(mesyuarat malaysia nizamuddin - 09/09/98). Manusia adalah semulia2 makhluk atau Ashraful Mahlukat. Ia telah diberi tggjwb yg amat tinggi iaitu sbg khalifah Allah, khalifah Rasul dan khalifah kitab. Allah s.w.t menjadikan agama sbg petunjuk kpd manusia dlm menjalani kehidupan dan Rasulullah s.a.w dijadikan contoh terbaik. Setiap perkara yg Baginda lakukan telah diikuti oleh sahabat. Allah s.w.t sebenarnya yg mengatur kehidupan manusia. Ia yg mengaturkan pembahagian harta, adanya kaya dan miskin, berapa banyak seseorg itu makan dan minum Allah s.w.t yg tetapkan. Dlm kehidupan ini manusia diberi ikhtiar. Jika manusia membuat ikhtiar yg betul maka ia akan mendpt natijah yg baik di kehidupan akhirat. Jika manusia menggunakan lidah utk mengucap kalimah taiyibah, kesannya sampai ke langit, tiang arasyh Allah s.w.t bergoncang. Ia tidak berhenti selagi dosa yg mengucapkannya tidak diampun. Percakapan mulut, penglihatan mata, pergerak kan tangan seseorg itu adalah ikhtiar seseorg dan jika ia membuat amal baik ia akan mendpt syurga tetapi ikhtiar yg dilakukan membuat amal yg tidak baik ia akan membawanya ke neraka.
Oleh itu perlu membuat usaha atas iman. Semakin kuat iman seseorg semakin banyak amal baik ia lakukan. Seseorg itu perlu dibangunkan di atas 3 asas iaitu - iman, amal dan akhirat. Kita perlu beriman kpd Allah s.w.t spt mana sifat dan zat Allah s.w.t. Sejauh mana kita beriman kpd Allah s.w.t maka mudah org itu membuat amalan yg mendpt keredhaan Allah s.w.t. Iman bukan benda kecil. Ia begitu berharga di sisi Allah. Walaupun seseorg itu mempunyai iman sebesar biji sawi, ia akan diberi syurga 10 kali besar dunia. Manusia yg masuk syurga akan mengetahui nilai iman. Bagaimana jika usaha membentuk iman kita sebesar gunung. Oleh itu segala kemampuan sahabat digunakan utk belajar iman. Inilah maksud kita keluar 4 bulan, 40 hari ialah utk membina iman. Dgn beriman kita dpt mengikut perintah Allah s.w.t. Nabi inginkan setiap umatnya mendpt kejayaan. Mereka mengajak kaumnya kpd kebaikan. Kita jika hendak membuat usaha jemaah masjid sifat pertama yg perlu ada ialah keinginan semua org mendpt kebaikan. Segala kesusahan telah diajukan oleh org Quraish kpd Rasulullah sehingga makanannya diracun ttpi keinginan Rasulullah ialah utk kebaikan utk semua umat dan memasuki syurga Allah.
Setiap manusia akan merasai maut. Jln manusia dtg ke dunia ialah melalui saluran yg sama iaitu saluran ibunya. Begitu juga jln kejayaan bagi manusia juga adalah sama iaitu bagaimana ia membawa agama dlm kehidupannya. Kita sebenarnya naib nabi, mempunyai tggjwb yg besar iaitu utk membina kehidupan sendiri dan bertggjwb utk umat seluruh dunia, seluruh alam. Nabi s.a.w sbg contoh ikutan terbaik dan kita adalah juga sbg contoh kpd umat. Solat bagi seorg mukmin spt lubang di atas siling, segala kekotoran akan keluar dari dlm rumah. Rasulullah s.a.w telah tarbiyah dan bangunkan umat ini atas 3 perkara iaitu iman, amal dan akhirat. Semua amalan manusia di dunia akan dicatat dan akan dihisab dlm kehidupan akhirat. Sbg contoh seorg dijadikan gabenor pada zaman khalifah Umar, ia meminta jgn dijadikan gabenor di mana2 pun.
Hari ini, kita belum membuat kerja. Dlm masjid kita senang beramal, ttpi di luar masjid lain keadaannya. Hari ini mahul agama belum wujud, suasana masjid belum wujud dlm bazar. Berbanding dgn sahabat di mana dlm bazar hidup amal syariat agama. Di zaman Rasulullah s.a.w tempat perkumpulan ialah di masjid, org kaya spt Abdul Rahman bin Auf dtg ke masjid, Abu Hurairah ketua muhaddithsin dtg ke masjid dan ada org yg dtg ke masjid tidak tahu adab masjid dgn kencing berdiri dlm masjid juga dtg ke masjid. Mahul agama telah wujud pada zaman sahabat. Apa-apa amalan dlm masjid Nabawi telah dibawa balik ke rumah2 dan dihantar ke seluruh dunia, sehingga org yg duduk di Bukhara menerima kesan amal masjid Nabawi. Oleh itu usaha yg sungguh2 perlu dibuat utk memakmurkan masjid.
