(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 05/09/97). Maulana memulakan bayan dengan mengalukan semua karkun lama yang datang dari Malaysia dan mendoakan mereka yang telah dipilih itu diterima oleh Allah s.w.t. Seterusnya Maulana menyatakan karkun lama itu adalah mewakili negeri2 mereka dan karkun2 di negeri mereka sedang menanti sesuatu yang akan dibawa pulang dan disampaikan kepada mereka. Amalan yg dibuat ini mengikut Maulana adalah mirip yang dibuat oleh sahabat Nabi di zaman Rasulullah s.a.w di mana para sahabat telah datang untuk bersohbat dengan Rasullullah. Maulana menasihatkan semua karkun lama yang hadir perlu satu fikir dan jangan berpecah. Fikir yang perlu dibawa ialah bagaimana kebesaran dakwah Rasulullah s.a.w dapat dihayati oleh semua karkun. Beliau mengingatkan karkun lama jangan terperangkap dengan tarikan bazar di luar Masjid Banglawali. Suasana dakwah di Nizamuddin skrg terbentuk adalah hasil pengorbanan dan susah payah org2 lama seperti Maulana Ilyas, Maulana Yusuf dan Maulana Inamul Hassan.
Dakwah dikatakan adalah satu nikmat, kita perlu meminta kpd Allah s.w.t semoga memberikan hakikat dakwah kpd kita. Asas dakwah yg telah dibangunkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah pengorbanan dan susah payah. Maulana memberitahu maksud satu hadith, “Allah s.w.t tidak akan memasukkan dua fikir pada seseorg pada satu masa”. Jika karkun lama yang datang ke Nizamuddin fikir dunia seperti ingin membeli belah maka fikir akhirat tidak akan masuk ke dalam hati. Karkun yg membuat usaha dakwah dgn penuh fikir, mengikut Maulana, pasti Allah s.w.t memperbaiki hal dunia dan akhiratnya. Maulana meminta semua karkun lama menyibukkan diri dengan program ijtima’i dlm masjid dan jgn berada di luar masjid sehingga orang di luar masjid tidak mengetahui siapa yg dtg ke Masjid Banglawali. Mengikut Maulana karkun dtg ke Nizamuddin, yang membawa fikir dunia akan memberi kesan kepada orang di sekitar Nizamuddin. Ttpi apabila mereka dtg membawa fikir risau akhirat maka fikir risau sedemikian akan memberi kesan kpd org di sekitar masjid dan org yg bukan Islam akan dtg kpd agama Islam. Sahabat2 Nabi apb membuat usaha dakwah dgn pengorbanan maka Allah s.w.t telah membuka hakikat dunia kpd mereka.
Maulana menceritakan kisah sahabat di zaman pemerintahan Umar r.a, apb beliau melantik gabenornya, beliau sering memanggil gabenornya ke Madinah utk mengetahui ehwal pemerintahan mrk. Seorg gabenornya di Syria telah lama tidak menemui beliau di Madinah. Khalifah Umar telah menulis surat kpd gabenor itu, apb menerima surat tersebut beliau terus dtg ke Madinah dgn berjln kaki. Ini disbbkan sifat ketaatan yg ada pada beliau. Beliau dtg tidak menaiki kenderaan. Apb sampai ke Madinah bajunya penuh debu dan rambutnya kusut masai. Khalifah Umar menyatakan mengapakah org Syria tidak menyediakan kenderaan bagi amer mrk. Gabenor tersebut memberitahu khalifah bahawa rakyatnya bersolat subuh ketika beliau berangkat ke Madinah. Khalifah Umar tidak berpuashati dgn ehwal gabenor itu dan mengutuskan 2 org sahabatnya menyelidiki rumah gabenor tersebut dan telah bermalam selama 3 hari. Sepjg masa selama di rumah gabenor tadi sahabat tersebut telah dilayani dgn sempurna dgn diberi makan minum dgn secukupnya. Sesungguhnya gabenor tersebut telah menggunakan kesemua wang sara gajinya melayani makan minum sahabat tadi dgn keadaan dirinya dan keluarganya dlm kelaparan. Pengajaran: Beginilah ehwal kehidupan sahabat Nabi apabila mrk melaksanakan satu2 amanah, tiada kepentingan dunia. Mrk sentiasa melihat kepentingan akhirat. Keadaan spt inilah menyebabkan negara dlm pemerintahan sahabat dlm keadaan makmur. Maulana memberitahu karkun lama yg dtg ke Nizamuddin hendaklah ikhlas semata2 krn Allah dan balik ke negeri masing2 membawa kebesaran Allah.
No comments:
Post a Comment