerja ini. Tertib yg mudah ialah tiap2 tahun 4 bln keluar dijln Allah s.w.t. 8 bln di tempat kita, kita buat kerja tempatan dan utk keperluan diri. Tuan2 niat utk perkara ini. Kita kena dtg kpd perkara ini perlahan2 sptmana kita naik anak tangga, kita naik perlahan2. Perlahan2 kita bawa kpd tertib ini iaitu tiap2 tahun 4 bln. Itupun dgn mesyuarat dan taat. Siapa yg buat dgn mesyuarat, maka dia akan dpt ikhlas. Org yg buat kerja dgn taat, maka dia akan dpt hidayat. Org yg ikut kemahuan dia dan kehendak dia, maka dia tidak akan buat kerja dgn betul. InsyaAllah kita semua akan buat. Tuan2 kena niat tiap2 tahun 4 bln. Buat kerja dgn mesyuarat dan taat. Dlm kerja ini tidak ada penentangan. Kita kena sabar. Jgn kita bertentangan dgn sesiapa pun, kita sabar. Kalau ada pertentangan, maka akan wujud fitnah dan kerja akan rosak. Kalau kita sabar, Allah akan bantu.
No comments:
Post a Comment