Wednesday, January 7, 2015

BAYAN MAGHRIB MAULANA IBRAHIM

(09/09/2013 - Mesyuarat Malaysia - Nizamuddin). Syukur atas usaha agama yg Allah beri pd kita jadi kita kena disiplinkan diri tetapi bila usaha semakin maju maka akan berkurangan disiplin dlm usaha. Zaman penerimaan, org akan fikir kemudahan utk diri. Sepatutnya keperluan usaha bertambah, tggjwb kena bertambah, fikir kena bertambah. Bila bilangan org buat usaha bertambah, org lama akan cari ruang utk kerehatan. Bilangan nampak ramai ttpi isi kosong. Tidak mensyukuri nikmat usaha menyebabkan kita jadi lemah. Syukur nikmat agama dgn mendisiplinkan diri dgn usaha. Kesyukuran dgn usaha agama ialah dgn istiqamah atas usaha. Tanda kita bersyukur ialah dgn ambil takazah, tambah tggjwb, tingkatkan pengorbanan. Berbelanjalah di jln Allah, jgn campakkan diri dlm kebinasaan. Ayat ini diturunkan kpd org ansar bila mrk nampak usaha dah maju, bilangan dah ramai, minta cuti utk tengok keperluan. Berundur atau merehatkan diri dari usaha bermakna kita mencampakkan diri dlm kebinasaan. Syukur dgn usaha  ialah dgn mendisiplinkan diri dan istiqamah. Kenapa perlu istiqamah? Kerana keadaan dunia berubah2 Allah dtgkan keadaan, sebagai ujian (imtihan). 

Setiap saat kita kena rasa kita sedang diuji. Keadaan senang dan nikmat adalah lebih berat dan bahaya drp keadaan kesempitan dan kesusahan. Terjerat dlm cinta dunia dan bila cinta pada benda masuk dlm hati, maka berat utk melaksanakan perintah Allah, maka mula kita akan berundur sedikit demi sedikit hingga kita ketinggalan di belakang. Utk istiqamah dlm keadaan senang dan lapang adalah satu perkara yg sangat susah. Sahabat2 juga telah diuji dgn 2 keadan tersebut iaitu keadaan kesempitan dan keadaan kemewahan. Bila dtg kesenangan atau harta benda atau kemewahan maka tertib disiplin akan mula terjejas, kita akan mula cari jln senang atau jln mudah. Satu org yg berhenti dari buat usaha seolah2 dia berpaling dari Allah s.w.t dan ini adalah satu perkara yg sangat berat. Maka hendaklah kita lazimkan diri dgn taubat, istighfar dan amal. Tanda kita membelakangkan Allah atau berpaling dari Allah ialah usaha agama tiada kemajuan. Menjadi tggjwb setiap individu muslim membantu agama Allah s.w.t atau nusrah agama Allah. Oleh itu kita kena muhasabah diri, banyak mana harta, masa, diri, kebolehan digunakan utk agama Allah s.w.t. Bila dtg takazah agama, kita kena bertungkus-lumus utk menyempurnakan takazah tersebut. Kita minta utk sempurnakan takazah yg berat2. Org yg memilih utk ambil takazah yg ringan dan mudah adalah org yg mentah. Allah akan buka kefahaman agama utk org yg pilih takazah yg berat.

Allah akan tutup atau cabut kefahaman agama utk org yg pilih takazah yg ringan. Allah akan majukan org yg ambil takazah yg berat. Bila Allah cabut kefahaman agama, maka dia tidak akan mendapat taufik utk buat usaha. Jangan mengelak dari ambil takazah kerana Allah akan membelakangkan org yg mengelak dari ambil takazah. Tidak sambut takazah agama menyebabkan lama2 akan mundur dan ketinggalan. Mereka yg buat usaha maka Allah akan bagi hidayat dan majukan dia dan jadi org yg bertaqwa. Mereka yg tak sungguh2 dlm usaha maka Allah akan belakangkan dia dan Allah akan ganti dgn org lain. Allah s.w.t maha kuasa, Allah s.w.t mempunyai karkun yg ramai dan tiada siapa yg tahu bilangan tentera Allah s.w.t. Allah boleh ambil kerja dari sesiapa sahaja. Org mekah tak terima jadi Allah ambil kerja dari org Madinah. Musab b. Umair telah dihantar ke Madinah selama 1 thn. Org Madinah telah sambut takazah agama dan Allah majukan mereka. Allah bagi mereka kefahamana agama. Hijrah dari Mekah ke Madinah dah tak ada lagi tapi nusrah agama Allah akan kekal sampai hari kiamat. 

