Tuesday, January 12, 2016

NASIHAT IBNU ATHA'ILLAH AS SAKANDARI

Kata Ibnu ‘Atha’illah As Sakandari:

من تاب ظفِر، ومن لم يتب خسِر.

Terjemahan: “Siapa yang bertaubat menang, dan siapa yang tidak bertaubat kecundang."

كثير من أنفق الدنانير والدراهم، ولكن من أنفق الدمع قليل.

Terjemahan: “Ramai yang menafkahkan dinar dan dirham, tapi yang menafkahkan air mata sedikit."

كفى بك جهلاً أن يعاملك مولاك بالوفاء، وأنت تعامله بالجفاء.

Terjemahan: “Memadai kamu dikira sebagai jahil bila Tuanmu melayanmu dengan sempurna, namun kamu melayanNya dengan sambil lewa."

طهِّر قلبك من العيب، يفتحْ لك باب الغيب.

Terjemahan: “Sucikan hatimu dari aib, akan dibuka untukmu pintu ghaib."

ما أكثرَ تودُّدَك للخلق، وما أقلَّ تودُّدَك للحق.

Terjemahan: “Alangkah banyaknya kasih sayangmu kepada makhluk, dan alangkah sedikitnya kasih sayangmu kepada al-Haq (Allah)."

قيمتك قيمةُ ما أنت مشغول به.

Terjemahan: “Nilai dirimu adalah menurut nilai apa yang kamu disibukkan dengannya."

لا تعتقدْ أن الناس فاتهم العلمُ، بل فاتهم التوفيقُ أكثرَ من العلم.

Terjemahan: “Jangan kamu percaya bahawa manusia kekurangan ilmu, bahkan mereka kekurangan taufik lebih banyak dari ilmu."

ليس التائهُ من تاه في البرية، بل التائهُ من تاه عن سبيل الهدى.

Terjemahan: “Bukanlah orang yang sesat ialah orang yang sesat di daratan, bahkan orang yang sesat ialah orang yang sesat dari jalan hidayah."

من أراد الجمع على الله، فعليه بقيام أوامر الله.

Terjemahan: “Siapa yang ingin bertemu dengan Allah, maka hendaklah ia melaksanakan perintah-perintah Allah."

من أراد النهايات، فعليه بتصحيح البدايات.

Terjemahan: “Siapa yang ingin mencapai puncak, maka hendaklah ia memperbetulkan langkah permulaan."

من لم يترك المحرمات لم ينفعه القيامُ بالواجبات، من لم يحتمِ لم ينفعه الدواء.

Terjemahan: “Siapa yang tidak meninggalkan perkara-perkara haram, tidak memberi manfaat baginya menunaikan perkara-perkara wajib. Siapa yang tidak berpantang, tidak memberi manfaat baginya ubat."

ما خرّب القلوبَ إلاَّ قلة الخوف.

Terjemahan: “Tidak ada yang merosakkan hati-hati manusia itu melainkan kerana sedikitnya rasa takut.”

No comments:

Post a Comment