Saturday, January 10, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA YAAKOB

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 07/09/1999). Tuan2 yg mulia. Allah s.w.t telah memberi amalan dakwah kpd umat ini. Umat ini ialah umat dakwah. Umat sebelum ini adalah umat amal. Allah s.w.t telah limpah kurniakan kpd umat ini amalan dakwah di dunia ini iaitu menyeru manusia kpd agama Allah s.w.t dan mereka buat usaha iman. Mereka akan dakwah dan buat kerja iman. Allah s.w.t berfirman, “….ukhrijatlinnas….”, “kamu adalah sebaik2 umat dikeluarkan utk faedah sekelian manusia”. Kamu dilahirkan utk berkhidmat kpd manusia. Kamu bukanlah dijadikan utk diri kamu, anak-isteri kamu, perut kamu semata2 ttpi utk berkhidmat pada seluruh manusia. Memberi makan adalah tggjwb kamu, memberi pakaian adalah tggjwb kamu, membantu org yg perlu adalah tggjwb kamu, memberitahu org jln yg lurus adalah tggjwb kamu, membantu org2 yg ditimpa musibah adalah tgjwb kamu, membantu org lain, menerima tetamu juga adalah tggjwb kamu. 

Allah s.w.t telah meletakkan tggjwb ini kpd umat Baginda s.a.w. Allah s.w.t telah memberi banyak kelebihan kpd umat ini. Berapa tinggi jawatan yg disandang, maka tggjwb juga adalah besar. Tggjwb yg begitu besar bahawa kerja dakwah ini harus dilakukan dlm apa juga keadaan sekali pun samada di tmpt dia sendiri atau dlm musafir, samada duduk atau berdiri, bersafar dlm keretapi juga kena buat dakwah. Kerja dakwah adalah tggjwb umat ini dan perlu dibuat. Sebagaimana polis trafik yg berdiri di simpang2 jln, bila dia berkerja maka kenderaan dpt lalu dgn baik tetapi bila dia mencuaikan kerjanya maka kereta tidak dpt berjalan dgn baik sehingga manafaatnya tersebar secara am ke seluruh dunia. Dgn dakwah, semua peringkat manusia dan juga binatang, semua mereka akan dapat faedah. Semua peringkat manusia akan dapat kebaikan dpd usaha dakwah.

Dakwah adalah satu keperluan yg sangat asasi dalam kehidupan manusia. Bila tidak ada usaha dakwah, maka kehidupan manusia akan binasa, akan rosak dan manusia akan keluar dpd had kemanusiaannya dan akan menjadi sifat kebinatangan. Bila ada usaha dakwah, manusia berada di dlm sifat kemanusiaan nya. Dengan dakwah ini juga nizam alam akan jadi betul. Kalau tidak, akan dtg kezaliman, akan dtg kerosakan, akan datang rompakan, akan dtg kecurian, akan timbul fitnah dan kerosakan, maka manusia tidak selamat dan kehormatan mereka tidak terjamin. Rasulullah s.a.w diutuskan ketika dunia dipenuhi dgn kerosakan dan kefasadan. Seluruh alam dipenuhi dgn kecurian dan rompakan. Sebanyak mana kerosakan yg ada pada hari ini, maka sebanyak itulah juga kerosakan telah wujud pada zaman itu. Judi, rasuah, bercakap bohong, bergaduh, berperang dan sehingga kehidupan manusia menjadi begitu sempit. 

Rasulullah s.a.w diutuskan di Mekah, kehidupan mereka sempit dari segi harta benda, mrk tidak mendpt makan-minum yg baik. Kehidupan mrk rosak, kemasyarakatan mrk tidak stabil dan kerosakan kefasadan begitu berleluasa. Nabi s.a.w telah bangun dgn usaha dakwah di hadapan mereka. Nabi s.a.w telah bawa ubat utk menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah kamu bukan ditangan kamu ttpi ditangan Allah s.w.t. Kamu tidak akan berjaya dgn perancangan kamu, dgn tertib kamu, kamu tidak dpt keluar dpd kemusibahan kamu dgn usaha kamu sendiri. Dgn usaha kamu tidak dpt menyelesaikan masalah kamu ttpi yg melakukan segala2nya ialah Allah s.w.t. Kesempitan kamu tidak akan hilang, kehinaan kamu tidak akan hilang ttpi yg menghilangkannya ialah Allah s.w.t. Usaha dakwah ini adalah untuk seluruh alam. Nabi s.a.w adalah untuk seluruh alam. Allah s.w.t telah sertakan sahabat2 juga bersama usaha dakwah. 

Harun a.s telah disertakan dgn Musa a.s. Umat ini telah disertakan dgn kerja Baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w adalah bersama dengan umat ini iaitu, “…anawamanittabaani…” , “Aku menyeru kpd Allah dgn dalil2 dan tanda2 yang nyata, aku dan org2 yang mengikut aku”. Sahabat r.a adalah da’i, Nabi s.a.w adalah da’i dan sesiapa sahaja yg mengucap kalimah ini adalah juga da’i. Apabila shj mengucap kalimah ini, dia harus faham tggjwbnya. Dia harus belajar kalimah ini dan sampaikan kalimah ini. Bagaimana utk mempelajari nya? Iaitu dakwah kepadanya sehingga ianya masuk ke dalam hati. Bila kita dakwah ke arah kalimah, maka keyakinannya akan masuk ke dalm hati. Kalau tidak, kalimah akan keluar daripada hati kita sehingga orang yang telah ucap kalimah pun akan terkeluar kalimah tersebut dari hatinya. Abu Bakar r.a mengucap kalimah dan dia telah menjadi pendakwah kepada kalimah. 

