Wednesday, January 7, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA AHMAD LAT

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 11/09/98). Oleh krn dlm dunia ini yg penting ialah manusia, maka Allah telah mengutamakan asbab tarbiyah kpd manusia berbanding dgn makhluk2 Allah yg lain. Sebagaimana yg kita maklum apb satu jemaah dibentuk, akan dipilih zumindar  dan di tarbiyah bagaimana mrk dpt membelanjakan diri, harta dan masa mrk mengikut perintah Allah s.w.t. Apb diri, harta dan masa manusia digunakan dgn betul mengikut kehendak Allah s.w.t, maka manusia akan dibentuk kehidupannya. Oleh itu ambia2 dihantar oleh Allah s.w.t di kalangan manusia untuk menunjukkan kehidupan suci murni yg manusia perlu ikuti, nabi2 adalah manusia yg maksum. Seluruh tarbiyah nabi2 kpd manusia ialah menunjukkan bagaimana mentauhidkan Allah s.w.t. 

Asas tarbiyah manusia ialah pembinaan iman yg betul. Jika iman manusia sempurna, keseluruhan kehidupannya akan betul. Hari ini tumpuan manusia samada kpd makhluk atau kpd khaliq. Sabda Rasulullah s.a.w “Barang siapa membetulkan hubungannya dgn Allah, Allah s.w.t akan membetulkan hubungannya dgn manusia”. Rasulullah s.a.w memberitahu seluruh masalah dunia akan selesai melalui usaha agama/mentaati Allah s.w.t. Org miskin tidak akan resah gelisah dan meminta2 kpd makhluk, org kaya tidak sombong dan tamak, pemerintah tidak menzalimi rakyat dan rakyat akan menjadi taat dan tidak memberontak. Amalan manusia akan memberi kesan kpd pentadbiran alam, sehingga memberi kesan kpd  anak yg baru lahir. Sepasang suami isteri yg membuat hubungan jenis dan terlepas solat subuh dan tidak mengqadho’nya, maka anak yg lahir dari hubungan itu menjadi anak yg lalai dan derhaka kpd ibu bapa.

Ucapan yg mengatakan kebesaran Allah s.w.t akan sampai kpd hati. Hubungan manusia kpd Allah s.w.t tertakluk kpd hati. Nabi-nabi adalah manusia yg maksum dan semua yg dicakapkan atau dibawa oleh ambia adalah utk kebaikan manusia walaupun apa yg dipercakapkan bertentangan dgn jasbah manusia.  Maksud kita membuat kerja ini, bagaimana hendak menyediakan manusia membuat maksud sebenar ia dihantar. Sahabat2 adalah manusia contoh terbaik, apa yg diucapkan di lidah menzahirkan apa yg ada dlm hati mereka. Ucapan kalimah taiyibah di mulut dpt menzahirkan di hati mereka bahawa seluruh yg bersifat makhluk tidak berkuasa. Mereka dapat mengeluarkan seluruh kebesaran makhluk dlm hati mereka. Perkara yg tidak sepatutnya di dlm hati mereka telah dibuangkan dari dlm hati mereka. Org yg kufur dan munafik hanya mengatakan ia beriman ttpi di dlm hati tidak ada iman. 

Org spt inilah yg membawa kesesatan dan kerosakan dlm muka bumi ini. Apb golongan ini diberitahu betulkan iman dlm diri kamu, mereka engkar. Pengharapan kita perlu hanya pada Allah s.w.t. Jgn mengharap kpd yg lain, jika hendak meminta, mintalah kpd Allah s.w.t  jgn meminta kpd yg lain. Kisah Abu Hurairah yg kelaparan  beberapa hari telah pengsan, org lain menyangka ia terkena penyakit sawan, sebenarnya ia telah kelaparan dan kesusahannya tidak diberitahu kpd org lain. Nabi s.a.w telah bersabda kpd Abu Hurairah bahawa ehwal kamu ialah untuk memberitahu seluruh umat hingga hari qiamat. Semua amalan hendaklah mengikut cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, apabila dlm kelaparan jgn meminta kpd makhluk ttpi harap dan minta pada Allah s.w.t . Dlm kelaparan itu Rasulullah s.a.w memanggilnya ke rumah dan memberi satu mangkuk susu. Rasulullah s.a.w meminta ia memanggil seluruh ahli suffah yg lain iaitu hampir 70 org utk meminum semangkuk susu. Keadaan itu bertentangan dgn kemuslihatan Abu Hurairah sendiri, kerana air susu yg semangkuk itu perlu diberi kpd beliau kerana beliau dalam kelaparan. 

Tetapi amalan Rasulullah s.a.w penuh keberkatan dan apabila Abu Hurairah mentaati suruhan Rasulullah s.a.w maka semangkuk susu dapat mengenyangkan sepuas2nya semua ahli suffah itu. Allah s.w.t sebenarnya membawa perintahNya adalah bergantung kpd keupayaan atau kemampuan manusia untuk mentaatiNya. Takazah agama yang dibentangkan perlu dilihat keupayaan seseorang dan ia hendaklah  dibentangkan bagi memenuhi sesuatu takazah. Orang yang membuat kerosakan di muka bumi ini perlu di bawa kepada kebaikan dengan membuat kerja suci murni Rasulullah s.a.w.  Orang mencuri dikatakan tidak mencuri kecuali ketika ia mencuri ini ia tidak beriman, oleh itu ia telah membuat amalan yang menyusahkan org lain seperti mengambil kasut orang, kereta orang dan sebagainya. Orang seperti ini perlu diusahakan supaya dpt mengubah kehidupan mereka dari engkar perintah Allah s.w.t kpd mentaati perintah Allah s.w.t.