Begitu agungnya amalan nusrah, nabi s.a.w bersabda: jika bukan kerana hijrah, maka aku adalah salah seorang dari org2 ansar. Pintu nusrah terbuka sampai hari kiamat. Allah telah letakkan amalan nusrah ini atas bahu seluruh umat. Setakat jadi org tabligh tidak mencukupi. Apa kita dah buat utk usaha agama? Kita kena fikir utk memajukan usaha. Bantuan Allah akan dtg berkadar dgn tggjwb yg diambil. Nusrah atau bantuan Allah akan dtg bila takazah diambil dan disempurnakan. Bila takazah tidak disempurnakan, tiada bantuan Allah, maka sedikit demi sedikit kerja akan mundur dan jadi lemah. Org yg Allah jadikan mereka perantaraan utk majukan usaha (spt org ansar di Madinah) jadi asbab agama tersebar ke seluruh alam. Walaupun begitu, org muhajirin lebih afdal dari org ansar krn nusrah agama wujud bila adanya hijrah. Allah isyhtihar keredaan utk kedua2 muhajirin dan ansar.  Kedua2 gologan telah bersama2 dgn nabi s.a.w. Org ansar begitu maju dlm pengorbanan krn mrk telah sambut semua takazah agama. Nabi s.a.w bersabda: “org muhajirin pun akan dpt apa yg org ansar dpt dgn syarat kamu menghormati dan menghargai mrk.” Ini adalah satu usul, dikalangan kita yg banyak buat pengorbanan hendaklah kita menghargai mereka. Doa utk mereka. Jgn iri hati dan jgn buruk sangka.

Nabi ajar org muhajirin agar menghargai org ansar. Bila kita menghargai dan mendoa kan utk org yg telah korban maka Allah akan bagi pd kita juga. Utk maju dlm usaha kena disiplinkan diri, ikatkan diri dgn amal yg diberitahu maka sifat akan wujud. Sifat takut pd Allah s.w.t wujud dgn perantaraan usaha ini. Org yg takut pd Allah pasti akan maju dan bergerak sampai ke destinasi. Sahabat menangis krn takutkan Allah, menangis sampai akhir hayat. Asbab islah iaitu ikat diri dgn amal, rasa takut akan dtg, jadi contoh pd org lain, jadi asbab kebaikan utk org lain. Dgn istiqamah akan dtg sifat ikhlas dan ada takluk dgn Allah. Maulana Yusuf rah. kata, kekalkan diri dlm usaha, maka ikhlas akan dtg beransur2. Bila dtg ikhlas maka fitnah akan terhapus. Tanpa ikhlas akan wujud fitnah. 

Bila wujud fitnah maka kerja akan jadi susah. Tanpa istiqamah/ikhlas kerja akan jadi rutin. Bila rutin akan timbul jadi jemu dan syaitan ambil peluang utk belakangkan org macam ni. Siang hari usaha habis2an. Malam hari menangis di hadapan Allah. Kena selalu bertaubat pd Allah s.w.t. Wujudkan dlm hati ini walaupun org lain tak buat saya kena buat. Melalui org macam ni Allah akan jadikan dia contoh dan asbab hidayat. Org mukhlisun jadi pelita hidayat dan hapuskan fitnah. Wujudkan suasana yg baik dan buat kerja dgn penuh tggjwb dan bawa kehidupan sunnah dlm diri. Kehidupan kita adalah kehidupan ijtimai jadi buat kerja dgn pengorbanan. Fikir utk majukan kerja agama dan sambut semua takazah. Semua sedia? Maksud kedatangan tuan2 ke sini utk buat azam baru dan sempurnakan azam dan segala kelemahan perlu diperbaiki. Bantuan Allah bersama dgn amal yg sempurna bukan dgn amal rutin.

No comments:

Post a Comment