(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 03/09/1999). Tuan-tuan yg mulia. Allah s.w.t dgn kemurahanNya dan kekurniaanNya telah pun keluarkan kita, saya dan tuan-tuan, dpd kesibukan masing2 dan dtg ke markaz yg diberkati ini. Tidak ada satu org pun dpd kita dtg dgn sendiri, semua kita dtg dgn taufiq dari Allah s.w.t. Di tempat kita masing2 masih ramai lagi saudara2 kita yg jauh lebih baik dpd kita, yg bagi pengorbanan dari setiap bahagian, mereka yg lebih baik dpd kita dari segi ilmunya, dari segi hartanya, ttpi Allah s.w.t tidak beri taufiq pada mereka. Sebaliknya Allah s.w.t beri taufiq pada kita. Kedtgan kita ke sini bukan utk menunjukkan apa2 kehebatan. Kita telah hebahkan bahawa semua boleh dtg ke sini, tetapi kesempurnaan dan kehebatan yg sebenarnya ialah bila Allah s.w.t telah qabul kita, telah terima kita. Allah s.w.t akan terima mereka yg ada kebesaran tempat usaha tersebut, kebesaran usaha itu sendiri, yg sempurnakan amal2nya samada amal infradi atau amal ijtimai dan bersedia utk tunaikan keperluan2 tersebut, maka Allah s.w.t akan biarkan dia dengan sifat2 qabuliyah, dan terima dia untuk usaha ini. Sebanyak mana besarnya satu-satu tempat itu, maka sebanyak itulah kehalusan yg perlu kita jaga di tempat tersebut.
Tuan2 yg mulia, tempat ini adalah tepat yg begitu halus sekali, buzruq2, org2 lama yg telah bina tempat ini, mereka telah beri terlalu banyak pengorbanan utk tempat yg macam ini, terlalu banyak air mata yg telah mereka curahkan utk tempat ini, sehinggakan dgn pengorbanan mereka, Allah s.w.t telah palingkan wajah2 manusia di seluruh dunia untuk dtg ke sini. Tuan2 yg mulia, di sini, di tempat ini, ada keberkatan, ada kebaikan yg mana tuan2 tidak akan jumpa di mana2 tempat di seluruh dunia. Kadang2 Allah s.w.t terima peribadi2 tertentu utk hidayat dan kadang2 Allah s.w.t terima tempat2 tertentu utk hidayat. Utk perbadi, Allah s.w.t telah terima ambiya a.s utk kerja hidayat dan utk tempat, kadang2 Allah s.w.t terima Mekah, kadang2 Allah s.w.t terima Damsyik, kadang2 Allah s.w.t terima Baghdad dan kadang2 Allah s.w.t terima tempat2 lain. Pada saat ini, Allah s.w.t terima Banglawali Masjid, Nizamuddin sbg tempat utk hidayat. Semoga Allah s.w.t beri taufiq utk menghargai perkara ini.
Tuan-tuan yang mulia, Allah s.w.t telah pilih tuan-tuan untuk datang sebelum daripada mesyuarat. Ini adalah ihsan dan kurniaan Allah s.w.t. Kita datang awal bukanlah bermakna kita boleh lapangkan masa kita mengikut kehendak kita. Mesyuarat akan bermula esok selepas maghrib. Datangnya awal kita disini tidaklah bermaksud kita boleh bebaskan diri kita daripada amal-amal ijtimai, kita boleh pergi ke mana sahaja kita hendak pergi, barang-barang menarik kita, bazar-bazar menarik kita bila kita tidak berada dalam amal ijtimai. Sebaliknya, kita yang datang awal ini, kena bagi penuh perhatian, kena bagi tawajjuh sehingga kita menghargai benar-benar masa dan tempat ini, maka barulah orang-orang yang datang kemudian akan dapat kesan yang sama, mereka juga akan menghargai masa dan tempat ini. Apa yang telah kita terlanjur sebelum ini, kita minta ampun dari Allah s.w.t, kita istighfar dengan Allah s.w.t. Kita azam, mulai daripada hari ini, kita akan habiskan masa kita yang beberapa hari disini, kita tidak akan keluar dari masjid ini. Kita akan sempurnakan segala amal dan segala keperluan di dalam masjid ini.