Fikir risau agama dan korban apb ditingkatkan, usaha 2½ jam akan menjadi ringan. Setiap masa dan harta seseorg perlu dikaitkan dgn masjid. Bagaimana sahabat telah menggunakan diri dan harta mereka dgn betul. Org yg dtg ke masjid adalah org yg mempunyai talab utk amal agama. Oleh itu kita perlu ikram dan sediakan org khariah kita utk bersama2 membuat jemaah masjid. Jika kita menjalani kehidupan ini mengikut kehendak Allah dan Rasul maka kehidupan kita akan selamat dan berjaya, ttpi jikalau kita membuat usaha agama mengikut kemahuan sendiri maka kita akan jatuh/terkeluar dari kerja ini. Doa seseorg mukmin utk mendpt penerimaan ia perlu membuat amalan yg mempunyai roh. Ia perlu menjlni kehidupan mengikut jln kebaikan dan bukannya jln syaitan. Amal manusia memberi kesan pentadbiran ghaib Allah s.w.t:
1) Riba jadi umum: Allah tahan hujan.
2) Zina jadi umum: Allah jadikan gempa bumi.
3) Mencaci ulamak : Allah turunkan penyakit yang tidak ada sebelum ini.
Jika kita dizalimi kita kena sabar dan minta bantuan Allah s.w.t, jgn menyatakan kesusahan kpd org lain. Nabi Musa membuat usaha dakwah yg berterusan maka doanya telah diterima oleh Allah. Firaun ditenggelamkan dlm Laut Mati. Hari ini kita perlu membuat 2 amalan, iaitu doa dan solat dgn membuat amal itu doa akan diterima.Semua yg berlaku di dunia adalah ditangan Allah s.w.t. Ia yg memberi kejayaan dan kehinaan, yg menghidupkan dan yg mematikan. aum Nabi Musa telah gunakan doa dan solat utk tarik bantuan Allah s.w.t sehingga Allah s.w.t perkenankan semua doanya. Kaum Kibti telah jumpa Bani Israel utk doa kpd bertentangan dgn Nabi Musa. Ia solat istikharah minta pertunjuk dari Allah, Allah s.w.t memberitahu jgn doa yg bertentangan dgn Nabi Musa. Allah s.w.t akan tarik rezeki yg diberi. Kaum Firaun dtg lagi kpd Bani Israel memberi tawaran emas. Ia telah tamak dan doa bertentangan dgn Nabi Musa. Mulut org itu Allah s.w.t tarik lidahnya menjadi panjang sampai ke dadanya dan badannya menjadi lumpuh. Allah s.w.t telah tarik kekuatan doa. Manusia yg melanggar perintah Allah tidak akan ada ketenangan.
Pendosa, hatinya gelap dan tidak ada kemampuan menerima kebaikan. Maulana Ilyas rah. ketika hendak meninggal ia berkata kpd Maulana Yusuf rah., usaha agama adalah sbg satu kerja, jika dibuat main2 ia akan menjadi main2an ttpi jika ia dibuat bersungguh2 ia akan memberi kesan yg luar biasa. Maulana Yusuf memberitahu jika masjid kita spt masjid Nabawi, skrg Allah yg sama yg membantu sahabat, kita juga akan mendapat bantuan yg sama. Jika ahli jemaah kita fikir akhirat, sentiasa sibuk ziarah dan hidup dgn kasih sayang, maka kita juga akan dpt bantuan Allah spt mana Allah yg sama memberi bantuan kpd sahabat. Hari ini bantuan Allah tidak turun kpd kita kerana kita yg membuat kerja ini tiada sifat. Sifat enam prinsip belum dtg lagi dlm kehidupan. Amal jemaah masjid spt bangun tengah malam minta keampunan, ulang-alik ke masjid memakmurkan rumah Allah dan berulang-alik menziarahi satu sama lain, maka org melakukan amalan ini kedudukannya ditinggikan oleh Allah s.w.t atau hampir dgn Allah. Sahabat2 ahli Badar kedudukannya tinggi disisi Allah, menyebut nama mereka dan kemudiannya berdoa, maka doanya tidak ditolak oleh Allah s.w.t. Amalan jemaah masjid apb hidup di sesuatu kawasan, jika Allah turunkan azab di kawasan itu, Allah s.w.t akan tarik azab di situ.
No comments:
Post a Comment