Sunday, January 11, 2015

BAYAN NASIHAT MAULANA ZUBIR

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 08/09/1999). Tuan2 yg mulia. Kita jgn minta dpd org, minta dpd Allah s.w.t iaitu dgn doa. Kita jgn minta dpd makhluk, minta dpd Allah s.w.t. Allah s.w.t telah beri jalan utk kita ambil dpd Allah s.w.t iaitu dgn doa dan dakwah. Kita buat usaha siang hari dan doa di waktu malam supaya Allah s.w.t suka dan redha dgn kita. Nikmat yg paling besar ialah bila Allah s.w.t redha dgn kita. Kita kena sibukkan diri kita dgn usaha dan tawajjuh pada Allah s.w.t, minta dpd Allah s.w.t dan rahmat Allah s.w.t akan sentiasa bersama dgn kita. Bila rahmat Allah s.w.t bersama dgn kita, maka kita tidak akan gagal, kita pasti akan berjaya. Kita tidak akan selamat, kita tidak akan berjaya sehingga Allah s.w.t bersama kita, sehingga rahmat Allah s.w.t bersama kita. Bantuan Allah s.w.t akan datang dengan sifat, bukan dengan individu, bukan dengan zat. Kita kena asingkan sifat dalam diri kita. Bila kita ada sifat dlm diri kita, maka bantuan Allah s.w.t bersama dgn kita. Allah s.w.t telah beri kita jalan, untuk ambil daripada Allah s.w.t. Kerja kita berusaha dan doa kpd Allah s.w.t. 

Kita buat usaha mengikut kemampuan dan kekuatan kita. Kita minta dpd Allah s.w.t mengikut kemampuan kita. Allah s.w.t akan beri mengikut kebesaranNya. Zat Allah s.w.t sangat tinggi dan sangat besar. Bila Allah s.w.t hendak beri, maka Allah s.w.t akan beri begitu banyak. Kita tidak dpt hendak bayangkan dan tidak dpt hendak fikirkan. Bila kita akan dpt? Kita akan dpt selepas kita mati. Kehidupan dunia ialah darul amal. Di dunia, kita kena buat dan apa yang kita dapat sedikit sahaja tetapi di akhirat apa yg kita akan dpt, bukan sedikit, kita akan dpt banyak dan utk selama2nya. Kita akan dpt hanya bila dlm dunia ini kita buat usaha dan minta dpd Allah s.w.t. Oleh kerana itu, kita kena buat usaha sampai maut. Allah s.w.t telah beri kita amal ini, kita kena buat sampai maut. Kita tidak tahu bila kita akan mati. Setiap manusia sedang bergerak menuju kpd maut dan maut sedang menuju kpd org itu. Tidak tahu bila dan siapa akan mati.

Zaman kita utk buat usaha dan amal hanya masa yg pendek sahaja. Kita akan dpt balasan selama2nya. Kita kena buat usaha dan minta dpd Allah s.w.t, semoga Alllah s.w.t beri kita keredhaanNya. Inilah yang kita kena minta daripada Allah s.w.t. Bila Allah s.w.t redha dengan kita, inilah nikmat yang paling besar, inilah kejayaan yang paling besar. Bila Allah s.w.t akan redha? Bila kita ikut perintah2 Allah s.w.t dan kehidupan kita ikut perintah2 Allah s.w.t. Sampai mati kita ikut perintah2 Allah s.w.t, maka selepas maut Allah s.w.t akan beri kita kehidupan yang selama2nya berjaya. 

Kalau kita tidak ikut perintah2 Allah s.w.t dan kita ikut kehendak kita sendiri, maka bermula dengan sakratul maut, kita akan susah. Semoga Allah s.w.t pelihara kita. Semoga Allah s.w.t beri kita taufiq untuk buat usaha agama sampai maut dengan ikhlas. Semoga Allah s.w.t beri taufiq pada kita. Kita kena buat usaha dan takut. Kena ikut ahli syura kita dan kita minta dpd Allah s.w.t. Empat perkara perlu datang dalam diri kita dan Allah s.w.t akan buat keputusan untuk hidayat untuk diri kita dan Allah s.w.t akan tiupkan angin rahmat, tiupkan angin iman, Allah s.w.t akan buka pintu2 rahmat untuk kita. Semoga Allah s.w.t terima saya dan tuan2.

No comments:

Post a Comment