Kemajuan kita sendiri dan kemajuan usaha ini bukanlah bermaksud ramai orang yang datang atau ramai majmak bersama kita tetapi kemajuan kita dan kemajuan usaha ini ialah ada perubahan dalam hidup kita. Ada perubahan dari segi sifat, bertambah sifat-sifat dalam kehidupan kita, bertambah taqwa, bertambah tawakkal, bertambah takut pada Allah s.w.t, bertambah rindu pada akhirat dan kehidupan kita menjadi kehidupan yang suci bersih sehingga tidak ada satu orang pun yang boleh angkat jari tunding/tunjuk ke arah kita, tunjuk kesilapan kita. Inilah usaha yang hendak kita adakan. Kemajuan ini akan datang apabila kita dapat sempurnakan semua amal dan keperluan kita dalam masjid ini. Kita ambil bahagian dalam semua majlis yang ada disini. Kita ambil bahagian dengan penuh fikir. Kita sempurnakan segala amal samada amal infradi atau amal ijtimai dengan sebaik mungkin. Kita duduk dalam majlis dengan penuh tggjwb, maka barulah Allah s.w.t akan majukan kita, majukan usaha ini dan tambahkan sifat2 dlm diri kita.
Amal yang ada disini adalah amalan yang sama juga, iaitu amalan yang wujud di zaman Nabi s.a.w dan ia juga adalah amal yang wujud dimana-mana zaman pun. Amal itulah yang kita hendak buat. Mereka yang akan maju ialah mereka yang berkorban untuk sempurnakan amal tersebut, untuk tunaikan amal tersebut dan bawa diri dia kepada hakikat amal tersebut. Mereka inilah yang akan dimajukan oleh Allah s.w.t. Kalimah pun adalah kalimah yang sama juga, solat pun adalah solat yang juga, Quran pun adalah Quran yang sama juga, zikir pun adalah zikir yang sama juga, oleh itu, sesiapa yang sempurnakan amal tersebut, yang berkorban untuk tunaikan amal tersebut dan usahakan supaya hakikat amal tersebut ada dalam kehidupan dia, maka Allah s.w.t akan beri pada dia kekuatan yang mana lebih hebat daripada kekuatan yang ada pada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.
Allah s.w.t akan hargakan diri dia dan nilaikan diri dia lebih daripada harga dan nilai yang ada pada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Solat Nabi s.a.w adalah solat yang begitu hebat keadaan dan sifatnya. Hanya Abu Bakar r.a sahaja yang dapat solat sepertimana solat Nabi s.a.w. Demikian juga dengan Abdullah bin Zubair r.a. Tidak semua sahabat dapat kaifiat atau dpt rupabentuk keadaan solat Nabi s.a.w. Hanya beberapa org sahabat sahaja yg dikurniakan oleh Allah s.w.t solat yang sama dengan solat Nabi s.a.w. Sahabat yang mana telah sanggup korbankan diri mereka dan telah sanggup bersusah payah untuk amalkannya dan telah lengkapkan diri mereka dgn amal tersebut, maka Allah s.w.t telah kurniakan pada mereka solat yang sama dengan solat Nabi s.a.w.
Demikian juga dengan kita. Amal kita yang berterusan tetapi sesiapa diantara kita yang sanggup usaha atas amal tersebut, sanggup berkorban atas amal tersebut, sanggup fikir 24 jam untuk bina amal tersebut, hidup dengan dakwah dan doa untuk amal tersebut, maka Allah s.w.t akan kurniakan pada dia kaifiat dan rupabentuk solat Nabi s.a.w. Tuan-tuan yang mulia, kita datang ke sini selepas setahun sudah berlalu. Tujuan kita datang ke sini adalah untuk tengok semula keadan usaha kita. Setakat mana perubahan telah berlaku dalam diri kita, setakat mana sifat telah bertambah dalam kehidupan kita, setakat mana usaha telah maju dikalangan kita dan juga kita ingin tahu apa lagi sifat-sifat yang perlu kita usahakan untuk diri kita pada masa akan datang dan apa lagi perkara yang perlu kita tambah dalam usaha kita untuk masa yang akan datang. Oleh itu, tuan-tuan yang mulia, kalau inilah fikir kita datang ke sini dan kemudian kita sungguh-sungguh adakan hubungan kita dengan buzruq-buzruq semasa kita berada disini dan letakkan diri kita dalam amal, sungguh2 fikir atas apa yg akan disampaikan pada kita, maka Allah s.w.t akan terima kita dan jadikan kita sebagai asbab untuk perubahan diri kita sendiri, kemajuan diri kita sendiri, kemajuan amal di negara kita dan kemajuan usaha ini.
