JAZBAH ialah satu tarikan rohani yang akan menjadikan seseorang (MAJZUB) sampai kepada tahap Hakikat seterusnya Makrifat kepada Allah Ta'ala dalam tempoh yang singkat berbanding manusia lain. Ia seperti seseorang yang mendaki gunung menuju puncak dengan bantuan tali yg ditarik dari atas puncak.
Keadaan ini amatlah mudah berbanding orang yang mendaki tanpa bantuan dan tanpa dorongan, hanya semata-mata usaha. Singkat masa disini bukanlah berarti satu hari atau satu tahun, tetapi singkat masa yang bersesuaian untuk matang. Nabi Muhammad s.a.w. menamatkan latihan kerohaniannya setelah beliau berumur 40 tahun lalu dilantik menjadi Rasul. Begitu juga dengan Syeikh Abdul Qadir al Jilani dan Para Sultan Awliya' yang lain dapat menamatkan latihan kerohanian mereka antara umur 40 - 90 tahun.

Ini dikira cepat berbanding manusia biasa yang tidak sempat tamat latihan walau umur menjangkau 1 abad. Orang yang Majzub dianugerahkan keringanan dalam ibadah iaitu dapat melakukan ibadah yang banyak dalam tempoh yang singkat sedangkan ia sangatlah sukar dan amat berat bagi orang biasa. Contoh orang Majzub dapat menghabiskan 5.6 juta selawat dalam tempoh 5 tahun, atau dapat berpuasa dalam tempoh yang panjang. Seseorang yang Majzub akan kenal Tuhan dan menghayati Keagungan serta Kebesaran Tuhan dalam setiap masa dan saat tanpa lalai.
Orang yang Majzub dipelihara oleh Allah dari perkara yg haram, makruh, syubhat dan sia-sia. Ia adalah satu Anugerah Khas dari Tuhan kepada hambaNya yang dipilih mengikut kehendakNya semata-mata dan ia bukan diminta. Jika zaman dahulu (zaman Nubuwwah) ia berlaku pada Para Nabi dan Rasul tetapi selepas Zaman Rasulullah s.a.w. (Zaman Wilayah/Wali) ia berlaku kepada Para Wali Allah. Org Majzub mempunyai 'matahati' yg didapati setelah terbuka hijab (dapat melihat perkara ghaib spt Malaikat, Syaitan, Syurga dan Neraka). Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment