Setelah tiba waktunya, si ibu menghantar Abu Yazid ke Masjid. Abu Yazid mempelajari al Quran. Pada suatu hari gurunya menjelaskan erti sepotong ayat dari Surah Al Lukman yang berbunyi: “Berterimakasihlah kepada Ku dan kepada kedua ibu bapa kamu”. Ayat ini sangat mengentarkan hati Abu Yazid. Abu Yazid meletakkan batu tulisannya dan berkata kepada Gurunya: “Izinkan saya pulang, ada yang perlu hamba katakan kepada ibuku.”
Si Guru memberi izin. Lalu Abu Yazid pulang ke rumahnya. Ibunya menyambutnya dengan kata-kata: “Thaifur, mengapa engkau pulang? Apakah engkau mendapat hadiah atau ada sesuatu kejadian yang istimewa?” “Tidak”, jawab Abu Yazid: ”Ketika pengajian ku sampai pada ayat di mana Allah memerintahkan agar aku berbakti kepada Nya dan kepada ibu. Tetapi aku tidak dapat mengurus dua buah rumah dalam waktu yang serentak ibu. Ayat ini sangat menyusahkan hatiku. Mintalah daku ini kepada Allah sehingga aku menjadi milik mu seorang atau serahkanlah aku kepada Allah semata-mata sehingga aku dapat hidup untuk Dia semata-mata”. “Anakku”. Jawab ibunya: ”Aku serahkan engkau kepada Allah dan ku bebaskan engkau dari semua kewajipan mu terhadap aku. Pergilah engkau dan jadilah engkau seorang hamba Allah."
Di Hari kemudian, Abu Yzzid berkata: “Kewajipan yang pada mula ku kira sebagai kewajipan paling mudah di antara yang lain-lainya, ternyata merupakan kewajipan yang paling utama. Iaitu kewajipan untuk berbakti kepada ibu ku. Di dalam berbakti kepada ibuku itulah ku perolehi segala sesuatu yang ku cari, yakni segala sesuatu yang hanya boleh difahami melalui tindakan displin diri dan pengabdian kepada Allah."
Antara peristiwa adalah sebagai berikut: Pada suatu malam ibu meminta air kepada ku. Maka aku pun pergi mengambilnya, ternyata di dalam tempayan kami tidak ada air. Ku lihat dalam kendi, tetapi kendi itu pun kosong jua. Oleh kerana itu pergilah aku ke sungai lalu mengisi kendi tersebut dengan air. Ketika aku pulang, ternyata ibuku tertidur”. “Malam itu udara terasa sejuk. Kendi itu tetap dalam rangkulan ku. Ketika ibu ku terjaga, ia meminum air yang ku bawa itu kemudian memberkati diriku. Kemudian terlihatlah oleh ku betapa kendi itu telah membuat tanganku kaku: “Mengapa engkau tetap memegang kendi itu”, ibu bertanya. “Aku takut ibu terjaga sedang aku sendiri terlena”, Jawab ku.
Kemudian ibu berkata kepada ku: “Biarkan sahaja pintu itu setengah terbuka”. Sepanjang malam aku berjaga-jaga agar pintu itu tetap dalam keadaan setengah terbuka dan agar aku tidak melalaikan pesanan ibuku. Hingga akhirnya fajar melewati pintu, begitulah yang sering kulakukakan berkali-kali”. Setelah si ibu menyerahkan anaknya kepada Allah, Abu Yazid meninggalkan Bustham, merantau dari satu negeri ke satu negeri selama 30 puluh tahun, dan melaluikan disiplin diri dengan terus berpuasa di siang hari dan bertariqat sepanjang malam. Ia belajar di bawah bimbingan 113 guru kerohanian dan telah memperolehi manafaat dari setiap pelajaran yang mereka berikan.
No comments:
Post a Comment