Tuesday, January 5, 2016

KENAPA MOHON PERTOLONGAN ALLAH UNTUK BERSABAR

Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah Ayat 45 yang bermaksud: Meminta tolonglah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya perkara ini sangat berat kecuali bagi orang yang khusyuk. Huraian ayat yang dipangkalnya iaitu meminta tolonglah kepada Allah.Tuhan menganjurkan kepada kita supaya kita meminta pertolongan kepada-Nya, supaya kita boleh bersabar.

Mudah-mudahan ilmu ini dapat menjadi panduan hidup kita, dapat kita hayati dan dilaksanakan di dalam perjuangan dan kehidupan kita. Walaupun ayat ini pendek, tapi bunyi arahan Tuhan ini besar. Hendaklah kamu meminta tolong kepada Tuhan tentang kesabaran. Bunyi ayat ini sahaja sudah terasa besar, sedangkan sifat mahmudah banyak. Sifat mahmudah lain tidak pula Tuhan anjurkan kita minta tolong pada Tuhan. Tuhan tidak anjurkan, hendaklah kami minta tolong pada Allah supaya tawadhuk, pemurah, berani dan lain-lain sifat mahmudah. Tetapi tentang sabar umat Islam disuruh minta tolong pada Tuhan. Disini kita faham sabar tu besar, payah hendak diamalkan. Bahkan kalau boleh kita amalkan, mahmudah-mahmudah yang lain, tanpa kita sedari, ada unsur sabar di situ. Kalau tak ada unsur sabar tak boleh berani, tak boleh pemurah, tak boleh tawaddhu dan lain-lain.

Itu di segi apa yang Tuhan ucapkan menunjukkan sabar itu susah hendak dilaksanakan. Lebih-lebih lagi sabar sudah jadi bahasa Malaysia, sudah jadi budaya Malaysia. Tiap hari kita bercakap, kena sabarlah, eloklah bersabar. Oleh kerana bahasa Quran sudah jadi bahasa Melayu, dari pada orang kampung sampai orang bandar cakap sabar, sabar. Jadi perkara yang mudah diperkatakan, biasanya kita pandang enteng, sedangkan hakikatnya ia mudah dikatakan tak mudah diamalkan.

Jadi kalau sampai ada ayat yang Allah khas arahkan untuk kita minta tolong pada Tuhan supaya bersabar sedang untuk sifat mahmudah lain tidak, kita faham susahnya nak sabar, walaupun kita tak nampak ilmunya tentu kita dapat agak, mengapa dengan mahmudah yang satu ini Tuhan suruh minta tolong dengan Dia sedang mahmudah lain Tuhan tidak suruh minta tolong dengan Dia?

Para-para Rasul nak dapat gelaran Ulul Azmi, bukan dirujuk dengan sifat berani, sifat pemurahnya tapi dirujuk dengan sifat sabarnya. Hanya 5 orang yang dapat gelaran itu. Rasul yang dapat Ulul Azmi, bukan kerana hebat berjuang, bukan kerana hebat berkorban tapi kerana sabar. Itu pun 5 orang sahaja. Di sini menunjukkan sabar itu mudah disebut tapi tidak mudah diamalkan. Sebab tu siapa yang boleh melakukan sabar, apa kata Tuhan?

Diberi pahala kepada orang sabar itu tanpa hisab. Kalau kebaikan yang lain 1 bayar 10, kalau ikhlas lagi 1 bayar 70, kalau ikhlas lagi 1 bayar 700, ikhlas lagi 1 bayar 7,000. Kalau sabar terpulang kepada Tuhan, nak bagi 1 juta, 100 juta. Di sini kita nampak orang boleh sabar ini luar biasa, Tuhan bagi markah tak kira-kira. Kalau orang pemurah, tawadhuk, orang pemaaf, Allah tidak bagi pahala tanpa hisab. Mahmudah lain paling tinggi 7,000, sabar tak kira, terpulang pada Tuhan, begitulah Tuhan sudah janji pada diri-Nya. Siapa sabar Aku akan bagi pahala terpulang pada Aku sebanyak mana Aku nak bagi. Kalau mahmudah lain, ada kira paling banyak 7,000. Di sini kita nampak besarnya nilai sabar itu. Orang yang boleh sabar ini orang yang takut pada Tuhan. Khusyuk dalam ayat tu maksudnya takut. Orang pemurah tidak begitu takut dengan Tuhan, dia nak pahala. Orang berani tak mesti takut dengan Tuhan, dia nak pahala. Tapi sabar kalau tak takut dengan Tuhan, tak boleh sabar.

