Wednesday, January 20, 2016

WASIAT ABAH GURU SEKUMPUL

Salah satu pesan Abah Guru Sekumpul adalah tentang 'karamah', yakni agar kita jangan sampai tertipu dengan segala keanehan dan keunikan. Kerana bagaimanapun juga karamah adalah anugerah murni pemberian Allah, bukan suatu keahlian atau skill. Kerana itu jangan pernah berfikir atau berniat untuk mendapatkan karamah dengan melakukan ibadah atau wirid-wirid. Dan karamah yang paling mulia dan tinggi nilainya adalah istiqamah di jalan Allah itu sendiri. Kalau ada orang mengaku sendiri punya karamah tapi salatnya tidak keruan, maka itu bukan karamah akan tetapi itu lanjuran dari Allah dan itu datangnya dari syaitan.

Wasiat Abah Guru Sekumpul sempat berwasiat kepada seluruh umat Islam, iaitu:

1) Menghormati ulama dan orang tua
2) Baik sangka terhadap muslimin
3) Murah harta
4) Manis muka
5) Jangan menyakiti orang lain
6) Mengampunkan kesalahan orang lain
7) Jangan bermusuh-musuhan
8) Jangan tamak atau serakah
9) Berpegang kepada Allah, pada kabul segala hajat
10) Yakin keselamatan itu pada kebenaran

Mudah-mudahan kita dapat melaksanakan dan mengamalkan pesan dan wasiat beliau agar kita menjadi manusia yang selaras baik dengan Sang Khaliq maupun dengan makhluk hidup di lingkungan kita.

No comments:

Post a Comment