Wednesday, January 7, 2015

BAYAN MAGHRIB MAULANA IBRAHIM

(06/01/2001 - Tongi 2001). Tuan2 yg mulia. Kita perlu mendengar perkara agama (bayan) dgn penuh tumpuan dan niat utk dpt mengamalkan dan menyebarkan kpd umat seluruh alam. Kita sebenarnya telah diberi tggjwb yg sgt besar oleh Allah swt. Disamping mengamalkan agama, perlu menyebarkan ke seluruh alam. Hari ini kita telah melupakan tggjwb ini, dan tidak mengambil usaha agama sbg kerja utama kita. Oleh itu kita perlu mendengar bayan2 eldest kita dgn penuh tumpuan, supaya kita dpt memahami kehendak eldest kita dlm melaksanakan tggjwb dakwah sbg maksud hidup kita. Semua asbab2 yg Allah swt beri kpd kita sebenar nya hanya sbg amanah. Semua asbab2 yg kita perolehi spt wang ringgit, pangkat dan sbgnya bukan milik kita, ttpi sbg amanah dari Allah swt. 

Ttpi org2 batil menyatakan asbab yg Allah swt beri kpd mrk sbg milik mrk 100%, oleh itu mereka telah menggunakan mengikut sesuka hati mereka. Contohnya Firaun, Qarun, Hamman, Saddat, mrk ini adalah contoh org batil dimana mrk tidak menunaikan amanah asbab yang Allah swt beri kepada mereka. Kesudahannya mereka mendapat laknat dari Allah swt. Allah swt telah memberi asbab dan memberi tggjwb agama kpd kita. Pelajaran ini telah diberi kpd manusia pertama lagi iaitu Nabi Adam a.s, dimana Nabi Adam a.s telah di beri perintah2 agama oleh Allah swt. Umatnya yg membawa perintah Allah swt tidak sesat dan mendapat ketenteraman dan akan sampai ke tempat yg dituju. Allah swt cipta manusia semata2 utk khidmat mencapai maksud ia dicipta. Sebenarnya apb manusia menunaikan maksud ia dicipta, maka ia akan mendpt hidayat. Dlm menguji manusia, Allah swt jadikan syaitan laknatullah iaitu gulungan kufur yg sentiasa menggoda bagi menyesat manusia.

Apb Allah swt hendak menurunkan wahyu kpd Nabi Mohammad saw, pintu langit telah ditutup oleh Allah swt kpd syaitan, menyebabkan ia tidak mengatahui  perancangan Allah swt. Syaitan tidak putus asa walaupun pintu langit ditutup kpdnya dan syaitan bersumpah utk menyesatkan manusia hingga hari kiamat dan mendorongnya melakukan perkara yg membazir atau sia sia. Syaitan akan membawa manusia supaya menggunakan usaha dan keupayaan manusia bukan pada tempatnya dan mengajak mrk berkawan dgn syaitan dan melanggar perintah Allah swt. Bagi memimpin manusia supaya tidak tertipu dgn tipu daya syaitan maka Allah swt telah melantik Adam  menjadi nabi utk memberi contoh kpd manusia bagaimana mereka perlu menjalani kehidupan mengikut jln hidayat atau jln yg diredai oleh Allah swt. 

Tuan2 yg mulia. Utk memberi faham kpd umat akhir zaman, bahawa mrk bertggjwb membawa kerja nabi ke seluruh dunia sbg kerja mrk, maka Allah swt telah mengutuskan Baginda Rasullullah saw. Usaha Baginda adalah usaha membawa tggjwb seluruh nabi2 iaitu semenjak Nabi Adam as hingga Baginda Rasullullah saw. Usaha yg dibawa oleh nabi2 ialah usaha membuat penafian yg menyeluruh bahawa semua asbab yg bertentangan perkara yg didakwahkan oleh nabi2 tidak boleh beri manafaat dan mudharat tanpa apa yg dikehendaki oleh Allah swt. Asbab yg ada tidak boleh memberi kesan kpd alam ttpi usaha yg dibuat oleh nabi2 sebenarnya yg memberi kesan kpd alam atau yg dpt menyelesaikan masalah manusia. Rasullullah saw pernah bersabda bermaksud, “Usaha agama yg diberi kpd saya adalah laksana hujan yg turun dari langit”. Jln kebatilan adalah jln yg membawa kehancuran. Walaupun pada peringkat awal mereka nampak berjaya ttpi  akhirnya menerima kegagalan. Contoh perihal burung Hering yg terbang begitu tinggi, ttpi akhirnya terjun ke bawah mendapatkan bangkai. Begitulah kehidupaan org batil, mrk mempunyai kerajaan yg besar, wang yg banyak, walaupun mereka nampak berjaya dan senang lenang ttpi akhirnya mrk mendpt kehinaan spt burung hering yg dinyatakan tadi. Sebaliknya org yg beriman dan beramal soleh samada lelaki atau perempuan kehidupan di dunia akan diberi hayatan taiyibah. Allah swt utuskan nabi2 utk menunjukkan kehidupan yg hak. 

