Sunday, January 11, 2015

BAYAN ASAR MAULANA ZUBIR

(07/01/2001 - Tongi). Tuan2 yg mulia. Allah swt telah menetapkan kejayaan, kemuliaan setiap manusia dlm agama. Sejauh mana manusia mengamalkan agama dlm kehidupan didunia sejauh itulah kejayaannya di dunia dan akhirat dan sejauh mana ia meninggalkan agama sejauh itulah kegagalannya di dunia dan di akhirat dan jauh dari rahmat Allah swt. Kebinasaan manusia akan berlaku apabila dia tidak mengamalkan agama, di dunia ia mendpt kesusahan dan membawa kpd kehidupan akhirat. Tuan2 yg mulia. Hari ini cinta kita tertumpu bnyk pada dunia, sehingga kita lupa utk hidup beragama, sesungguhnya kita telah menzalimi diri kita sendiri. Agama akan dtg dlm kehidupan kita melalui usaha yg bersungguh2 dan penuh bermujahadah. Dgn ini kita akan mendpt keredhaan Allah swt. 

Keredhaan Allah swt itulah kemuncak kejayaan hidup manusia di dunia dan akhirat. Tuan2 yg mulia. Hari ini masa kita banyak telah kita habiskan utk dunia, sedangkan dunia yg kita perolehi dtg mengikut kadar yg telah ditetapkan oleh Allah swt, tidak lebih atau kurang, sdgkan agama dtg dlm kehidupan manusia dgn kadar usaha yg sungguh2 oleh manusia. Agama telah disempurnakan oleh Allah dan utk mengamalkannya perlu mengikut cara Rasulullah. Cara inilah asas kejayaan manusia. Hari ini kehidupan manusia mengalami berbagai masalah, ini ber punca manusia tidak menyempurnakan hukum Allah swt. Melalui penyempurnaan hukum Allah swt disitu lah adanya kebahagiaan dan keselesaan dan kebahagiaan ini akan berterusan dikehidupan akhirat buat selama2nya.

Kehidupan dunia adalah pendek. Jika di dunia kita gunakan untuk menyempurnakan nafsu dan membuat rumah, membeli kenderaan sahaja, kehidupan itu spt kehidupan haiwan sedangkan maksud kehidupan manusia didunia utk menyempurnakan hukum Allah swt cara Rasulullah saw. Maksud kehidupan setiap manusia ialah menjadi hamba Allah swt yang setia dan menjadi pengikut Nabi Muhammad saw yang tulin. Tetapi hari ini apabila kita tidak bawa hukum Allah swt cara Rasulullah saw maka kehidupan kita tidak ada maksud. Usaha dakwah tabligh yg bergerak hari ini utk menwujudkan manusia yg menjadi hamba Allah swt dan pengikut setia Rasulullah saw. Oleh itu jemaah telah bergerak ke seluruh alam yg maksudnya bukan sahaja org itu dpt amal agama yg sempurna ttpi dpt mengusahakan org lain dpt membawa hukum Allah swt dan cara Rasulullah saw. Tuan2 yg mulia. Semua masalah yg berlaku di dunia hanya Sa nya dpt diselesaikan dgn mengamalkan agama yg sempurna. Apakah itu agama? Agama ialah mentauhidkan Allah swt dgn menyebut kebesaran Allah swt lagi dan lagi supaya masuk dihati kita hakikat kebesaran Allah swt. Inilah dikatakan iman. 

Hari ini cinta dunia telah menebal dihati org Islam kerana hari2 bercakap kebesaran dunia, fikir kebesaran dunia dan usaha kebesaran dunia. Oleh itu usaha dakwah tabligh hendak mengubah cinta manusia itu kpd Allah swt dgn senantiasa bercakap kebesaran Allah swt supaya takaruf manusia hanya kpd Allah swt. Sesiapa yg ada agama mempunyai hakikat hidup dan jika tiada agama kehidupannya kosong. Dunia seisinya tiada nilai disisi Allah swt. Dunia seisinya seumpama sekeping kepak nyamuk. Jika dunia ada nilai nescaya Allah swt tidak akan memberi minum walaupun seteguk air kpd org kafir. Kedtgan kita di ijtimak ini bukan sahaja utk mendengar bayan tetapi perlu berusaha bagaimana agama yg sempurna masuk dlm diri kita. Apabila kita dpt hidupkan usaha dakwah dlm diri kita maka akan wujud cabang2 agama atau amal2 agama satu persatu dlm diri kita.

Tuan tuan yang mulia. Apabila kita membuat usaha dakwah beberapa perkara akan wujud dalam diri kita:

1) Iman kita akan bertambah
2) Ibadat kita akan mempunyai roh
3) Muamalat kita akan Allah swt perbaiki
4) Muasyarah kita akan bertambah baik
5) Akhlak kita akan bertambah baik

Dunia adalah kehidupan sementara, satu ketika akan binasa, yg kekal ialah akhirat. Apb manusia berjaya di akhirat ialah asas kejayaan. Oleh itu kita perlu usahakan supaya kehidupan akhirat sentiasa ada pada diri kita. Kehidupan akhirat berpunca dari amal manusia di dunia. Sama ada manusia selesa atau tidak di dunia bukannya asas kejayaan ttpi bagaimana dlm keselesaan dan kemiskinan ia membawa hukum Allah swt cara Rasulullah saw, itulah asas kejayaan di akhirat. Melalui dakwah iman, yakin terbentuk, ilmu akan membawa kpd cara beramal yg betul, zikir menjadikan amal bernyawa, ikhlas tanda makbuliat amal dan melalui mujahadah dan tabligh agama yg sempurna akan dtg dlm kehidupan kita. 

Masa di dunia yg pendek ini perlu kita berusaha utk membina kehidupan akhirat kita. Sebenarnya mati dtg dgn tiba2. Mati tidak takut pada Nabi, mati tidak takut pada wali dan mati tidak takut pada sesiapa. Oleh itu sebelum mati inilah, akhirat kita perlu kita bina. Disamping itu kita jgn lupa berdoa krn segala sifat dan segala pemberian dtg dari Allah swt. Oleh itu kita perlu luangkan masa di mlm hari untuk menangis dan berdoa pada Allah swt. Dakwah dan doa perlu kita usahakan serentak. Kita tidak tahu dari air mata siapa utk Allah swt amkan hidayat seluruh alam.

No comments:

Post a Comment