Dia telah memberi dakwah 5 atau 6 org dan dia bawa mereka ke hadapan Rasulullah s.a.w dan berkata, “Inilah usaha saya pada hari ini” . Dia terus memberi dakwah. Hadzrat Bilal r.a ucap kalimah dan dia dakwah ke arahnya. Khabbab r.a ucap kalimah dan terus menjadi pendakwah kepadanya. Sesiapa sahaja yang ucap kalimah, mereka terus menyibukkan diri mereka dengan dakwah. Mereka faham iaitu seseorang yg mengucap kalimah, mereka terus kena buat dakwah. Kisah Abu Zar Ghifari hendak berjumpa dengan  Rasulullah s.a.w. Bukan mudah hendak berjumpa dengan Rasulullah s.a.w, jika diketahui orang, maka akan dipukul dan diganggu. Khabbab r.a, Bilal r.a, Ammar dan keluarga r.a, mrk semua diseksa. Mereka dipukul apabila menerima Islam. Mereka dipukul sehingga akhirnya mereka lepas. Krn apa? Kerana org yg pukul sudah letih. 

Walaupun mereka menanggung keperitan, siksa, azab, mereka tetap memberi dakwah. Ia adalah maksud kehidupan org mukmin. Bila insan mempunyai maksud hidup, maka dlm apa keadaan pun, dia akan terus menyibukkan diri dgn maksud hidupnya. Dia akan terus buat dlm apa keadaan sekalipun. Maksud hidup sahabat r.a ialah menyeru manusia kpd Allah s.w.t. Dlm semua keadaan mrk buat. Walaupun mrk dipukul dan diseksa. Abu Zar r.a dtg ke Masjidil Haram utk berjumpa dgn Rasulullah s.a.w. Sepanjang hari dia berada di sana. Hadzrat Ali r.a nampak dan perasan bahawa dia org luar, musafir, mungkin ada keperluan di sini. “Saya akan ambil dia sbg tetamu”. Abu Zar r.a tidak beritahu mengapa dia dtg dan Hadzrat Ali r.a juga tidak tanya mangapa kamu dtg. Stlh makan, dia berehat. Keesokan harinya, dia nampak org yg sama di masjid. Kalau ada sesiapa yg bangun, maka dgn kasih sayang, pujuk rayu dan lemah-lembut, minta dia duduk. Kita berada di majlis para malaikat. Syaitan bisik di telinga kita, “Kamu ini sudah terlekat di majlis para malaikat, bangunlah”. Syaitan usaha supaya kita tidak duduk disini. Kita jgn ikut dia ttpi kalau terikut, kawan2 lain bantu, ajak dia dgn pujuk rayu, lemah-lembut, supaya kawan kita itu duduk.

Maka keesokan harinya, selepas 3 hari, Ali r.a tanya, “Mengapa kamu dtg?” Dia kata, “Saya dengar disini ada seorg Nabi, saya hendak berjumpa dgn dia. Kata Ali r.a, “Hendak pergi sana susah, kalau org Mekah tahu maka kamu dlm keadaan bahaya. Baiklah, kamu berjalan bersama2 dgn saya, saya akan berjalan ke hadapan sedikit. Kalau ada apa2 bahaya, saya akan seolah2 membetulkan kasut saya dan kamu terus berjln”. Bila sampai kpd Nabi s.a.w, Nabi telah dakwah dia kpd kalimah dan dia telah mengucap syahadah. Selepas mengucap sahaja, dia faham bahawa dia kena buat dakwah, maka terus dia buat dakwah. Kalimah ini tidak hazam begitu shj ttpi dgn dakwah. Dia minta izin dgn Baginda s.a.w supaya dpt dakwah secara terang kpd musyrikin. Dia akan sebut kalimah ini dgn lantang di hadapan musuh2 Islam. Nabi melihat keadaan dia dan beritahu, “Tidak perlulah lagi skrg, mereka akan pukul kamu”. 

Katanya, “Wahai Rasulullah s.a.w, saya hendak juga bagi dakwah tersebut”. Rasulullah s.a.w pun izinkan. Dia berkeinginan utk memberi dakwah. Kalau ada kesusahan atau kepayahan semasa memberi dakwah, maka bersabar. Kita hari ini, bila dihantar, kita tidak mampu hendak pergi ke sana, kita kata kerana fikiran mereka tidak sama dgn fikiran kita, mrk org lain, padahal mrk semua mengakuri solat, Allah dan Rasul. Siapa pun tidak percaya apa yang Rasulullah s.a.w bawa. Kita buat kerja. Kita beli barang dari mereka dan kita jual barang kepada mereka. Sbg peniaga, kita ada hubungan dgn mereka. Orang yg tidak sefikiran dgn kita, dia juga dtg beli barang dgn kita. Abu Zar r.a telah pergi ke Masjidil Haram dan telah iklankan dgn suara yg lantang, “Asyhaduallailahaillallah”, maka org dari 4 penjuru bangun menuju ke arahnya dan mereka pukul Abu Zar r.a  sepuas hati mereka sehingga berdarah. 

