Wednesday, January 7, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA AHMAD LAT

(29/11/2014 – nizamuddin) - point. Dakwah kpd akidah – Allah yg buat segala-galanya. yakin hanya atas lidah adalah tanda kiamat. kalimah tak sampai ke mata – masih tengok perkara yg haram. kalimah tak sampai ke mulut – masih mengumpat. mati adalah hak – semua org akan jawab depan Allah. elak dari sangka buruk, jgn cari keburukan org, cari keburukan dlm diri sendiri. perkara baik cari dlm diri org islam yg lain. maulana ilyas kata : usaha ini adalah jual beli kebaikan. himpunan seluruh kebaikan ada pd nabi s.a.w. manusia paling dikasihi Allah ialah yg paling banyak bagi menafaat pd manusia yg lain. menafaat keduniaan adalah sementara – bagi makan, ziarah org sakit, etc. menafaat paling besar ialah selamatkan manusia dari neraka dan masuk syurga. ahli syurga paling tinggi – ziarah Allah 2 kali. ahli syurga paling rendah – ziarah Allah 1 kali. 

Ada 2 jln kehidupan: 

1). Ambil langsung dari Allah  
2). ambil menafaat dari makhluk Allah. 

Makhluk akan hancur dan menafaat dari makhluk pun akan hancur. masalah sebenar adalah masalah hati. baca quran tapi tak amal apa yg disuruh dlm quran. kalimah hanya di lidah dan quran hanya tinggal tulisan. jgn jadikan usaha ini sebagai adat, jgn buat tabligh sebagai adat. adat – tak ada kesan pd amal. mesyuarat adat, gasht adat, 3H adat, taklim adat. usaha ini adalah usaha kenabian. dgn usaha ini setiap hari kita hampir kpd sifat2 kenabian. org beriman – walau sibuk dgn urusan tapi masih risau pasal agama. keluar dari kesibukan dunia dan dtg kpd risau umat seluruh alam.

Org berilmu adalah org yg amal apa yg dia tahu. semasa taklim kita baca janji Allah sehingga bawa dlm amalan kita. cth: ambil wuduk dgn miswak. Semoga amal ini hidup dikalangan seluruh org islam. Agama akan hidup dgn usaha, tapi hari ni usaha tak dijalankan. kita sibuk dgn perniagaan – tak keluar jihad – Allah hina dan tak akan keluarkan dia dari kesempitan. syaitan hias perkara yg buruk nampak cantik. manusia ada yg bersifat syaitan. apa kerja syaitan? Pesongkan org yg berada di jln yg lurus. manusia juga ada yg bersifat haiwan – tiada hukum – buat apa yg mereka nak buat. sifat hamba ialah terikat dgn hukum Allah. Masjid besar – tapi amalan tak ada, tak ada taklim, tak ada halaqah zikir, tak ada halaqah quran. masjid jadi tempat melancong – dtg masjid tapi tak solat tahiyyatul masjid  - tak tunaikan hak masjid. cakap dunia dlm masjid – Allah tenggelamkan atau tukar muka jadi binatang. 

Malaikat tegur org yg cakap dunia dlm masjid – malaikat akan panggil dia musuh Allah. duduk dlm masjid – tapi musuh Allah. kena tahu apa janji Allah. kena tahu apa ancaman Allah. Memakmurkan masjid dgn amal – Allah tangguh azab. 7 golongan di bawah arash – salah satu ialah hati yg terikat pd masjid. buat usaha dgn cara yg betul – spt mana nabi dan sahabat dah buat. buat usaha dgn ikhlas dan dgn pengorbanan. Allah tak akan sia-siakan usaha nabi-nabi. Nabi dihantar utk buat dakwah – hubungkan manusia dgn Allah – bawa manusia kpd Allah. Hubungkan manusia dgn kerja kenabian. Setiap amal akan ditulis oleh malaikat – malaiat raqib dan malaikat atid. Harap dan takut hanya pd Allah. Umar kata : kalau semua org masuk syurga kecuali satu org, aku takut aku yg sorang tu. Kalau semua manusia masuk neraka kecuali satu org, aku harap aku yg sorang tu. Jgn isyhraf, jgn membazir dlm keperluan.

Keperluan manusia ada 5 – makanan, pakaian, rumah, kenderaan dan keluarga. Isyhraf adalah belanja melampaui batas – buat benda yg tak perlu – dibenci Allah. Syaitan jadi syaitan sebab takabbur. Takabbur adalah sifat yg dicela dan di laknat Allah. Istighna adalah sifat yg disukai Allah – tawadduk. Dlm setiap perkara kena ada kesederhanaan. Betulkan kehiduapn kita 24jam – dari bangun tidur hingga tidur kembali – cara nabi. Tiga jenis golongan manusia yg Allah akan tangguhkan azab: 

1). Memakmurkan masjid, 
2). Kasih sayang kerana Allah, 
3). Bangun malam – taubat dan menangis depan Allah.

Setiap org perlu dihubungkan dgn masjid. amal dlm masjid dihidupkan di rumah. Allah ubah ‘iradah Allah’ – dgn amal masjid. Tapi kalau duduk dlm masjid pun masih mengumpat – ini menarik azab Allah. Ada jemaah masjid menarik azab Allah. Ada jemaah masjid menghalang azab Allah. Jgn syak tentang kerja ini – ini kerja kenabian. Buat usaha dgn ikhlas dan pengorbanan – hidayat yg Allah simpan ribuan thn akan dicepatkan. Harta, diri, masa – dibawa ke jln Allah. Sebanyak mana ada keyakinan pd Allah – sebanyak itulah dpt tinggalkan dosa. Kembali kpd perintah-perintah Allah. 

Ambil direct dari khazanah Allah. Harta, diri, masa, kebolehan – adalah kunci utk buka khazanah Allah. Seluruh umat umpama satu jasad. Bila bantu agama Allah, maka Allah bantu kita. Bila mujahadah di jln ini, barulah hati kita akan dibersihkan oleh Allah. Cinta dunia adalah tunjang kpd segala keburukan. Bila cinta dunia masuk dlm hati – tak kenal Allah, tak kenal rasul. Bila buat dakwah dan ada cinta dunia, pangkat, pujian – maka kerja akan rosak. Usaha ini bertepatan dgn quran dan sunnah. Lihat contoh kehidupan muhajir dan ansar. Bila dtg takazah – terus keluar di jln Allah. Umat kena bertaubat macam taubat nabi Adam a.s – menangis selama 40 thn. 

No comments:

Post a Comment