Sunday, January 11, 2015

BAYAN MAULANA YAAKOB

(06/09/1997). Maulana memberitahu rata2 di dunia ini menyangka kejayaan kehidupan mereka pada harta. Oleh itu mrk siang malam telah berusaha utk menambahkan harta. Mereka telah menggunakan perempuan2 mrk dan anak2 gadis utk mengumpulkan harta, dan ada juga yg telah menggunakan kanak2 utk mengumpulkan harta. Semua manusia di seluruh dunia dlm kegelisahan kerana telah meletakkan harta sbg asas kejayaan dan penyelesaian masalah. Kehidupan manusia skrg dlm huru-hara, masalah silih berganti, kerosakan demi kerosakan telah berlaku. Penipuan dan pembohongan berlaku di mana2, rasuah, pencurian, zina, pembunuhan dan berbagai kerosakan telah berlaku. Kesemua ini disebabkan manusia menumpu kehidupan utk mendapatkan harta. Utk membaiki keadaan tersebut manusia perlu dibawa keyakinan yg betul, iaitu kejayaan bukan pada harta ttpi kejayaan atau kegagalan di tangan Allah s.w.t. Qarun yg bnyk harta tidak berjaya, begitu juga Kaisar dan Kisra yg mempunyai pemerintahan yg besar juga tidak berjaya. Kedai kecil atau kedai besar tidak memberi kesan apa2 ttpi kesan dtg dari Allah s.w.t dgn kudratNya.  

Allah sahaja yang membuat segala2nya, selain daripada Allah tiada siapa boleh membina kehidupan mereka. Ada setengah manusia dari golongan terpelajar tidak dapat menggunakan otak fikiran mereka dengan waras, mereka juga beranggapan  kejayaan kehidupan terbina dengan harta.  Keadaan ini sama ehwalnya dgn kehidupan Arab jahilliah dahulu yg mana mereka telah meminta Rasulullah supaya bukit-bukau di sekitar Mekah menjadi emas dan mrk dpt mengambilnya bagi membina kehidupan. Rasulullah s.a.w memberitahu masyarakat jahilliah Arab bahawa Allah berkuasa menjadikan bukit-bukau Mekah menjadi emas dan kawasan kering-kontang mengeluarkan air.  Beliau diutus bukan untuk maksud tersebut ttpi utk maksud membawa manusia kpd Lailahaillallah. Kisah Nabi Ibrahim a.s meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s dan isterinya Siti Hajar di kawasan padang pasir kering-kontang utk menunjukkan kpd manusia bahawa Allah sahaja yg berkuasa ke atas segala-gala, yg memelihara dan yg menyelamatkan dan yg memberi kejayaan serta kegagalan. Ini adalah peringatan bagaimana besarnya kudrat Allah s.w.t. 

Semua yg berlaku di seluruh dunia dan seluruh alam adalah dlm tangan Allah. Allah saja yg menyelamat dan memberi kejayaan.  Asas bantuan Allah s.w.t akan datang apabila manusia menjalani kehidupannya dgn cara Muhammadurrasulullah. Semua cara2 kehidupan samada Yahudi, Nasrani, Hindu dan sbgnya perlu dinafikan bahawa kehidupan Nabi sahaja yang diterima Allah s.w.t dan mendapat kejayaan. Baginda walaupun seorg yg miskin dan fakir dan tidak ada harta kebendaan tetapi oleh kerana cara kehidupannya  diredhai Allah s.w.t maka Baginda telah mendapat bantuan ghaib Allah dalan setiap kehidupannya di mana  telah mendapat keberkatan hidup. Sesungguhnya tiada jalan lain utk menyelesaikan masalah seluruh dunia kecuali dengan cara Rasulullah s.a.w. Hari ini seluruh manusia telah mematikan cara hidup Nabi s.a.w. Oleh itu kita perlu bergerak ke seluruh dunia utk mempraktikkan cara hidup Nabi yg suci murni.

No comments:

Post a Comment