Hadzrat Abbas r.a dtg dan beritahu mereka, “Dia adalah org Ghifar, yg mana kampung mereka berada di tengah perjalanan kabilah2 perniagaan kamu ke Syam”. Mengapa kamu pukul dia? Dia pun dilepas kan. Esoknya, dia dakwah lagi dan kena pukul lagi. Kerja dakwah ini bukan halwa. Rasulullah s.a.w buat dakwah dan dia kena mujahadah. Ada org kata gila, ada org kata ahli sihir, mcm2 org kata pada Rasulullah s.a.w. Mereka mempersenda2kan Rasulullah s.a.w. Org2 yg memaki Baginda s.a.w, yg memperolok2kan Baginda s.a.w, mereka ini tidak dijawab dgn maki, tidak dijawab dgn senda gurau ttpi dgn sabar. Kerja ini bukan halwa ttpi mujahadah. Nabi2 bermujahadah dan sahabat2 juga bermujahadah kerana dakwah. Selepas itu, Baginda s.a.w menasihati Abu Zar r.a dan menyuruh dia balik kpd kaumnya dan buat dakwah disana. Nabi s.a.w kata, “Bila kamu dengar aku telah menang, telah zahir, barulah kamu datang”. Kabilah2 yg dtg, mereka akan pulang sebagai da’i. Bila mereka dtg, Rasulullah s.a.w akan dakwah mereka. Bila mereka hendak balik, Nabi s.a.w menasihati mereka, “Balik ke kampung kamu dan beri dakwah”. Setiap mereka yg beriman adalah da’i. Bila sahaja mereka mengucap kalimah, pada masa yg sama menjadi da’i. Da’i kpd agama Allah s.w.t. 

Dakwah merupakan keperluan umumi setiap insan di atas muka bumi. Faedahnya akan sampai ke semua manusia di seluruh alam. Melalui dakwah akan dtg iman. Setelah dtg iman, org yg mencuri akan bertaubat, dtg keamanan. Bila perompak ditangkap, ajar kalimah pada dia, maka iman akan dtg dan dia akan bertaubat dpd perbuatannya. Perompak dan penyamun hanya fikir dpd mana hendak dpt harta. Sesiapa sahaja yg lalu akan ditangkap dan dirompak. Nampak duit pada org teksi, duit di stesen2 minyak, mereka akan curi dan rompak. Bila dia belajar iman, iman akan dtg dlm hati, dia akan jadi da’i dan keamanan akan dtg pada org dunia. Seluruh manusia di dunia ini perlu kpd dakwah. Tuanpunya kilang akan menangis jika tidak dpt pekerja yg beriman dan amanah, isteri menangis kerana suami tidak ambil tahu hak2nya, suami tidak tentu arah krn isteri tidak peduli padanya, seluruh dunia org akan menangis kerana di seluruh dunia tidak ada suasana iman. Seluruh dunia dipenuhi dgn suasana tidak beriman, rasuah, judi dsbnya. Maulana Yusuf rah. kata, “Dakwah ini mcm air, iaitu setiap org perlu kpd air”. Kalau tidak ada air maka manusia akan susah. Di restoran tidak ada air, maka susah hendak masak, susah hendak buat teh, susah hendak minum dsbnya. Kadang2 jemaah keluar di satu tempat, tidak ada air, susah hendak masak, makan tanpa air dan tercekik. Ada makanan tetapi tidak ada air pun jadi masalah.

Sepertimana kita perlu air di rumah, di restoran, di ladang dsbnya, maka begitulah juga dakwah perlu disemua tempat. Menafaat dakwah adalah utk seluruh manusia di seluruh alam. Dakwah bukan sahaja utk selesaikan satu perkara, satu masalah, membetulkan hal rumah tangga, bahkan dakwah adalah utk membetulkan seluruh alam. Apabila adanya agama, kehidupan manusia di seluruh alam akan jadi betul. Org di timur dpt faedah, org di barat dpt faedah, kita akan dat faedah, sehingga musuh2 juga akan dpt faedah. Bila air dakwah ini sudah habis di seluruh dunia, maka dunia akan ditimpa musibah. Bila ada dakwah, keamanan akan dtg, maka kehidupan manusia, tertib hidup mereka akan jadi betul. Kecurian, rompakan, rasuah akan hilang. Semua jalan2 yg tidak betul akan selesai. Org yg beradat yg melakukan dosa, akan bertaubat kerana dtgnya iman. Bila dtgnya iman, maka judi akan hilang, rasuah akan hilang, semua keburukan dan maksiat akan hilang. Bila dakwah berada di hadapan semua manusia, dtg dlm kehidupan mereka, maka keburukan semua manusia akan hilang. 

Allah s.w.t letakkan kekuatan dlm usaha dakwah. Tidak ada sesuatu yg dpt menandinginya. Setiap benda ada lawannya ttpi tidak ada lawan bagi dakwah. Tidak ada sesuatu kuasa yg dpt menandingi kekuatan dakwah. Sesiapa shj yg dtg menentang dakwah, mereka akan dibinasakan. Kaum yg majoriti menentang Nuh a.s, manusia menyangka siapa yg ramai akan menang, mereka ada kuasa, mereka ada harta, bilangan mrk ramai, mrk yg tidak beriman ramai, mereka yg beriman lebih kurang 80 keluarga sahaja. Dlm jangkamasa 950 tahun, hanya lebih kurang 80 keluarga beriman.  Mereka pukul, mereka ejek, mereka lempar dgn batu. Nuh a.s tidak kata apa2 pun. Oleh kerana mereka menentang dakwah, maka Allah s.w.t binasakan mereka. Begitu juga dgn Firaun yg menentang dakwah Musa a.s. Musa a.s tidak minta kerajaan. Dia tidak kata, “Kamu pergi dari sini, kamu penyamun, kamu perompak, biar aku pula yg memerintah”. Musa a.s dakwah dia kpd iman supaya dia menjadi org yg beriman kpd Allah s.w.t yang esa. Firaun menentang dawah, dia cuba melenyapkan dakwah Musa a.s. Allah s.w.t hantar beberapa tanda/ujian kpd Firaun supaya dia faham. Allah s.w.t hantar taufan, ribut, kemarau. 

