Friday, February 12, 2016

KELEBIHAN IBNU MUJAHID ASY-SYIBLI

Dikisahkan bahawa pada suatu hari, Abu Bakar asy-Syibli datang kepada Ibnu Mujahid. Tiba-tiba Ibnu Mujahid merangkul dan mencium keningnya. Ketika ditanya mengapa, dia menjawab, “Aku telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w mencium asy-Syibli. Lalu, aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, mengapa engkau berbuat demikian kepada asy-Syibli?’ Rasulullah s.a.w pun menjawab, ‘Ya, kerana tidaklah ia mengerjakan sholat fardhu, melainkan sesudahnya ia membaca dua ayat berikut:

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِيْنَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ فَإِنْ تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لَا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

‘Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman. Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad), ‘Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.’ (QS. At-Taubah [9]: 128-129).

Lalu ia membaca sholawat untukku: ‘Shallallâhu ‘alaika yâ Muhammad (Semoga shalawat terlimpahkan kepadamu, wahai Muhammad).’ Selanjutnya, aku menanyakan kepada asy-Syibli tentang bacaan apa yang dia amalkan sesudah melaksanakan sholat, maka ia menyebutkan bacaan yang sama.”

No comments:

Post a Comment