Tuan-tuan yg mulia, kita akan dapat menafaat dari usaha ini apabila kita ada kebesaran org yg buat usaha ini, apabila kita beri kepercayaan pada orang yang buat usaha ini dan ada kasih sayang pada org yg buat usaha ini. Sebanyak mana kebesaran org yg melakukan usaha ini ada dalam hati kita, sifat kasih sayang ada dalam hati kita, percaya pada dia, maka sebanyak itulah Allah s.w.t akan jadikan kita dapat menafaat daripada usaha ini. Sebanyak mana ada kebesaran orang yang mana telah jadi asbab utk kita dapat usaha ini dlm hati kita dan kita kasih pada dia, percaya pada dia, maka sebanyak itulah Allah s.w.t akan terima kita untuk usaha ini. Hasilnya ialah kita akan dapat sifat taat dan dengan sifat taat kita akan maju dalam usaha ini. Sebanyak mana kasih sayang ya ada dalam hati kita terhadap org yg telah jadi perantaraan utk kita dpt usaha ini dan kita taat , maka kemudian barulah kita akan dapat petunjuk dan hidayat dpd Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman, “Sekiranya kamu mentaati Allah s.w.t dan kamu mentaati Nabi s.a.w, maka kamu akan diberi petunjuk oleh Allah s.w.t”.
Tuan2 yg mulia, bagaimana sifat taat akan dtg dlm kehidupan kita? Sifat taat tidak akan dtg selagi mana kita tidak ada kasih sayang antara satu sama lain. Bila kita muliakan antara satu sama lain, maka Allah s.w.t akan letakkan sifat taat antara kita. Sifat taat inilah agama. Ia adalah maksud hayat dan dgn adanya taat, maka segala pintu kebaikan akan terbuka utk kita. Allah s.w.t sendiri beritahu sifat org mukmin, “Org mukmin akan kata samiqna waatoqna, kami dgr dan kami taat”. Memang inilah sifat org mukmin. Apabila kita ada sifat taat, maka banyak jln2 telah dibuka oleh Allah s.w.t. Dgn adanya sifat taat, Allah s.w.t akan sampaikan kita ke tmpt sujud kita. Para sahabat r.a telah berbaiah dgn Nabi s.a.w atas perkara taat. Mrk kata, “Wahai Rasulullah s.a.w, samada kami suka atau kami tidak suka, kami akan taat, samada mengikut nafsu kami atau berlawanan dgn nafsu kami, kami akan taat, samada mengikut kehendak kami atau berlawanan dgn kehendak kami, kami akan taat, dlm apa keadaan sekalipun kami akan taat”. Inilah ikrar yg telah dibuat oleh para sahabat r.a. Taat bukanlah bemaksud perkara yg sesuai dgn nafsu kita, maka kita ikut dan perkara yg tidak sesuai dgn nafsu kita, maka kita tidak ikut. Taat ialah kita akan ikut samada perkara itu sesuai atau tidak sesuai dgn kita. Oleh krn itulah mesyuarat dibuat. Dlm mesyuarat, kadang2 akan diputuskan sesuai dgn nafsu kita dan kadang2 akan diputuskan bertentangan dgn nafsu kita. Taat ialah bila kita dpt letakkan/tundukkan nafsu kita dlm semua keadaan dan patuh kpd keputusan mesyuarat.