Bila mrk ditimpa musibah, Firaun kata, “Kamu punya pasallah ini, kami ditimpa musibah”. Nizam dunia menjadi kelam kabut. Kebatilan, yg tidak hak wujud dlm kehidupan mrk. Kata Maulana Yusuf rah., “Seblm Musa a.s beri dakwah pada Firaun, dia tidak pernah sakit kepala pun seblm ini. Bila mula dtg dakwah kpdnya, kehidupannya telah mula goyang sehingga dia begitu takut dgn Musa a.s. Dia tengok shj Musa a.s, dia mula rasa hendak terkencing, terberak”. Bila Firaun menentang dakwah, maka Allah s.w.t telah hancurkan dia. Begitu juga dgn Qarun, dtg menentang Musa a.s dgn hartanya, dia juga dibinasakan oleh Allah s.w.t. Dakwah ini sebenarnya menang tanpa bertanding. Bersama dakwah ada kudrat Allah s.w.t. Dakwah tidak bersendirian, bersamanya ada Allah s.w.t. Bantuan Allah s.w.t bersama dengan dakwah. Musa a.s kata pada Allah s.w.t, “Firaun akan bunuh saya, dia akan menzalimi saya”. Allah s.w.t berfirman, “ Lataqaf – jangan takut kerana Allah s.w.t bersamamu”. Allah s.w.t beritahu Musa a.s, “Aku bersama kamu berdua”. Dengan dakwah ada bantuan Allah s.w.t. Tidak ada sesuatu yang dapat menentang dakwah. Di dlm dakwah ada tawadduk, ada akhlak, ada sifat kasih sayang. Dalam kehidupan Nabi s.a.w ada akhlak yg mulia. 

Sahabat r.a dan nabi-nabi yg lain, ada akhlak dalam kehidupan mereka. Org yg paling tawadduk ialah Baginda s.a.w. Orang yang suka menyambut tetamu ialah Baginda s.a.w. Seorang Yahudi berkata, “Saya telah lihat semua alamat/tanda kenabian pada Muhammad s.a.w tetapi 2 perkara saya tidak tengok. Saya pun cuba untuk lihat apa dia 2 perkara tersebut”. Satu kabilah datang kepada Baginda s.a.w, mereka diberitahu, “Apabila kamu beriman, kamu akan dapat bantuan Allah s.w.t”. Hadrat Bilal r.a tahu bahawa bila mereka beriman, kehidupan mereka masih sempit dan mungkin mereka akan murtad, maka Nabi s.a.w beritahu pada Bilal r.a supaya berhutang. Yahudi tadi dapat peluang untuk menguji. Org Yahudi adalah org2 kaya, setiap zaman mereka kaya. Bilal r.a telah berjanji, pada sekian2 waktu, saya akan bayar hutang ini. Beberapa hari sebelum sampai waktu untuk jelaskan hutang tersebut, maka Yahudi tadi telah dtg dan kata, “Kamu org2 Quraish, kalau berhutang tidak mahu bayar”. Kata Bilal r.a, “Masanya belum sampai sepertimana yang telah dijanjikan”. Kata Yahudi itu, “Kalau kamu tidak dapat bayar, maka kamu akan jadi hamba semula”.  Hadzrat Umar r.a mencelah, “Apa ini?” Yahudi itu ditahan. Nabi s.a.w kata, “Org berhutang, bila diminta maka dia kena bayarlah. Pergi tunaikan hutangnya dan bila bayar, bayarlah lebih”. Yahudi kata, “Apa yang lebih ini?”  Kata Umar r.a, “Tadi, semasa aku cakap, kamu telah rasa takut, maka Rasulullah s.a.w telah suruh bagi lebih sebab rasa takut kamu tadi”.  

Lagi banyak orang marah pada Nabi s.a.w, maka lebih bertambah sifat kasih sayang, sifat lemah-lembut dan sopan santun beliau. Semua orang yang berada disitu telah peluk agama Islam. Dengan dakwah ada tawadduk. Bila bagi dakwah, mestilah macam orang fakir, iaitu mestilah merayu sepertimana bila kita keluar dari masjid ini, ramai orang minta sedekah, mereka akan pergi pada orang itu, mereka akan pergi pada org ini, di depan org yg paling kedekut pun dia akan hulurkan tangan. Dia meminta dan dia jadikan dirinya kecil. Kalau kita meminta dengan perasaan rasa besar diri, maka tidak akan diberi. Seseorang yang meminta, rasa dirinya kecil, tawadduk, maka dia akan diberi. Dalam dakwah ini, kita kena jadikan diri kita kecil dan kita beri dakwah. Nabi s.a.w dan sahabat tidak menzahirkan keadaan membesar diri ketika memberi dakwah walaupun kedudukan dan martabat mereka tinggi. Baginda s.a.w merupakan darjat yang paling tinggi dari sekelian makhluk ciptaan Allah s.w.t, penghulu kpd nabi2 tetapi bila memberi dakwah, beliau rasa dirinya kerdil, kecil. Ada setengah pemuka Mekah yg beriman dan ada yg degil/keras kepala spt Abu Lahab, Abu Jahal dan beberapa org lagi. 

