Saturday, January 10, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA YAAKOB

(nizamuddin -  06/09/98).  Bila manusia buat usaha ke atas benda, maka benda itu akan menjadi berharga. Sbg contohnya apb manusia membuat usaha ke  atas tanah maka di atasnya akan didirikan bangunan dan rumah. Manusia menganggap itulah kemajuan. Ttpi sebaliknya apb usaha ke atas manusia tidak dibuat, berbagai keburukan akan keluar dari diri manusia. Oleh itu nabi2 didtgkan kemuka alam utk membuat usaha ke atas diri manusia. Nabi2 tidak membuat usaha keatas benda. Apb usaha ke atas manusia tidak dibuat, manusia tidak mengenal makrifat Allah. 

Ia tidak mengenal seluruh apa yg ada di dunia ini yg dijadikan oleh Allah s.w.t. Rasullullah s.a.w pernah bersabda maksudnya asas kerosakan didunia ini berlaku apb manusia cinta dunia/harta. Manusia hari ini yakin kejayaan dibentuk apb banyak harta. Oleh itu usaha telah dilakukan kearah mendptkan banyak harta. Keadaan inilah yg berlaku di seluruh dunia dimana lelaki, perempuan, kanak2 digunakan utk membuat usaha bagi menambahkan harta. Keadaan ini bertentangan dgn dakwah nabi2, dimana nabi2 mendakwahkan bahawa kejayaan dlm iman. Nabi Ibrahim mendakwah kan Namrud, bahawa kuasa mutlak ditangan Allah, Allah yg menghidupkan dan mematikan. 

Namrud mengatakan ia Tuhan, ia boleh menghidupkan dan mematikan iaitu dia mengeluarkan 2 org dari penjara nya, seorg dibunuh dan seorg lagi dibebaskan. Begitulah juga dakwaah Nabi Musa a.s bahawa Firaun tidak boleh membentuk kejayaan atau kegagalan. Kejayaan atau kegagalan seseorg itu dtg dari Allah.  Allah s.w.t membantu nabi2 dizamannya ketika mrk menjlnkan usaha agama. Sesungguhnya kita tidak boleh fikirkan dgn logik akal bagaimana Allah s.w.t membantu nabi2. Sbg contoh Allah s.w.t menyediakan makanan yg sedia siap kpd Bani Israel ditengah2 padang pasir dgn tidak menyediakan bahan makanan. Stlh makan Bani Israel meminta air, Allah memerintahkan Nabi Musa memukul batu dgn tongkat Nabi Musa, maka dari situ terpancar 12 mata air utk 12 kabilah. 

Bantuan Allah itu berlaku apb Bani Israel melarikan diri dari kezaliman Firaun. Oleh itu Allah s.w.t telah memberikan bantuan ke atas mrk.  Kesemua ini Allah s.w.t hendak menunjukkan bahawa utk memberi kemanafaatan keatas seorg, Allah s.w.t tidak memerlukan asbab zahir atau Allah tidak berhajat sesiapa. Allah s.w.t memelihara manusia dgn kudrat Nya. Allah s.w.t ada 99 sifat.  Allah memberi perlindungan. Apb Allah s.w.t hendak memberi perlindungan ia tidak memerlukan kelengkapan ketenteraan ttpi Allah akan menurunkan bantuanNya dgn  kudratNya. 

Bagaimana contoh Allah s.w.t pelihara Nabi Ismail a.s dan ibunya Siti Hajar yg ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim. Diberitakan Nabi Ibrahim apb berjalan meninggalkan anak dan isterinya, isterinya bertanya, “Kamu hendak ke mana? Adakah ini perintah Allah? Jika ini perintah Allah, sudah tentu Allah akan bersama kami”. Kisah ini utk menunjukkan kpd seluruh dunia bhw Allah s.w.t adalah pemelihara segala2 nya. Pengorbanan dua anak beranak itu telah diterima oleh Allah s.w.t sehingga Allah s.w.t mengeluarkan air zam2 dari tmpt injakan kaki anaknya. Air itu penuh keberkatan ia akan menyebabkan org yg meminum nya dari dahaga hilang dahaganya, yg sakit hilang sakitnya. Abdullah Mubarak apb meminum air telaga zam-zam itu berniat ya Allah berkat ia meminum air zam2 lepaslah ia dari kedahagaan kehidupan akhirat. 