Pertama, kita kena usaha untuk letakkan diri kita dalam mesyuarat. Kedua, kita kena letakkan diri kita dengan usul. Ketiga, kita kena letakkan diri kita dengan amer. Keempat, kita kena letakkan diri kita dengan amal2 infradi dan ijtimai. Kalau kita buat 4 perkara ini, maka barulah Allah s.w.t akan bagi sifat taat pada kita. Rasulullah s.a.w telah usaha ke atas para sahabat sehingga telah timbul sifat semangat untuk taat. Satu ketika, Nabi s.a.w telah hantar Huzaifah r.a untuk tengok keadaan musuh di malam peperangan Khandak. Dia telah pergi dan apb sampai disana, dia nampak Abu Sufyan sedang duduk. Dia fikir, Itulah peluang yg paling baik utk bunuh Abu Sufyan. Abu Sufyan adalah satu musuh yg mana telah berkali-kali usaha utk rosakkan org Islam dan Nabi s.a.w di Mekah. Dia telah keluarkan anak panah dan letakkan di busar panah dan halakan ke arah Abu Sufyan. Ketika itu, dia teringat kata2 Nabi s.a.w, “Jgn buat apa-apa selain dari tugas tengok mereka dan balik beritahu aku”. Sifat taat yg begitu sekali yg ada dlm diri dia, maka bila teringat sahaja pesanan Nabi s.a.w, dia terus tinggalkan niat dia sendiri.
Selepas balik dari peperangan Uhud, Rasulullah s.a.w nampak ada satu org perempuan dtg dari jauh. Baginda s.a.w telah suruh Abdullah b. Zubair pergi dan tahan perempuan itu. Abdullah b. Zubair telah pergi dan tahan perempuan itu ttpi perempuan itu telah tolak dia sehingga dia jatuh. “Aku dtg hendak lihat abang aku”, katanya. Hidungnya telah dipotong, telinganya telah dipotong, badannya telah dipotong, tangannya telah dipotong di jalan Allah s.w.t. Dia telah tolak Abdullah b. Zubair dan hendak pergi lagi ke depan tetapi Abdullah b. Zubair kata, “Rasulullah s.a w telah larang”, maka dia pun terus berhenti. Selangkah pun dia tidak langkah ke depan.
Dia kata, “Aku datang bawa kain kafan untuk abang aku. Aku sudah tahu bahawa hidungnya telah dipotong, telinganya telah dipotong, badannya telah dipotong, tangannya telah dipotong semata-mata kerana Allah s.w.t di jalan Allah s.w.t. Ini semua tidak ada apa-apa bagiku, aku akan sabar bila lihat keadaannya. Aku cuma hendak tengok abang aku”. Dia lihat Abdullah b. Zubair beritahu pada Nabi s.a.w bahawa dia adalah adik kepada Hamzah r.a dan dia sanggup untuk tengok semua itu dan sanggup sabar untuk tengok keadaan mayat itu”. Rasulullah s.a.w telah benarkan. Apa yang hendak diberitahu ialah sifat taat yang ada pada perempuan itu. Apabila dia dengar perintah Nabi s.a.w, maka selangkah pun dia tidak maju ke depan semata-mata sifat taat yang ada padanya. Sebanyak mana sifat taat yg ada dalam diri kita, maka sebanyak itulah kita akan dapat maju dlm usaha ini.
Tuan-tuan yg mulia, walaupun kita telah belajar bayan, kita telah belajar takrir, kita telah pergi banyak negara, kita telah keluar 4 bulan sebanyak 10 kali ttpi kalau kita tidak belajar taat, maka sebenarnya kita tidak belajar apa pun lagi. Ini adalah maksud. Selagi mana tidak ada perkara ini dlm kehidupan kita, maka selagi itulah hubungan kita dgn Allah s.w.t tidak akan ada. Selagi itulah kita tidak akan rindu dgn akhirat dan selagi itulah sifat2 tidak akan dtg dlm kehidupan kita. Apb kita telah usahakan sifat taat ini, maka Allah s.w.t akan bagi segala2nya pada kita. Jika tidak ada sifat taat, maka walaupun telah keluar cillah atau telah keluar 4 bulan, ttpi seseorg itu boleh terkeluar dpd usaha ini dan terlibat dgn maksiat masing2.