Bila org2 yg berkedudukan menentang dakwah, maka kedudukan mrk hancur. Mrk menganggap Baginda s.a.w tidak ada apa2, mrk menggangu Baginda s.a.w. Bila Kisra dtg mengugut Nabi , maka Nabi s.a.w beritahu, “Negara kamu akan dihancurkan”. Kekuatan Kisra tidak dpt menandingi kenabian Rasulullah s.a.w. Muqaqas raja Mesir, sedia utk beriman ttpi rakyat tidak sedia. Dia cuba utk fahamkan rakyatnya, maka kerajaannya kekal di zaman pemerintahan nya, ttpi sebaliknya Kisra raja Parsi, dia engkar, maka Allah s.w.t hancurkan negaranya. Syarat da’i mesti ada di atas sifatnya. Dakwah utk sekelian manusia untuk seluruh alam. Menafaat dakwah untuk sekelian manusia di seluruh alam. Hatim Tais, seorg pemuda, Nabi s.a.w dakwah anaknya, Hadrat Ali r.a. Dia dlm agama nasrani. Dia kata, “Kamu agama kamu, saya agama saya”, tetapi akhirnya dia beriman. Kata Nabi s.a.w, “Wahai Ali, dengar betul2, kalimah yg saya bawa ini akan tersebar ke seluruh alam”.

Bila Nabi s.a.w diganggu di Mekah, anak perempuan Baginda s.a.w menangis melihat keadaan beliau, maka untuk menenangkan anaknya, Nabi s.a.w kata bahawa kalimah ini akan sampai ke setiap rumah, samada rumah batu atau rumah papan, ttp kalimah ini akan sampai iaitu bila da’i bergerak atas sifat2 da’i. “Tidaklah Aku meminta kamu dpd apa yg kamu buat ini sesuatu ganjaran/upah. Kami tidak meminta upah dpd kamu, di dlm itu ada keikhlasan”. Dalam usaha perlu ada ikhlas, yakin kepada Allah s.w.t, ada sifat tawadduk, sifat rendah diri, sifat kasih sayang kpd makhluk Allah s.w.t. Kalau rumah seorg terbakar, org yg sebenar dalam ertikata manusia, dia ada sifat kasihan, maka dia akan cuba apa yg ada, lotar, baldi, dia akan cuba utk memadamkan api tersebut. Skrg ini, ada rumah seorg yg mula terbakar dengan dosa2, adakah kita bersifat kasihan kpd mrk? Kalau kita tidak kasihan, maka kita akan biarkan begitu sahaja. Kalau kita kasihan, maka kita akan selamatkan dia. 

Walaupun Baginda s.a.w dilempar dgn batu, beliau tidak marah. Malaikat dtg dan bersedia utk membinasakan mrk ttpi Nabi s.a.w tidak mahu mrk dibinasa kan. Kata Nabi s.a.w, “Saya diutuskan sbg pembawa rahmat. Saya dtg membawa semangat kasih sayang. Kalau mrk tidak mahu beriman, mungkin akan ada anak-cucu mrk yg akan jadi org2 beriman”. Kita benci pada dosa ttpi kita tidak benci pada org yg melakukan dosa, sepertimana sakit, kita tidak suka kepada sakit ttpi kita sayang kpd org yg ditimpa sakit. Lihatlah bagaimana seorg ibu kasih dan sayang pada anaknya, dlm musim sejuk diselimutkan anaknya, mandi dgn air panas, dibasuhnya kekotoran dan najis. Cuci kekotoran/najis yg mana siibu tidak jadi kotor dan anak pun jadi bersih. Kalau tidak, kekotoran/najis tadi juga akan melekat pada siibu.

Pandangan Baginda s.a.w adalah pandangan rahmat. Begitu juga pandangan seorg da’i pada seluruh manusia adalah pandangan rahmat ttpi skrg ini pandangan kita adalah pandangan kebencian. Kita tidak perlu ada sifat ini. Di mana kita hendak buat dakwah jika pandangan kita adalah pandangan kebencian pada manusia. Sifat yg ada pada Nabi s.a.w ialah sifat kasih sayang pada umat. “Telah diutuskan pada kamu seorg Rasul yg mana dia merasa susah bila kamu ditimpa kesusahan, dia ada sifat kasih sayang, ada sifat cinta pada umat”. Dlm diri da’i mesti ada sifat kasih sayang. Yg maha penyayang ialah Allah s.w.t. Allah s.w.t merahmati kita, org yg beriman dan org yg tidak beriman. Allah s.w.t bagi makan pada org yg beriman dan Allah s.w.t juga bagi makan pada org yg tidak beriman. Allah s.w.t telah sediakan utk semua org. Kalau org beriman shj yg Allah s.w.t bagi makan, maka semua org yg tidak beriman akan mati. Semua org hidup kerana Allah s.w.t bagi pada semua. 

