(1988) Usaha agama yg diberikan kpd nabi2 Allah adalah khusus utk mrk. Usaha dakwah juga diberi kpd umat Muhammad s.a.w. Usaha dakwah ini melebihi segala kebaikan yg lain. Apakah itu usaha dakwah? Dakwah adalah senang dan mudah. Usaha dakwah ini skrg tidak perlu lagi pengenalan kerana ia telah masyhur ke seluruh alam sehingga org2 yg bukan Islam pun sudah kenal. Apb Rasulullah ditanya apa itu Islam? Rasulullah terangkan rukun Islam yg lima dgn mudah. Usaha dakwah yg kita lakukan ini dpt diterangkan dgn mudah. Jika ditanya siapakah org Islam? mrk ialah org2 yg telah usaha bertahun2 dgn pengorbanan yg banyak, mereka mewujudkan iman, akhlak, pergaulan dan muamalat. Utk sebut Islam memerlukan hanya beberapa patah perkataan ttpi utk jadi org Islam memerlukan usaha yg bukan sedikit. Usaha menjadi seorg islam ini memerlukan usaha yg bersungguh2.
Dakwah ini suatu perkara yg sungguh tinggi dan hebat sekali dan inilah usaha yg akan buka hati yg terkunci. Dan dakwah ini adalah sesuatu kuasa yg akan menarik sesuatu bantuan dari langit. Ikramah kata ia rela mati dari terima Islam ttpi inilah usaha yg buka hatinya. Ini juga dakwah yg membuka pintu hati dan meninggikan Umar menjadi khalifah. Maulana Ilyas kata jika usaha dakwah ini dilakukan dgn kehendakNya yg tepat maka bantuan Allah akan disegerakan. Masalah kita ialah adakah tuan dan saya layak utk usaha ini? Semoga Allah pelihara (dilulang 3 kali). Jgnlah kita jadi penghalang org lain utk dtg kpd usaha yg mulia ini. Dakwah yg boleh membawa manusia yg zalim beriman, betapa perlunya kita wujudkan akhlak yg mulia di kalangan kita. Org yg beruntung dari usaha ini ialah org yg niat utk islah diri. Ingat ketika mula ikut usaha ini bagaimana keadaan kita ketika kita duduk taalim, dlm bayan, gasht etc. Ttpi skrg semangat kita telah berubah kerana niat kita juga telah berubah. Dahulu kita niat islah diri skrg kita nak islah org lain. Hadzratji rah. berkata ada dua perhatian pada kita yg buat usaha ini iaitu Muasyarah (pergaulan antara kita) dan juga akhlak.
Dimana shj kita berada dan apa shj yg kita buat jgn dari kita timbul kerugian atau penganiayaan kpd org lain dan dari kita apakah yg org lain boleh dpt kebaikan. Jika dgn perkataannya shj org lain dpt kerugian maka tak perlu lagi kita tengok akhlaknya. Walaupun kita buat sesuatu kesilapan ttpi krn hati2 kita bersatu Allah akan tutup kesilapan kita. Ttpi jika hati2 kita tidak bersatu walaupun buat usaha bermati2an Allah tidak akan pandang dan jikalau Allah hendak amkan hidayah ketika itu tidak akan terjadi. Peperangan Badar merupakan tarikh Islam dan itulah hari Allah hendak membuat sesuatu keputusan. Ketika itu keadaan para sahabat hati mereka hanya kpd Allah shj. Org yg langkahnya adalah langkah ke arah dakwah, Allah akan ajarkan hati mrk iman ttpi Allah akan dtgkan ujian2. Mrk keluar tanpa apa2 persediaan. Allah tidak beritahu bahawa Abu Sufian telah ubah haluan kerana Allah mahu didik hati2 para sahabat. Oleh krn peristiwa ini pertama dlm sejarah Islam dan akan dtg peristiwa2 lain maka Allah menyediakan iman yg tepat utk menghadapi peristiwa2 yg akan dtg. Peristiwa ini diceritakan supaya tuan membanding kan diri tuan2 dgn peristiwa ini. Adakah iman kita meningkat dibandingkan masa kita mula2 berada dlm usaha ini. Adakah dgn usaha ini kita tingkatkan iman atau dgn usaha yg sama kita hancurkan iman?