Oleh itu, kita dipanggil lagi dan lagi dan dimuzakarah kan lagi dan lagi supaya Allah s.w.t kurniakan kita sifat2 yg mana dgnnya Allah akan buka pintu hidayat, pintu rahmat, pintu berkat dan Allah akan buat keputusan utk amkan hidayat di seluruh alam. Allah s.w.t tidak akan buat keputusan hidayat dgn kita sudah lama dlm tabligh, sudah jadi puranasati, sudah jadi org lama dlm tabligh, sudah 20 thn dlm tabligh, ini bukan asbab utk Allah s.w.t buat keputusan utk hidayat. Allah s.w.t akan buat keputusan hidayat apb kita ada sifat dlm kehidupan kita, apabila kita bergerak dlm umat dgn penuh fikir, sanggup tanggung segala kesusahan, sanggup buat segala pengorbanan utk umat, maka barulah Allah s.w.t akan amkan hidayat.
Kita kena usahakan macam mana sifat keyakinan kita pada Allah s.w.t bertambah. Kita tidak lagi terkesan dengan segala sesuatu selain daripada Allah s.w.t. Kita hanya terkesan dengan Allah s.w.t sahaja. Kita kena usahakan supaya sembahyang kita dapat jadi asbab utk selesaikan semua masalah kita, kecintaan pada akhirat bertambah, kerinduan pada akhirat bertambah, hati kita condong untuk zikir pada Allah s.w.t, fikir untuk setiap umat ada dalam hati kita, bimbang/risau untuk seluruh umat ada dalam hati kita. Kita buat pengorbanan untuk agama Allah s.w.t. Kalau semua sifat ini ada dalam diri kita, maka Allah s.w.t akan majukan kita. Allah s.w.t akan majukan usaha dgn kita dan Allah s.w.t akan jadikan kita asbab hidayat utk seluruh alam. Semasa peperangan Badar, seorg sahabat telah bunuh ramai musuh dan dia juga telah terkorban dlm peperangan itu. Seorang sahabat telah dta berjumpa dgn Nabi s.a.w dan beritahu Nabi s.a.w bahawa sahabat tersebut begitu hebat sekali, begitu berani sekali dan telah bunuh ramai musuh. Betapa bahagianya dia.
Rasulullah s.a.w kata, “Dia adalah ahli neraka”. Semua sahabat hairan. Usaha banyak, korban banyak, bunuh banyak org kafir ttpi Nabi s.a.w beritahu bahawa dia adalah ahli neraka. Begitu sekali mereka hairan sehingga mereka pergi periksa apa yg ada pada dia. Didapati bahawa keadaannya apabila dia telah luka dlm peperangan, luka yang teruk dan tidak sabar, maka dia telah letak pedang diperut dan bunuh diri sendiri. Sahabat2 semua sudah tahu sifat kepahlawanannya, keberanian nya dan pengorbanan yang dia telah beri untuk agama Allah s.w.t. Hanya Nabi s.a.w yang tahu bahawa dia ini tidak sabar atas kesusahan yg ditanggung, maka dia telah bunuh diri. Inilah kesudahannya, dgn satu sifat, Allah s.w.t telah letakkan dia dlm neraka. Dlm usaha ini, kita jgn biarkan takabbur masuk dlm hati. Dgn sifat2 yg macam ini, nauzubillah, Allah s.w.t akan jauhkan kita dpd usaha ini.
Kita jangan rasa bahawa kita yang buat usaha ini. Kita kena rasa bahawa Allah s.w.t yang ambil usaha daripada kita. Oleh itu, kita kena banyak syukur pada Allah s.w.t. Kita yang hadir disini, janganlah pulak kita rasa kita ini orang lama di Malaysia, kita perlu diikram, kita perlu dimuliakan, kita perlu dikhidmati, jangan sekali2 ada perasaan ini dalam hati kita. Sebaliknya, kita buat usaha ini ialah untuk belajar macam mana kita hendak khidmat pada orang, macam mana kita hendak ikram orang, macam mana kita hendak muliakan orang lain, inilah sifat yang harus ada pada kita. Jangan sekali2 timbul dengan usaha ini, kita jadikan asbab untuk kita dapat kemuliaan daripada orang atau kita dikhidmati oleh orang.