Allah s.w.t melihat segala2nya. Allah s.w.t tahu segala2nya. Allah s.w.t melihat dan Allah s.w.t tahu. Semua org berkumpul di stadium, azan dilaungkan, seorg pun tidak beri perhatian pada solat, tidak beri perhatian pada azan. Semua sibuk tengok permainan/pertandingan. Allah s.w.t tahu, Allah s.w.t lihat. Kalau Allah s.w.t mahu, Allah s.w.t boleh turunkan dari langit satu tanda, semua akan tunduk dan patuh. Tidakkah Allah s.w.t telah tukarkan tongkat Musa a.s menjadi ular? Kalau Allah s.w.t lepaskan seekor, maka semua org yg ada di stadium akan lari berselerak. Mereka akan lari dan merempuh satu sama lain dan mungkin ada yg mati. Allah s.w.t begitu penyantun, begitu lemah-lembut, begitu pengasih dan penyanyang. Ringkasnya/Khulasahnya ialah maksud hidup org mukmin adalah dakwah. Dlm kehidupan kita, kita harus beri dakwah. Inilah kerja kita. Dlm semua keadaan kita harus beri dakwah. Ada makanan kita beri dakwah, tidak ada makanan pun kita beri dakwah. Kita beri dakwah utk mendptkan keredhaan Allah s.w.t.

Dlm peperangan Uhud, keempat2 khalifah ada, 10 org yg telah diberi khabar gembira di dunia bahawa mrk adalah ahli syurga pun ada. Dlm peperangan Badar, semua mrk ada. Kebanyakkan mrk ada. Bilangan mrk lebih kurang 313 org di Badar, jazbah/semangat taat, mrk taat Baginda s.a.w, 5,000 malaikat dtg membantu org2 beriman di Badar. Perkara yg harus kita fikir, di Uhud, dtg nusrah Allah s.w.t kemudian diangkat semula. “Di antara kamu ada yg menghendakki dunia dan di antara kamu ada yg menghendakki akhirat”, maka bantuan diangkat semula. 50 org yg berada diatas bukit telah meninggalkan nasihat Baginda s.a.w. Mereka telah dilantik dgn satu amer, dlm apa keadaan pun, kamu harus duduk disana. Apb mereka lihat org2 beriman telah menang dan org2 kafir telah bertempiaran lari, maka 50 org yg berada di atas bukit telah meninggalkan tempat mereka. 

Baginda s.a.w ada, Abu Bakar, Usman, Ali, semuanya ada pada ketika itu dibawah. Walaupun mereka ada, bantuan Allah s.w.t diangkat semula bahkan mereka telah mengalami kerugian yg begitu dahsyat sehingga hadzrat Hamzah r.a telah syahid dan 70 org beriman telah syahid. Salah seorg org kafir telah melempar mulut Nabi s.a.w dgn batu sehingga patah gigi beliau. Semua ini berlaku sbg pengajaran bagi org yg buat usaha dakwah sampai hari qiamat supaya mereka lihat apabila ketaatan lemah, maka dtg musibah dan bila mrk taat, ibadah, maka dtg bantuan dari malaikat. Allah s.w.t beritahu mengenai kisah Uhud bahawa diantara kamu ada yg menghendaki dunia dan ada diantara kamu yg menghendaki akhirat. Peringatan sampai hari qiamat. Sahabat r.a faham ayat ini utk diajarkan utk seluruh alam yg mana ada diantara mereka yg menghendaki dunia dan ada yg menghendaki keredhaan Allah s.w.t. Bila kita menuntut dunia maka bantuan Allah s.w.t akan terangkat.

Org yg buat usaha, melalui usaha ini, dtgnya semangat utk cari dunia, ada semangat utk dptkan dunia melalui usaha ini, maka bantuan Allah s.w.t akan terangkat walaupun telah datang bantuan sebelum itu, maka akan bertukar menjadi kekalahan. Usaha akan rosak bila niat org yg buat usaha ini rosak. Bila dtg semangat utk cari dunia, apa akan jadi? Bantuan Allah s.w.t akan terangkat dan dtg musibah. Allah s.w.t tidak menzalimi kamu ttpi kamu yg menzalimi diri kamu sendiri. Tidak ada sesuatu yg menentang dakwah ttpi dgn syarat dakwah harus berada di atas sifatnya dan orang yang buat dakwah harus ada di atas sifat Nabi s.a.w. Sifat2 da’i harus dimiliki. Sifat pertama, yg paling besar, bahawa pandangan da’i hanya sanya kepada Allah s.w.t. Kalau dia beri dakwah dan pandangannya kepada makhluk, maka akan habis. Bila beri dakwah, maka dunia akan datang meluru ke arah tuan2 dan pandangan kamu haruslah kepada Allah s.w.t. Pandangan kita tetap kepada Allah s.w.t. Pandangan kita hanya kepada Allah s.w.t. “Kami tidak meminta apa-apa upah daripada kamu. Kami tidak akan ambil apa-apa dari kamu”. 