Apa maksud kalimah Laillahaillallah, ialah utk membuang kebesaran makhluk dlm hati dan hanya masuk kan kebesaran Allah s.w.t melalui membuat amalan yg dpt membina kehidupan akhirat. Khalid Ibnu Malek dan Amru bin As dua org sahabat karib telah dtg ke Madinah. Sebelum ini ia pemusuh Islam, di Uhud ia telah berperang di sebelah tentera kafir. Rasulullah dan seluruh ahli Madinah telah memuliakan dan tidak menghina beliau. Seluruh ahli Madinah telah istiqbal dan Rasulullah s.a.w telah menghamparkan serban nya. Layanan Rasulullah SAW itu telah memberi kesan kpd hati beliau dan sampai bila2 pun ia tidak akan lupa. Layanan itu menyebabkan ia memeluk Islam dan darinya tersebar banyak kebaikan.  Begitulah mengikut Maulana, berbahagialah seseorg itu sebab usahanya banyak kebaikan tersebar di marhalahnya. Menafaat usaha dakwah ini tidak akan lahir kecuali kita membuat usaha dgn ikhlas dan istikhlas. Sbg contoh seora yg bekerja sbg penjaga satu kedai, ttai ia membuka satu lagi kedai utk anaknya. Tuan punya kedai memberitahu org tadi, kamu jgn kerja dgn aku, kerana tumpuan kerja kamu tidak pada kedainya tetapi dgn kedai lain. Itulah yg dimaksudkan istikhlas. 

Sahabat apb menyambut takazah dari Rasulullah s.a.w tidak memilih masa, tempat atau keadaan. Sebagai contoh kisah Huzaifah, bagaimana ia dipilih oleh Rasulullah s.a.w untuk mengintip musuh Islam pada waktu malam yg sejuk.  Walaupun pada ketika itu musim sejuk, apabila Huzaifah sedia bangun utk menunaikan takazah agama, maka Rasulullah s.a.w telah mendoakan Huzaifah, “Ya Allah, selamatkanlah Huzaifah dari atas, bawah, kanan, kiri”, dan ia berjalan seolah2 dlm bekas yg panas. Ia adalah bersesuaian dgn firman Allah s.w.t, “Sesiapa yg membantu agama Allah nescaya Allah akan membantu kamu”. Setiap org yg Allah ingin berikan kebaikan, nescaya Allah akan uji, jika seseorg lepas dari ujian itu ia akan dimasukkan dlm makam istiqfar.  Allah s.w.t tidak mempunyai hajat dgn makhluk apabila hendak membuat sesuatu.

Dalam membuat usaha agama kita perlu membuat cara yang ditunjukkan oleh nabi-nabi, contohnya Nabi Nuh a.s, beliau membuat usaha dakwah, Allah perintahkan membuat kapal di atas gunung.  Amalan ini menjadi bahan ketawa kaumnya.  Nabi Nuh memberitahu kaumnya Allah s.w.t perintahkan membuat kapal kerana akan berlaku banjir yang besar.  Kaumnya mentertawakannya kerana mana datang air di kawasan padang pasir.  Allah s.w.t keluarkan air dari tanah, dari batu, dari langit.  Begitu juga jika kita membuat kerja tempatan, apabila kita membuat gasht/khususi jangan membuat sangkaan orang yang akan kita ziarahi itu akan menerima kita atau tidak.  Kita perlu masukkan dalam hati bahawa hati-hati saudara itu ditangan Allah s.w.t.  

Hidayat juga ditangan Allah s.w.t, kita perlu yakin sungguh2 janji2 Allah s.w.t dan melihat kudrat Allah s.w.t yg berkuasa membuat sesuatu. Hari ini kita perlu bangun membuat pengorbanan dgn menggunakan diri, harta dan masa kita keluar ke jalan Allah s.w.t, janganlah pejabat, kedai, kilang, pertanian kita menjadi penghalang utk kita keluar ke jalan Allah s.w.t. Jangan sekali2 kita membuat berbagai alasan kerana ditakuti kita akan mendapat kemungkaran Allah s.w.t sepertimana kemungkaran Allah s.w.t kpd Abu Lahab yg menolak Islam. Ketika dia mati, bumi di Mekah tidak menerima mayat Abu Lahab, sehingga mayatnya terkeluar 3 kali dari tempat pengkebumiannya. Kita perlu membuat keputusan bahawa kerja ini maksud hidup kita. Kita memang lemah dan daif ttpi melihat kudrat Allah s.w.t kita perlu terus membuat kerja sehingga keletihan. Dgn dakwah sahaja manusia akan mendapat tarbiyah dan islah.

No comments:

Post a Comment