Maksud bahagian kedua dlm kalimah toiyyibah ialah peperangan Uhud. Rasulullah pesan pada pemanah2 atas bukit supaya jgn turun. Ttpi Allah mahu ajar umat ini apa akan jadi jika mrk tidak ikut Rasulullah. 70 org telah disyahidkan sedangkan mrk adalah org yg sama hadir dlm peperangan Badar. Ini semua berlaku sbg ittibak Rasul. Kita kena tanya berapa banyak sunnah yg dpt kita amal dlm apa shj yg kita lakukan sejak hari pertama hingga skrg, samada saya sedang bina kalimah atau meruntuhkannya? Dlm peperangan Badar ada satu lagi pelajaran iaitu hubungan Allah dgn perantaraan doa. Pelajaran dlm peperangan Badar:
1. Keyakinan dengan Allah
2. Ittibak sunnah
3. Doa
Kalau pada org2 tidak beriman kita disuruh kasih sayang pada mrk apa lagi di antara kita org2 yg buat usaha. Utk merawat penyakit kita ini Hadzratji kata kita yg buat usaha ini mesti ada hubungan rapat antara satu sama lain dan anggap diri kita semua kecil. Kita perlu ada hati yg terbuka. Hati yang luas, e.g: Rasulullah telah buat perjanjian dgn org2 Yahudi. Ttpi org2 Yahudi tidak senang hati dan timbulkan kekacauan. Rasulullah tahu siapa yg buat angkara. Ketika org Yahudi dikalahkan anak Abdullah bin Saluk diambil oleh seorg sahabat sbg hamba. Baginda dgn hati terbuka telah ambil beliau sbg isteri. Hari ini dgn perkara kecil kita hendak bergaduh berpecah belah. Kita kena jadikan hati kita luas spt lautan. Apa sahaja dtg kita terima. Satu perkara yg penting juga perlu wujud dihati kita ialah taat kpd amer. Ia merupakan tiang utu kita berdiri. Apa sahaja keputusan diambil kita patuh.
Apb wujud sifat2 ini dlm diri kita sudah tentu Allah akan beri hasil. Semoga Allah pelihara kita (diulang 3 kali). Jika tidak ada sifat2 ini dlm diri kita Allah boleh ketepikan kita dan ambil org lain utu buat usaha ini. Mulai hari ini ya Allah Engkau kurniakan saya dgn sifat2 ini dan pilihlah saya utk buat usaha ini. Mereka yg dipilih atau yg menghubungkan dirinya dgn usaha agama bukan di sebabkan oleh kebolehan yg ada padanya ttpi semata2 pilihan Allah. Allah mempunyai dua perkara, kudrat dan sunnah. Kudrat Allah melampaui pemikiran. Ttpi sunnah Allah tidak akan berubah. Inilah yg dinamakan asbab. Begitu juga utk hidayah maka usaha yg diperlukan ialah dakwah dan doa. Beruntunglah org yg dipilih Allah sbg asbab tersebarnya hidayah dan kebaikan ke seluruh alam. Utk membina sesuatu bangunan kita perlukan beberapa org dgn berbagai kebolehan. Kita tidak boleh ambil jurutera sahaja atau arkitek sahaja. Begitu juga dengan usaha agama kita perlukan semua jenis org dan sesuai utk siapa sahaja. Macam mana dgn kalimah dan solat boleh dapat kejayaan? Selalu kita rasa kalimah dan solat tiada apa2, tetapi dalam azan dua perkara ini sahaja yg disebut. Selepas azan kita baca satu doa bahawa azan adalah dakwah yg sempurna.
(Allahummarabbahazihidakwatiytaammah...). Oleh kerana kita telah diselubungi oleh kebendaan sebab itulah kita tidak memahami azan ini. Contoh, dlm satu biji tamar ada banyak lagi buah tamar. Kita semua kena yakin bahawa semua masalah dunia dan akhirat Allah sembunyikan kejayaan dalam kalimah yang pendek ini. Rasulullah telah beri jaminan bahawa dengan kalimah ini kita akan berjaya. Kalau dibelah biji tamar kita tidak dapat lihat pokok tamar. Begitu juga amalan gasht, ta’alim, tasbih dan 3 hari jika kita belah memang kita tidak nampak apa-apa. Tetapi disinilah Allah sembunyikan kejayaan kita. Selalu kita disuruh hidupkan ta’alim rumah. Apa yang hak padanya? Itulah ta’alim yg wujudkan Amirul Mukminin Umar Faroq r.a. Seorang petani tabur benih bukan untuk disia-siakan tetapi dgn penuh keyakinan bahawa Allah akan pecahkan bumi dan tumbuhkan pokok.
Begitu juga dgn kerja tempatan. Kita kena yakin dgn gasht yg sekejap, ta’alim sedikit sbg asbab tersebar hidayah ke seluruh alam. Allah akan lahirkan org beragama dalam rumah mana? Kita tidak tahu kerana itu semua tersembunyi ttpi Allah maha mengetahui. Dlm sebiji gandum Allah sembunyikan roti utk manusia walau apa pun kedudukannya. Pekilang, pekedai dan pekerja keperluan mereka Allah sempurnakan dlm biji gandum. Begitu juga dgn kerja2 tempatan. Allah sembunyi kan kejayaan bagi semua orang. Gasht, tasbih, 3 hari, ta’alim masjid dan rumah. Semua orang makan roti tetapi mereka tidak fikir siapa petani yang usaha bertungkus-lumus untuk tanam gandum. Begitu juga org tidak akan tahu dan kenal asbab taalim, doa siapa si fulan dpt hidayah. Tapi di akhirat nanti akan kita tahu asbab siapa si fulan mula solat, si fulan mula tunaikan perintah Allah tinggal kan maksiat dan sebagainya. Janganlah kita memperbaiki pakaian org ttpi pakaian kita koyak rabak. Begitu juga kita kena niat bahawa kita buat gasht dan kerja2 tempatan jgn kita rasa utk org lain shj ttpi yg penting ialah utk diri sendiri. Petani bercucuk tanam pertamanya utk keperluan diri sendiri, yg selebihnya barulah dijual utk keperluan org lain.
No comments:
Post a Comment