Tidak ada israf iaitu mengharapkan sesuatu dpd org lain. Kita harap, mungkin dia bantu kita. Kalau kita harap dari orang lain, ini makruh. Kalau kita buka mulut, sebut dengan lidah, maka akan jadi haram. Tidak jais/tidak harus kita minta dgn mulut. Pandangan orang yang buat usaha harus hanya sanya kepada Allah s.w.t sahaja. Usaha dakwah ialah pergi dari masjid ke masjid dgn mujahadah. Jemaah yang bertebaran ke seluruh dunia tidak keluar begitu sahaja, tidak dengan kesenangan. Org yg buat usaha, mrk telah buat usaha bermujahadah, bersusah payah. Maulana Ilyas rah., Maulana Yusuf rah., Maulana Inamul Hasan rah., mereka melalui satu mujahadah yg sangat besar utk usaha ini. Bila Allah s.w.t menerima seseorg, maka mereka akan berjalan di jln mujahadah, susah payah utk usaha ini. Begitu sempit kehidupan mereka. Satu ketika, Maulana Yusuf rah. iktikaf, Maulana Zakaria rah. pun ada, dtg satu org Delhi, membawa duit emas dan duit perak, mereka dtg dan kata, “Ini hadiah”. 

Maulana tanya, “Hendak keluar jemaah?”. Mereka kata, “Tidak keluar”. Maulana kata, “Ambil balik duit ini dan pergi”. Padahal mereka begitu berhajat pada ketika itu. Maulana Yusuf rah. kata dgn satu suara yg lantang sehingga Sheikhul Hadith Maulana Zakaria pun dengar dan dia kata “Apa yg berlaku ni?” Hadzratji pada masa itu ialah Maulana Yusuf rah., beliau masih muda. Tahun 1944, Maulana Ilyas meninggal dunia dan Maulana Yusuf rah. meninggal dunia pada tahun 1965. “Saya tidak akan ambil duit ini”. Mereka berhajat pada duit itu, mereka tidak ada keperluan. “Saya tidak perlu wang kamu ttpi saya perlukan kamu, perlu kamu utk sibukkan diri kamu dgn agama. Kita tidak mahu duit kamu”. Apa kesannya? Ramai org2 Mewat yg mana Maulana Yusuf rah. pergi jumpa, semua ada kesannya. Hadrat Sheikhul Hadith terkesan bila pergi sama. Ilham apa yg mereka katakan dtg dpd Allah s.w.t, mereka marah pun kerana Allah s.w.t dan mereka suka pun kerana Allah s.w.t .

Satu org da’i, dlm dakwah mereka, pandangan mereka hanya kpd Allah s.w.t . Mrk tidak menganggap bahawa mrk berhajat kpd makhluk. Kalau kita menganggap makhluk ini menyelesaikan masalah kita atau hajat kita, maka dakwah kita gagal. Satu sudut kita menyeru manusia kpa Allah s.w.t dan pada sudut yg lain kita berdoa kpd Allah s.w.t. Kita harus mengeratkan hubungan kita dgn Allah s.w.t melalui jln doa. Mrk harus merasai bahawa mrk berhajat kpd Allah s.w.t dan mrk terus berdoa. Org yg sgt banyak memohon dan meminta ialah Baginda s.a.w. Dlm kitab2 hadith penuh dgn doa. Satu2 bab penuh dgn doa shj. Ada bab doa khas. Apa yg kita baca dlm kitab doa, itu sedikit shj. Doa Rasulullah s.a.w banyak. Di Arafah, sepjg hari Baginda s.a.w berdoa, sepjg mlm pada mlm Badar Nabi s.a.w berdoa. Satu pihak usaha dan satu pihak lagi berdoa kpd Allah s.w.t utk menerima usaha ini. 

Sebanyak mana kita beri dakwah, sebanyak mana kita sebarkan dakwah, sebanyak mana kita buat dakwah dgn sifat pengorbanan, maka sebanyak itulah Allah s.w.t akan terima doa kita keluar di jln Allah s.w.t, doa2 ini diterima. Masalah kita selesai dgn doa, bukan dgn benda. Masalah kita bukan wang, masalah kita doa. Apa shj masalah yg menimpa kita, kita doa. Allah s.w.t perintah Nabi s.a.w supaya beri dakwah ttpi duit tidak diberi. Usaha dakwah utk seluruh alam. Beri dakwah di seluruh alam. Asas usaha dakwah bukan wang, asas usaha dakwah ialah bantuan Allah s.w.t. Satu pihak memberi dakwah dan satu pihak yg lain berdoa. “Barangsiapa dibuka padanya pintu doa, maka dibuka pintu kebaikan seluruhnya”. Semua pintu kebaikan dibuka bila pintu doa dibuka utknya. Bila kita beri dakwah dgn tertib yg betul, Allah s.w.t akan buka pintu penerimaan. Dgn doa, masalah selesai, kerja selesai, Allah s.w.t selesaikan kerjanya. Kita harus kena lihat iman.

Di mana sahaja kita pergi, disitulah Allah s.w.t beri makan. Bukan kita hendak lihat bila dlm poket ada duit, maka kita akan makan, kalau tidak ada duit, kita tidak makan, kena puasa pula. Kalau tidak ada wang, paling habis kita akan lapar. Rumah mereka sempit, kehidupan mereka sempit bila ladang tidak menjadi. Buruh tidak dpt kerja, maka kehidupan di rumah juga jadi sempit, mereka dlm keadaan susah, tetapi mereka bersabar. Sebaliknya org yg buat usaha ini takut dgn lapar. Org yg buat kerja dunia pun ada ditimpa kesusahan tetapi mereka bersabar. Sahabat r.a ditimpa kesusahan, makanan habis, sehingga mereka terpaksa makan daun2 kayu tetapi mereka tidak tinggalkan medan usaha dakwah, mereka tetap di atas usaha dakwah. Kita harus tetapkan diri kita di medan dakwah. Apa-apa keadaan yang menimpa kita, kita bersabar kerana Allah s.w.t. Pandangan kita tidak sama-sekali ke atas makhluk. Tiga orang pelajar keluar untuk belajar hadith. Zaman dahulu orang keluar musafir utk belajar. Satu orang pergi ke negeri Syam, sampai sahaja di rumah seorang sahabat, dia bagi salam, dia kata, “Saya dtg hendak dgr satu hadith dpd tuan. Org itu duduk di atas bumbung dan dia tidak turun dari bumbung. Tetamu tadi pun tidak turun dari unta dia. 