Org yg membawa perintah Allah akan mendpt kebahagiaan. Asas kerosakan kita hari ini ialah yakin kita telah rosak dimana kita menyangka apb ada asbab masalah kita akan selesai. Tertib Allah swt dgn asbab tidak akan menyelesai kan masalah. Keyakinan kita yg telah rosak perlu diperbaiki. Allah swt berikan asbab sbg rahmat shj. Asbab pekilang, kerajaan, wang ringgit, kedai, pejabat tidak boleh dijadikan asas kejayaan. Yakin yang salah itu ialah yakin org batil. Firaun telah menolak dakwah Musa as yg menafikan asbab. Firaun berkata aku ada kerajaan, Nabi Musa tidak ada apa-apa, bercakap juga gagap. Begitu juga Kaum Sabak, Allah swt menghantar 13 org Nabi utk dakwah kaum Sabak utk tunduk sujud kpd Allah. Kenal Allah semua asbab yg ada kpd kaum Sabak semuanya diberikan oleh Allah swt. Tanah yg subur, air yg mengalir, Allah swt yg berikan, ttpi apb nabi2 didtgkan kpd kaum itu, dakwahkan kaum itu dgn lemah lembut ttpi mereka enggan, maka Allah swt  dgn kudratNya menjadikan asbab,  telah menjadikan banjir yg besar dan semua tanaman kaum Sabak telah dihancurkan oleh Allah swt.

Maulana Ilyas rah. berkata, Allah telah memberi satu formula utk menundukkan alam. Semua asbab dunia akan bertetapan dgn kehendak kita, bumi akan bertindak bertepatan dgn kita. Sahabat telah membuat usaha nabi dan kerja nabi sbgatggjwb mereka, permusuhan org Ansar, kehidupan mereka yg sempit, riba dan rasuah yg berleluasa,  Allah swt telah selesaikan dan telah tundukkan alam kpd mereka. Allah swt  beritahu org Ansar, kamu dahulu sentiasa bermusuhan dan apabila mereka mentaati perintah Allah, Allah swt wujudkan kasih sayang sesama mereka, Allah swt telah betulkan keadaan mereka. Mereka berkasih sayang. Dahulu mereka bermusuhan, Allah swt telah selamatkan mereka dimana kehidupan mrk hampir kejurang jahanam. Apabila Nabi Muhammad dakwah org Ansar, mereka telah terima dakwah nabi dan Allah swt  telah perbaiki kehidupan mereka. 

Sebaliknya org Quraish di Mekah, mereka tidak mensyukuri nikmat Allah. Allah swt turunkan nabi kpd mrk, mrk tidak mensyukuri nikmat Allah. Mereka telah dilaknat oleh Allah walaupun Abu Jahal ada wang ringgit, pengikut yg ramai ttpi mengingkari perintah Allah swt, kehidupan mrk spi burung hering yg dinyatakan tadi. Mahfum hadis Nabi saw, bantuan Allah akan dtg kpd umat ini sebanyak mana ia menyempurnakan tggjwb agama. Diri, harta kita adalah sbg amanah dan tggjwb, oleh itu bagaimana dlm masa 24 jam kehidupan kita perlu membawa kehidupan agama. Dlm kubur Allah akan tanya agama kamu. Kita perlu berusaha betulkankan keyakinan, dimana  kita dpt mentaati segala perintah Allah swt. Org yg  berusaha membawa agama yg menyeluruh dlm kehidupannya, Allah swt akan tunjukkan jln2 yg lurus. Dlm menjalankan tggjwb kita perlu bergerak menyampaikan agama ke seluruh alam. Rasulullah bersabda kpd Abu Sufian, aku menyampaikan kebaikan kpd kamu di dunia dan di akhirat. Bantuan Allah swt lebih diberikan kpd Nabi saw melebihi bantuan yg Allah swt berikan dibandingkan kpd nabi2 terdahulu. Apb kita membuat usaha agama Allah swt akan membantu org itu dgn kudrat Allah swt. Nabi saw tidak ada harta ttpi Allah swt telah membantu baginda. 

Nabi bersabda, “Jadilah kamu kunci kpd kebaikan dan mangga kpd keburukan”. Semoga Allah swt memberi petunjuk kpd kita utk menggunakan diri dan harta utk agama. Tetapi syaitan telah berbisik2 dihati kita supaya menangguh2kan untuk keluar ke jalan Allah swt. Perkara ini sama seperti orang dahulu, kaum Quraish semasa diminta memeluk Islam telah menangguhkan untuk masuk Islam, semuanya mati kafir. Oleh itu kita perlu buat keputusan untuk keluar ke jalan Allah swt, kita perlu bangun untuk menyempurnakan tanggungjawab agama ini. Kita perlu letakkan diri dan harta kita mengikut keinginan Allah swt. Kita perlu tinggikan hemah dan hidup kita dan diri kita untuk membuat usaha agama dan bergerak ke seluruh alam.

No comments:

Post a Comment