Bagaimana Allah SWT selamatkan Nabi Musa a.s di zaman Firaun. Apb tukang nujum memberitahu akan lahir seorg bayi utk menghancurkan kerajaannya. Maka Firaun memerintahkan setiap bayi dibunuh ttpi Allah s.w.t selamatkan Nabi Musa di dlm istananya. Allah s.w.t sesungguhnya yg pemelihara segala2nya. Dlm membangunkan kerja dakwah, Allah s.w.t tidak memberi kebendaan kepada nabi2 ttpi memberikan mereka iman utk bergerak keseluruh dunia dgn menyatakan bhw segala2 yg berlaku di dunia dan seluruh alam adalah atas gengaman Allah s.w.t. Dakwah Nabi besar Rasullullah s.a.w menjelaskan semua kita bukan didtgkan, ttpi sebaliknya kita dihantar utk menjelaskan maksud hidup sebenarnya. 

Sahabat2 faham akan maksud ia dihantar oleh itu apb takazah agama dibentangkan dihadapannya, mrk terus bertebaran keseluruh alam. Dlm Haji Wida’ Rasullullah s.a.w memberi khutbah yg pjg. Adakah aku telah sampaikan risalah dari Allah s.w.t. Semua sahabat berikrar dgn Nabi bahkan sesungguhnya kamu telah sampaikan agama yg hak. Kerisauan yg sebenarnya perlu ditumpukan ke atas agama, perlu wujudkan kerisauan ttg agama. Kerisauan inilah perlu ada pada setiap org Islam dan jgn tumpukan kerisauan ke atas benda2 krn dlm pembangunan kebendaan Allah s.w.t yg membuat segala2nya. Seluruh masalah umat hanya Allah s.w.t sahaja yg boleh menyelesaikannya. 

Utk mendptkan bantuan Allah s.w.t seluruh umat perlu bangun dan menyeru bhw kejayaan dlm mentaati seluruh perintah Allah cara Nabi Allah s.w.t. Seorg yg bermasalah perlu dibangunkan atas dakwah atau membuat usaha atas iman, maka sesungguhnya dakwah tinggi kerana kerja dakwah adalah kerja nabi2.  Apb umat Islam membuat usaha atas iman maka ia sebenarnya sbg naib nabi. Jika org Islam tidak ada fikir dakwah, ia akan membiarkan dakwah. Setiap org Islam sebenarnya dihantar utk maksud dakwah. Kita perlu turun ke padang dan tidak boleh beribadat seorg diri. Org yg bangun atas maksud dakwah, Allah s.w.t akan jauhkan ia dari sebarang musibah.

Org Islam perlu memikirkan mengenai sunnah2 Nabi supaya ia dpt dihayati oleh setiap kehidupan umat Islam. Karkun dlm membuat usaha agama perlu betulkan niat bukan untuk pangkat atau kemasyhuran.  Bagaimana kisah seorang gabenor datang berjumpa Hadrat Umar dgn berjalan kaki.  Hadrat Umar marah dengan pengiring gabenor itu - mengapa kamu tidak sediakan kenderaan kepada gabenor kamu.  Ia menyatakan jangan marah mereka, kerana mereka tidak memikirkan keperluan kenderaan gabenor. Hadrat Umar menghantar seorang sahabat untuk menyelidiki ehwal kehidupan gabenor itu. Selepas 3 hari tinggal dirumah gabenor itu bekalan makanan di rumahnya telah tiada. Bahan2 yg ada di rumah hanya kain cadar dan bekas (tempat wuduk) sahaja.  

Begitulah ehwal seorang gabenor di zaman sahabat. Syaidatina Aishah r.a mendapat imbuhan dari khalifah Umar sebanyak 12,000 dinar, terus membahagikan kepada fakir miskin. Hadrat Umar mengambil wang dari Baitulmal dan memberi kepada gabenor tadi. Ia mangatakan yg ia tidak memerlukan wang itu. Hadrat Umar menyatakan jika kamu tidak memerlukannya berilah kpd yg memerlukan. Apb ia menerima wang itu ia terus memberikan kepada fakir miskin. Beginilah ehwal org yg beriman. Apabila ia mendapat nikmat ia memberikan kpd org lain. Begitulah kita yg membuat usaha agama apabila mendapat nikmat, kita perlu memberikan kepada org lain bukan dgn menambahkan kebendaan kita spt kenderaaan baru, rumah baru dan sebagainya. Dlm membuat usaha agama jika kita mengalami kelaparan, maka itu telah mirip kehidupan sunnah nabi.  Seorg yg berlapar dlm sehari dgn tidak meminta2 dari makhluk, maka Allah s.w.t akan memberi rezeki dari sumber halal selama satu tahun.

No comments:

Post a Comment