Dengar atas unta sahaja. Imam Bukhari, Muslim, mereka juga bersabar untuk belajar hadith. Pelajar2 tadi mereka belajar, kemudian duit mereka habis. Mereka tidak ada makanan selama 3 hari. Pada hari ke-4 bila mereka keluar dari masjid, mereka pengsan. Kata mereka, “Skrg ini haruslah kita minta, ini masalah hidup mati”. Seorg kata, “Kamulah minta”. Seorg lagi kata, “Kamulah minta”. “Baiklah, saya boleh minta, minta dari makhluk atau minta dari Allah s.w.t?”. Dari segi syariat, sudah boleh minta sbb sudah pengsan kerana lapar. “Ikut suka sayalah, hendak minta dpd org atau hendak minta daripada Allah s.w.t”. “Ikut suka kamulah, kamu punya giliran utk minta”. Dia minta doa dan terus ada org dtg ketuk pintu. Org itu kata, “Ini daripada raja, hadiah untuk kamu, selepas 3 hari raja akan dtg utk melawat kamu”. Org yg sabar atas kelaparan dia dan dia tidak beritahu sesiapa, maka Allah s.w.t akan buka pintu rezeki yg tidak disangka2. Allah s.w.t terima doa mereka. Org yg buat usaha ini, Allah s.w.t akan ambil tggjwb utk selesaikan masalah dan hajat dia. Sebenarnya kerja dakwah ini kerja Allah s.w.t. Bila kita buat, Allah s.w.t akan selesaikan hajat kita dan keperluan kita dgn kudratNya.

Allah s.w.t tidak jadikan kita berhajat kpd sesiapa, kita minta dpd Allah s.w.t dan Allah s.w.t akan terima dan Allah s.w.t selesaikan masalah kita dan sempurnakan hajat kita. Kita kena buat usaha ini seluruh hidup, bukan masalah 4 bulan, 40 hari. Selepas 1400 tahun, kita begitu jauh dpd usaha ini dan begitu jauh dpd maksud hidup kita sehingga susah kita hendak faham. Ada org keluar negeri utk bekerja, selepas 2 tahun, 3 tahun, ambil cuti dan kemudian kena pergi balik. Setengah org pergi selama 15 tahun, 20 tahun dan 3 tahun atau 4 tahun sekali mereka balik bercuti, jumpa isteri, jumpa anak, lepas itu pergi balik. Kita keluar tiap2 tahun, 4 bulan, 6 bulan, apakah kita sanggup? Sahabat r.a sentiasa mereka menyambut takazah, di mana hendak pergi, lama mana hendak pergi, ini adalah usaha utk seluruh hidup dan haruslah kita berpegang kpd Allah s.w.t. Kita kena buat seluruh hidup sekurang2nya 4 bulan, 40 hari, Allah s.w.t terima, satu hari pun Allah s.w.t terima, tetapi kita tidak jadikan kerja ini kerja kita. Kita hendaklah jadikan kerja dakwah ini usaha kita. Kita kena jadikan maksud kita, keluar 4 bulan, kita balik tempat kita, kita sedia, kita dtg, kita pergi dalam apa keadaan pun, kita bersabar. Kalau tidak ada wang yg banyak, kita keluar jemaah jln kaki, kampung ke kampung. 

Maulana Ilyas rah. hantar jemaah dpd Delhi ke Calcutta jln kaki. Dari Delhi ke Bombay jln kaki, dari Delhi ke Peshawar jln kaki. Kita, setiap tempat ada kenderaan, kadang2 kita ini sedikit pun tidak mahu berjalan. Kita kena latihkan diri kita utk berjalan. Kita azam, sehingga ke hujung dunia kita akan pergi, insyaAllah, kita pergi ke hujung2 dunia, kita bawa agama. Setiap tahun 4 bulan adalah tertib sahabat r.a. Masalah kita akan selesai dengan doa, kita tidak sibuk dengan kedai dsbnya. Kita kata kita ini lemah, kita minta 4 bulan shj. Banyak jemaah jln kaki dihantar ke seluruh dunia. Kita niat utk jalan kaki bahawa satu tempat pun tidak sunyi dengan pijakan kaki kita. Setiap tempat seolah2 kita menabur biji benih kalimah. Semoga Allah s.w.t terima tuan2. Kita niat utk duduk sehingga akhir majlis, kita akan dpt pengampunan, lepas itu baru kita pergi. Malaikat akan pergi jumpa Allah s.w.t selepas habis majlis. Allah s.w.t mengetahui segala2nya. Org yg akan dpt pengampunan ialah mereka yg duduk sehingga akhir majlis. Kita sabar sekejap. Duduk rapat2, dekat2. Bagi nama samada dlm bentuk jemaah atau individu, tinggikan hemah kita.

No comments:

Post a Comment