Tuan2 yang mulia, dengan sifat2 inilah Allah s.w.t akan terima kita dan akan kabulkan kita untuk usaha ini. Apabila kita telah diterima oleh Allah s.w.t, maka kudrat Allah s.w.t akan bersama dengan kita, pertolongan Allah s.w.t akan bersama dengan kita. Kemana sahaja kita pergi, maka bantuan Allah s.w.t, nusrah Allah s.w.t, kudrat Allah s.w.t akan bersama kita dan Allah s.w.t akan jadikan kita asbab utk seluruh alam. Berapa ramaikah diantara kawan2 kita sendiri telah termakan dengan tipuan syaitan. Mereka rasa, saya ini orang lama, saya tidak diikram, saya tidak dipanggil bila makan, pandangan saya tidak diambil dalam mesyuarat, saya tidak dilantik sebagai syura. Mereka telah termakan dengan tipu daya syaitan. Ini perasaan yang timbul dalam hati mereka sehingga mereka telah terlepas sama sekali dari usaha ini.
Tuan2 yg mulia, penjagaan untuk kita dalam usaha ini ialah apabila kita jaga sungguh2, ambil berat, dekatkan diri kita dengan amal dan usul. Maulana Ilyas rah. beritahu, “Bahawa usul adalah kota untuk kita dalam usaha ini”. Sebanyak mana kita dapat jaga usul, maka sebanyak itulah Allah s.w.t akan jaga kita dan tidak ada satu benda pun boleh tipu kita atau boleh keluarkankan kita daripada usaha ini. Kerja ini perlukan pengorbanan daripada kita. Apabila usaha ini telah sampai ke tahap istiqbal, iaitu diterima oleh semua orang, semua orang ingin ambil bahagian dalam usaha ini, maka akan masuklah org2 yang ada tujuan2 dan kepentingan peribadi.
Kalaulah kita yang buat usaha ini tidak tambah pengorbanan, maka usaha ini akan dapat dikuasai oleh org2 yang ada kepentingan peribadi dan usaha akan rosak. Oleh kerana itu, dalam setiap keadaan dan setiap masa perlu diusahakan macam mana org2 dalam usaha ini dapat tambahkan pengorbanan mereka. Dgn ini, Allah s.w.t akan jaga kita dan majukan kita. Org2 yang ada kepentingan peribadi tidak sanggup utk bagi pengorbanan. Bila disebut korban, mereka akan ke belakang. Oleh kerana itu, dgn korbanlah usaha ini akan dijaga oleh Allah s.w.t. Wujudnya umat ini adalah dgn pengorbanan. Kekalnya umat ini pun dgn pengorbanan. Kemuliaan umat ini juga dgn pengorbanan.
Allah s.w.t hendak dpd umat ini, walaupun dia seorg budak2, iaitu pengorbanan yg sama dgn pengorbanan Ibrahim a.s. Rasulullah s.a.w bangun dgn pengorbanan Ibrahim a.s, sahabat2 r.a pun telah bangun dgn pengorbanan Ibrahim a.s dan Allah s.w.t mahu dari umat ini hingga hari qiamat, minta dpd mereka, pengorbanan Ibrahim a.s. Ibrahim a.s buat 2 pengorbanan. Satu pengorbanan yg besar dan satu pengorbanan yang kecil. Pengorbanan yg besar ialah bawa anak kesayangan dia, bersama isteri, tinggalkan tanah halaman mereka, tempat tumpah darah mereka, rumahtangga mereka, harta-benda mereka, bawa mereka dan letak di padang pasir yg gersang, yang tidak ada apa-apa tanda-tanda kehidupan. Ini pengorbanan besar Nabi Ibrahim a.s.
No comments:
Post a Comment