Saturday, August 6, 2016

PERJALANAN KESUFIAN

Berjalanlah dirimu kepada Allah swt dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. 

Apabila dadamu benar2 memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dgn takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. 

Mereka memiliki penglihatan yg tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yg dicampakkan ke dlm dada oleh Allah swt sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dgn kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yg mencapainya dan merekalah yg sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.

Jika engkau bersungguh2 mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu. Ruhmu akan melalui pendakian dari hati yg lalai kpd hati yang hidup mengingati Allah, dari hati yg hidup mendaki kpd hati yg asyik, kemudian mendaki pula kpd hati yang fana dan kemudian mendaki pula (kepada) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi. Nabi saw telah melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit dan membuka rasiya ketuhanan pada umatnya kpd Allah swt. (Syibli Sufi).

No comments:

Post a Comment