Sunday, January 11, 2015

BAYAN NASIHAT MAULANA ZUBIR

(mesyuarat malaysia - nizamudin - 09/09/97). Maulana mendoakan semoga kedtgan karkun lama dari Malaysia ke Nizamuddin diterima oleh Allah s.w.t dan menjadi asbab hidayat seluruh dunia dan seluruh alam. Nikmat usaha agama adalah satu nikmat yg sgt besar. Melalui usaha ini kita akan mendpt keselamatan dan kejayaan dunia dan akhirat. Maulana menasihatkan bahawa kita perlu melaksanakan tertib usul kerja ini dahulu seblm menyampaikan kpd org lain. Seterusnya beliau menasihatkan bahawa kita perlu membuat kerja dgn satu hati. 

Sejauh mana penyatuan hati sejauh itu Allah akan buka khair dan rahmat. Dlm membuat kerja ini, kita perlu khidmat rakan2 kita dan sentiasa meletakkan rakan2 kita lebih baik dpd kita. Org yg membuat usaha agama akan diuji oleh Allah. Jika kita sabar, Allah s.w.t akan suka. Kita perlu serahkan semua hal kita dgn mesyuarat. Maulana juga menasihatkan kita supaya sentiasa menjaga amalam infradi. Sejauh mana amalan ini kita jaga ia akan mewujud kan roh dlm amal ijtima’i. Setiap amalan perlu dibuat dgn usul yg betul. 

Usul yg terbesar ialah penyatuan hati. Sifat ini akan dtg apb kita anggap kita rendah dan lemah. Dlm membuat usaha perlu sentiasa tawajjuh kpd Allah s.w.t. Seterusnya kita perlu sentiasa berdoa supaya Allah s.w.t ambil kerja dari kita. Semua perkara yg dtg perlu  diterima dgn tabah hati dan sabar.  Dgn ini Allah s.w.t  akan buka pintu rahmat dan hidayat, bukan sahaja kpd kita tetapi seluruh dunia seluruh alam. Kita perlu sentiasa bangun malam dan meminta bantuan dari Allah.s.w.t. Yg mengendalikan urusan kita dan usaha kita ialah Allah s.w.t dan kita sgt bersyukur Allah s.w.t kaitkan diri kita dlm usaha ini, seterus nya jgnlah kita melakukan perkara2 yg menimbulkan kemurkaan Allah s.w.t, takut2 kalau Allah swt singkirkan kita dari kerja ini. 

Jgn kerana kerosakan amal kita akan merosak kan kerja ini. Dlm membuat kerja ini kita perlu buat dgn sungguh2 dan meminta semuanya dari Allah s.w.t. Jika kita buat sedemikian pasti bantuan Allah s.w.t akan dtg kpd kita. Jika kita tidak bertawajjuh dengan Allah s.w.t. Allah s.w.t juga mungkin tidak mempedulikan kita. Masa utk membuat kerja terhad iaitu sampai mati. Segala hasil kerja manusia akan dibentangkan kpdnya selepas maut. Maulana mendoakan semoga Allah s.w.t terima kita dlm kerja ini.

No comments:

Post a Comment