Dalam Hadis: Ashobru junnatun, Sabar itu adalah perisai. Perisai dari apa? Dari jin. Setan tu jin. Yang ajak orang buat jahat tu jin. Jadi sabar tu dikatakan perisai. Seolah dia kata Ashobiru junnatun minal jinnah. Yang bebas dari jinnah masuk jannah. Sabar tu perisai, jadi besarlah. Di dalam kita berperang kalau tak ada perisai sudah tentu habis kita kalah. Zaman dulu kalau berperang tak guna perisai habislah. Jadi sabar tu perisai dari pada jin yang membolehkan orang masuk Syurga. Ini menunjukkan sabar itu mudah diperkatakan tapi tak mudah untuk dipraktikkan. Saya bawa muqadimah ini supaya berfikir, kita pandang besarnya sabar. Kalau tidak, mudahnya kita cakap, sabar ajalah, awak ni tak sabarlah, macam kecil sangat. Mengapa awak tak suruh anak solat? Sabar sajalah, itu bukan sabar, tapi dayus. Orang dayus tak masuk Syurga. Mengapa tak didik isteri? Sabar sajalah. Itu bukan sabar tapi dayus. Orang dayus tak masuk Syurga walaupun banyak solat.

Apa takrif atau definisi sabar? Tahan menanggung atau menerima kesusahan bila diuji kerana keredhoan Tuhan. Moga-moga takrif itu betul. Itulah takrif sabar, tahan menderita bila diuji, kerana Allah. Ada orang tahan diuji, tapi tidak ada hubungan dengan Tuhan. Ada orang tahan diuji, diludah orang, tapi tidak ada hubungan dengan Tuhan, tidak solat. Itu bukan sabar, hati sudah jadi kayu. Ditempeleng tak apa. Itu sabar istidraj, setan tipu. Sabar ni yang besarnya atau secara umum boleh dibagi 3 bahagian:

•  Sabar melaksanakan suruhan Tuhan
Sabar meninggalkan larangan Tuhan
Sabar menerima ujian susah dari Tuhan

1). Sabar dalam menunaikan perintah Tuhan: Iaitu dalam melaksanakan perintah Tuhan dia sanggup susah payah, miskin. Contoh solat, ia perintah Tuhan, walaupun susah tetap dilaksanakan di atas waktu. Walaupun susah, tetap khusyuk, tetap dibuat, walaupun susah tidak gopoh gapah. Kalau tak sabar, tak buat langsung, kalau sabar sikit buat juga, tapi cepat-cepat atau buat di hujung waktu. Itu tak sabar dalam menunaikan suruhan Tuhan. Begitu juga dengan jihad dan berjuang. Dengan jihad wang habis, masa habis, isteri marah, anak marah, musuh banyak. Kalau tak sabar tak buat atau buat lebih kurang.

2). Sabar dalam meninggalkan larangan Tuhan: Yang ke-2, tahan menderita atau sabar dalam meninggalkan larangan. Kalau suruhan Tuhan, kebanyakannya nafsu tak nak. Tapi kita usaha juga sampai nafsu jadi nak, itu sabar. Dalam hal menjauhi larangan Tuhan, nafsu memang nak buat, dia seronok. Tapi kita tahan dia, kita kata tak nak. Macam jin, nafsu nak, nak halang dia bukan senang. Nak tengok perempuan lama-lama nafsu nak, bukan senang nak halang. Begitu juga nak maafkan orang, tapi tahan juga perasaan walau pun jatuh wibawa, maafkan. Nampak senang, tapi tak mudah. Kiaskan dengan yang lain. Seorang yang sabar dalam meninggalkan larangan Tuhan walaupun susah dia boleh tinggalkan juga. Kalau nafsu tak nak, kita paksa jadi nak, susah sikit. Contoh nak beri maaf pada orang, senang ke? Lebih-lebih kalau isteri yang salah pada kita? Tak larat nak maafkan isteri. Pemimpin nak maafkan rakyat, susah. Aku siapa? Yang lain-lain kias.

3). Sabar dalam menerima ujian susah dari Tuhan. Sabar ke-3, sabar dengan ujian.

Kategori-kategori Besar Sabar.

