Sebelum menunaikan fardhu solat, sama ada selaku Pak Imam atau selaku makmum atau semasa mengerjakan solat bersendirian, terlebih dahulu hendaklah kita faham 3 perkara;
1) Siapakah sembahyang sebelum solat?
2) Siapakah solat didalam sebahyang?
3) Siapakah solat sesudah solat?.
Siapakah yang mendahului solat sebelum kita solat? (solat sebelum solat).
Sebelum kita bersolat atau sebelum kita bersolat, tidakkah Allah telah terlebih dahulu solatkan kita di Loh Mahfuz!. Sebelum kita berdiri, sebelum kita bertakbir, sebelum kita rukuk dan sebelum kita sujud, tidakkah Allah yang terlebih dahulu dirikan, takbir, rukuk dan sujudkan kita didalam kitab Loh Mahfuz iaini dgn pengetahuan Nya!. Bahawa sesungguhnya yang terlebih dahulu bersolat atau yang terlebih dahulu berkehendak sebelum kita bersolat itu, adalah Allah swt. Allah Taalalah yang mendahului solat kita sebelum kita bersolat. Untuk itu, layakkah kita mengaku yang kita yang bersolat? Layakkah pekerjaan orang, kita mengaku kita punya?. Sesungguhnya Allahlah yang mengetahui, berkehendak dan berkuasa atas solat kita, sebelum kita bersolat!.
Sesungguhnya Allahlah yang mendahului kita. Allahlah imam kita dan imam kepada Pak Imam!.
Bilamana kita berimam kepada Allah, ertinya Allah mendahului kita. Mendahului Allah berbanding diri kita!. Berimam kepada Allah itu, ertinya Allah mendahului kita. Allah mengerjakan, sebelum kita mengerjakannya!. Yang lebih dahulu mengerjakan sesuatu pekerjaan atau yang lebih dahulu mengerjakan sesuatu perbuatan itu, adalah Allah!. Kerana dengan adanya sifat Khudrat Allah terlebih dahulu maka barulah bergerak kelakuan makhluk. Melalui ilmu makrifat, hendaklah kita yakini, hendaklah kita mengaku dengan penuh keyakinan dan sepenuh kepercayaan bahawa yang mendahului pekerjaan atau yang mendahului perbuatan kita itu, adalah Allah swt. dengan sifat Khudrat Nya.
Sebelum kita berkehendak, sesungguhnya Allah telah terlebih dahulu berkehendak!. Sesungguhnya Allah mendahului kehendak kita!. Sebelum kita berhajat untuk melakukan sesuatu dengan sifat Iradat-Nya, sesungguhnya Allah telah mendahului apa yang kita hajati. Inilah erti, pengertian dan maksud perkataan berimam!. Kita solat berimamkan pak imam dihadapan kita sewaktu kita bersolat jemaah. Manakala pak imam pula, beriamamkan siapa?. Siapa mendahului solat semasa kita sedang mengerjakan bersolat dan siapa bersolat, semasa kita sedang mengerjakan bersolat?. (Siapa yang bersolat didalam solat)
Sebelum kita bersolat, tidakkah Allah dah solatkan kita dalam kitab Loh Hulmahfuz dengan sifat ilmu Nya dan Iradat-Nya. Setelah lahirnya kita kedunia, lalu kita pun berdiri untuk bersolat dengan ada sifat Khudrat Nya. Semasa kita berdiri diketika bersolat itu, bukannya suatu perbuatan baru, melainkan berdirinya kita itu, telah Allah dirikan kita sebelumnya dikitab Loh Hul Mahfuz sejak azali lagi. Oleh itu, hendaknya jangan sekali-kali kita mengaku yang kita bersolat, kita rajin, kita taat, kita patuh, kita alim atau segalanya. Yang rajin itu Allah, yang taat itu Allah, yang alim itu Allah dan yang berbuat solat itu adalah pekerjaan dari Khudrat Allah yang sudah tersedia Ketetapan Nya sedari azali!. Solat dikala bersolat itu, sebenar-benarnya telah Allah adakan ketetapan sedari azali (perbuatan atau kelakuan solat itu, bukan perkara baharu, semak...Takluk Khudrat dan Takluk Iradat Allah)
Melainkan pekerjaan atau perbuatan yang telah sedia tercatat didalam kitab Loh Hulmahfuz.. Di panggil pengetahuan Allah (takluk ILMU Allah) iaitu sebelum, sedang dan selepas sesuatu itu berlaku. Oleh itu, hidup kita didunia ini jangan sombong. Sombong diri dengan mengaku kelakuan taat itu kita yang punya dan perbuatan bersolat itu datangnya dari Khudrat kita!.
Pekerjaan atau pebuatan solat kita adalah suatu pebuatan serta kelakuan yang telah siap tercatat. Kita ini, tidak ubah hanya sekadar menyatakan sahaja perkara yang sudah siap dengan kekuasaan sifat Ilmu, Khudrat dan Iradat Allah. Jadi yang sebenar-benar bersolat diketika kita sedang bersolat itu, bukan kita, melainkan pebuatan atau kelakuan dari Khudrat Allah dan telah diketahui sebelum nyata kelakuan itu. Siapa solat sesudah solat atau siapa yang bersolat sesudah solat?. Bilamana yang mendahului solat sebelum solat itu dgn ilmu Allah, yang mendahului solat diketika sedang bersolat itu dgn khudrat Allah, sudah tentu solat sesudah solat, itupun juga adalah dari Allah Taala!
Oleh itu, janganlah hendaknya mengaku yang bersolat itu kita!. Diantara sebelum dan sesudah itu, apakah adanya diri kita?. Dari awal sehingga keakhir, tidak ada kita ditengah-tengah. Dari bermula dan sehingga berakhir itu, adalah Allah, sehingga tidak ada ruang langung untuk kita mengerjakan dgn kelakuan dan Khudrat kita sendiri. Setelah dan sesudah tidak adanya daya upaya atau usaha ikhtiar kita, barulah ibadah itu boleh dikatakan datangnya dari Allah kepada Allah!. Jadi marilah kita bersama-sama berimam kepada Allah iaitu dengan “mendahulukan Allah”.
1) Iman itu, kepercayaan, pegangan atau iktikad.
2) Berimam itu, mendahului Allah daripada makhluk.
3) Pak imam itu, orang yang mengepalai solat.
Firman Allah dalam Qs.Ash shoffat:96; “Allah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu perbuat.”
Amaran Terhadap Perbuatan Syirik dan Kelebihan Tauhid
1. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, "Allah Ta'ala berfirman kepada orang yang menerima azab yang paling ringan pada hari kiamat; 'Jika kamu mempunyai sesuatu di atas permukaan bumi sebagai tebusan, adakah kamu menebus azab ini dengannya?' Orang itu pun menjawab, 'Ya'.
Allah Ta'ala pun berfirman, 'Aku menghendaki darimu agar melakukan sesuatu yang lebih mudah dari ini sewaktu kamu berada di dalam tulang sulbi Adam (iaitu) agar kamu tidak mempersekutukan sesuatu dengan-Ku, namun kamu telah ingkar (enggan) melakukannya, melainkan kamu telah mempersekutukan Daku." (Sahih, Al-Bukhari dan seumpamanya oleh Imam Ahmad) [001]
Rupa solat orang hakikat dan hukumnya.
Adapun solat orang hakikat itu ialah orang yang tiada memandang bagi dirinya amal. Hanya memandang feel kelakuan Allah Taala yang berlakun pada dirinya yang ditakdirkan pada azali sebelum dijadikan dia. Yang dipandangnya ialah segala amalnya daripada Allah dengan Allah bagi Allah. Inilah orang yang lepas daripada syirik.
Inilah yang sebenarnya solat. Jadi solat yang dikehendaki di sini ialah solat yang meliputi tubuh dan nyawa atau jasad dan roh.
Sekiranya seorang itu tiada nyawa, bukan manusia namanya dan sudah pasti tiada ia dapat beramal. Sedangkan, sebenarnya dia tiada dapat pandang yang beramal dan yang empunya amal. Kerana dengan adanya roh baru jasad dapat beramal. Sedangkan roh itu Sifatullah atau Sirrullah dan roh itu tiada akan dapat beramal sekiranya tiada serta dengan Zatullah. Maka barulah benar yang beramal itu Sifat bagi Zat dan yang empunya amal itu adalah Zat. Oleh kerana itulah solat orang syariat dihukumkan syirik kerana megatakan kelakuan solat itu hasil dari kelakuannya sendiri. WAllahualam.
No comments:
Post a Comment