Sunday, January 24, 2016

AL INSANU HAYAWANUN NATIQ

Manusia tidak lebih dari binatang yang berakal, dalam bahasa arab, kalimah Natiq dari akar kata Nutq bermakna kemampuan berkata-kata, berfikir. Tanpa "Natiq" manusia dan haiwan bagaikan "sama" tetapi tiada serupa. Manusia yang sama seperti haiwan, ataukah haiwan yang sama seperti manusia? Keduanya memang sama saja tanpa “Natiq". Haiwan makan, manusia juga makan, malah terkadang manusia memakan haiwan dan sebaliknya. Haiwan kawin, manusia juga kawin untuk berkembang biak menambah keturunan. Haiwan punya organ tubuh, seperti mata, telinga, hidung, mulut, tangan dan kaki, manusia juga mempunyainya.

Haiwan bernafas, manusia juga bernafas. Haiwan perlu "qada hajat" untuk membuang sisa-sisa makanan yang ada diperutnya, begitu juga dengan manusia yang perlu untuk membuang tinja dari perutnya. Haiwan memiliki otak naluri, manusia juga memiliki otak meskipun volume otak antara keduanya berbeza. Haiwan hidup berkelompok, manusia hidup berkomuniti. Haiwan hidup berorganisasi, organisasi manusia hidupnya terkadang lebih hebat seperti haiwan. Haiwan bertarung merebutkan kekuasaan sang Raja Rimba, manusia bertarung saling menjatuhkan demi kekuasaan.

Namun pada akhirnya… Haiwan tetaplah haiwan, haiwan tak mampu untuk menjadi seperti manusia. tetapi manusia bebas memilih untuk menjadi siapa dirinya, menjadi lebih buruk dari haiwan, Atau Boleh menjadi manusia yang melebihi kebinatangan ataukah menjadi mahluk yang lebih mulia daripada malaikat. Dan puncak dari perbezaan antara manusia dan haiwan adalah "Natiq". Manusia dianugerahi hati untuk merasakan dan akal untuk berfikir. Adakah kalian tidak berfikir!. Maka bersyukurlah dengan anugerah akal itu dengan berilmu, beriman, berihsan. Namun kalau segala anugerah sifat-sifat jasmani dan rohani ini tidak digunakan untuk mencapai hakikat Ketuhanan (makrifat) dan dapat mengapai Tauhid KeESAan hingga hati batinnya bertaut dengan menyebut dan mengingati Asma2Nya... apa nilaian kita disisi Allah?

وَلَـقَدْ ذَرَأْنَا لِجَـهَنَّمَ كَثِيْرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْاِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوْبٌ لَّا يَفْقَهُوْنَ بِهَا ۖ وَلَهُمْ اَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُوْنَ بِهَا ۖ وَلَهُمْ اٰذَانٌ لَّا يَسْمَعُوْنَ بِهَا ؕ اُولٰۤئِكَ كَالْاَنْعَامِ بَلْ هُمْ اَضَلُّ ؕ اُولٰۤئِكَ هُمُ الْغٰفِلُوْنَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [QS. Al-A'raf: Ayat 179]. Maka marilah kita menghubungkan hati kita dengan Allah disetiap helaan nafas hingga kewujudan yang terakhir dari keakuan kita didunia fana ini. Semoga bermanafaat. (Tn Syeikh Haji Alias asy-Syattari).

No comments:

Post a Comment