Kategori Pertama. Sabar dengan kesusahan. Ia boleh dibagi lagi sabar dengan sakit. Sabar dengan miskin, sabar dengan kemalangan dan bencana alam, sabar dengan kejahatan orang. Kalau kita tak sabar dengan miskin, nak atasi miskin, kita mencuri menipu merompak dan sebagainya. Begitu juga kalau kita tak sabar dengan sakit. Kita sakit tak solat, tak puasa, tak berjuang, hati keluh kesah. Lepas tu kecewa, lagi besar salahnya, kalau kita lajakkan putus asa, lagi berat. Kalau kita tak sabar dengan sakit mula-mula jiwa gelisah, kalau ikutkan lagi kecewa, ikutkan lagi putus asa. Mati dalam putus asa, mati kafir. Mati dalam kecewa dosa besar. Firman Tuhan, Jangan kamu putus asa dengan rahmat Allah. Ada Hadis mengatakan, Siapa putus asa itu kafir. Tidak ada orang yang putus asa melainkan kafir. Sebab tu orang yang putus asa bunuh diri dan itu kafir.

Kemudian sabar dari kemalangan dan bencana alam. Kalau kita tak tahan dengan bencana alam sehingga tak solat tak puasa, jadi pemarah macam-macam kesalahan boleh berlaku. Begitu juga kesusahan yang dilakukan kejahatan manusia. Kalau kita tak sabar, bukan saja kita nak balas dendam, dia hasad dengki dengan kita kita hasad dengki dengan dia. Dia susahkan kita, kita ajak begaduh. Memikirkan kejahatan orang pada kita, fikir nak balas dendam dengan orang sampai kita tak berjuang, tak solat, tak puasa, tak ingat Tuhan. Rosaklah.

Kategori 2, tak sabar hendak dapat kesenangan. Bila tak sabar nak senang, tipu orang, rasuah, curi barang orang dan sebagainya. Tadi kerana susah, ini kerana nak senang. Orang yang tak sabar ni boleh mencuri, rasuah, dan sebagainya.

Ke-3, sabar berhadapan dengan nikmat. Ini lagi susah. Bila tak sabar dengan nikmat, nikmat tu macam-macam kategori, kaya, jawatan dan lain-lain. Katalah kaya, kalau tak sabar dia jadi membazir. Tak sabar dengan kekayaan dia jadi bakhil. Kalau tak sabar dengan kekayaan, dia jadi bermewah-mewah sebab dia ada. Atau dia jadi sombong. Ini berpunca dari tak sabar. Tak sabar nak sombong dengan orang sebab kaya, tak sabar nak nunjuk-nunjuk.

Kalau nikmat tu jawatan, jawatan tu tinggi pula, tak sabar nak balas dendam nak kaut untung. Tak sabar dengan musuh, ada kuasa nak tekan, nak hukum. Tak sabar nak beri kekayaan pada kroni. Kalau macam itulah huraian, setakat itupun, tak mudah sabar ni. Patutlah pahala orang yang sabar pahalanya tanpa hisab, tak ada limit, sebab dia susah. Mahmudah lain mudah tapi ganjaran paling banyak 7,000. Sabar, kerana susahnya ganjaran tak ada had. Sebab tu rasul yang dapat ulul azmi dirujuk dari sabar hanya 5 orang.

Jadi sabar itu tak semudah yang kita sebut, mudah disebut tapi susah dilaksanakan, satu aspek pun susah, sedangkan sabar banyak aspek. Kalau dibanding dengan pemurah, tawadhu, sabar sangat susah, siapa dapat sabar dirinya sudah ada perisai dari pada ditipu setan dan dia akan masuk Syurga. Kalau pemurah, tawadhu belum ada perisai. Begitu juga berani pemaaf, belum ada perisai.

Jadi munasabahlah sabar itu susah. Mudah diperkatakan tak mudah dilaksanakan. Oleh kerana sabar tu susah, kita pun lari dari pada nak bersabar. Mengapa tak didik anak, sabarlah. Mengapa tak didik isteri? Sabarlah. Ini dayus, dayus tak masuk Syurga. Patutlah Tuhan cakap, was tainu bishobri, sebab susahnya, maka kena minta tolong dengan Tuhan. Yang lain Tuhan tak suruh minta tolong. Kalau tidak minta tolong pada Tuhan, kita tak boleh buat sabar.

No comments:

Post a Comment