Wednesday, January 20, 2016

PESAKA RASULULLAH SAW

Seseorang hamba itu apabila dia sentiasa kekal melakukan ketaatan dengan jiwa yang ikhlas dan patuh kepada Allah, kemudian sentiasa berada di dalam kebersihan lahir batin – taharah – dan sentiasa pula mengingati Allah nescaya akan tumbuh di dalam dirinya sifat kehambaan dan keagungan penciptanya Allah Rabbul Jalil. Kehidupannya dilingkari dengan amalan-amalan bertawajjuh dan amalan kerohanian. Para Sahabat dan Para Tabien (Pengikut-Pengikut Sahabat) menjalani amalan sedemikian yang menghasilkan sakinah (ketenangan rohani) dengan cara-cara yang tidak sedikitpun bertentangan dengan Syariat. Kita boleh bahagikan amalan-amalan mereka seperti berikut:

1) Sentiasa mereka memelihara solat lima waktu, sentiasa bertasbih, berkhalwat sambil memelihara hati sentiasa khusyuk padaNya dan tidak pula lupa mengingati Allah.

2) Sentiasa berada dalam taharah dan meninggalkan kelazatan duniawi. Ingat akan nikmat2 dan azab2 seperti yang dijanjikan oleh Allah. Jadi akan hilanglah ikatan dihatinya untuk menikmati lazat duniawi yang sementara lagi kotor dan rendah itu.

3) Sentiasa melazimi membaca Al-Quran, merenung, berfikir dan memerhatikan maksud ayat2 yang dibacanya. Selain itu mereka sukakan majlis2 ilmu, suka mendengar pengajaran dari Hadis tentang Mahsyar, Syurga dan Neraka yang boleh melembutkan hati. Ringkasnya Para Sahabat dan Tabien sentiasa tekun melakukan perkara2 yang tersebut diatas dan beristiqamah dengannya dalam tempuh yang panjang. Maka lekatlah pada diri mereka suatu malakah yang baik dan rasa ketenangan diri-hening. Dan mereka menjaganya hingga ke akhir hayat mereka. Dan inilah yang dimaksudkan dengan ‘Pesaka Rasulullah saw”.

4) Mereka lebih mengutamakan (memilih) untuk taat dan patuh kepada Allah dari segala yang lain daripadaNya. Dalam Kitab Al-Muatta dari Imam Malik, diriwayatkan dari Abdullah Bin Abi Bakar bahawa Abu Talhah Al-Ansari (pada suatu hari) sedang melakukan solat dalam kebunnya maka terbanglah seekor burung, burung itu terbang ke sana kemari mencari lubang keluar. Ini menghairankan Abu Talhah. 

Kemudian dia teringat bahawa dia sedang bersolat. Tapi malang, seperti kitalah kekadangnya, tidak pasti lagi berapa rakaatkah solatnya itu?

Maka berkatalah Abu Talhah: ”Sesungguhnya hartaku ini telah menyusahkan aku dan inilah yang dikatakan fitnah-cubaan”.

Lalu mengadaplah beliau pada Rasulullah saw dan menceritakan akan peristiwa yang dialaminya itu. Akhirnya beliau berkata: “Wahai Rasulullah! Kebun ini daku sedekahkan kerana Allah. Dan lakukanlah apa yang baik pada Tuan Hamba”.

Hadis yang lain pula mengenai Uthman ra yang berdiri di atas tanah kuburan lalu beliau menangis hingga basah janggutnya.

Manakala Rasulullah saw apabila baginda bersolat di kala malam hari, bunyi bacaannya mengelegak seperti bunyi gelegaknya periuk kerana mengenangkan Ayat Allah:

ام خلقوامن غيرشيىءام هم الخا لقون

Maksudnya: Apakah mereka diciptakan tanpa pencipta atau merekakah yang mencipta diri mereka sendiri?”. (Surah At-Tur:35).

No comments:

Post a Comment