Tuesday, April 19, 2016

ANTARA DUA SABAR

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menyeru agar kita bersabar dengan cara yang baik. Firman Allah: “Bersabarlah dengan cara yang sebaiknya” (Al-Maarij:5). Melalui ayat ini Allah menyatakan bahawa sabar itu baik dan indah. Lihatlah bagaimana Nabi Yaakub menyatakan kesabarannya terhadap segala apa yang dialami adalah baik. "Bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya". (Yusuf: 18). Melalui sifat sabar yang dinyatakan ini, kita boleh membahagikan sabar kepada 2 bahagian:

1- Bahagian pertama: Sabar yang negatif iaitu sabar yang tidak diuruskan dengan baik. Oleh itu seorang yang beriman tidak boleh berpegang kepada sifat sabar ini.

Sabar negatif yang dimaksudkan adalah bersabar dalam keadaan:
* berputus asa
* kecewa
* hilang keazaman dan cita-cita untuk bangkit semula
* melihat masa depan yang gelap

2- Bahagian kedua: Sabar yang positif. Inilah sabar yang sepatutnya dimiliki oleh seorang mukmin yang berpegang teguh dengan apa yang ingin dicapai.

Inilah sabar yang:
* mengerakkan, mengaktifkan dan menguatkan keazaman kita.
* memberikan motivasi agar terus berusaha 
* bersama-samanya cita- cita yang ingin dicapai.
* telah membangkitkan dan menggerakkan Rasulullah s.a.w serta memberikan motivasi kepadanya untuk mencapai kejayaan dalam tugasan dan mesej yang dibawanya.

Wahai saudaraku yang penyabar, janganlah bersabar sabar yang negatif. Tetapi  bersabarlah dengan sebaik-baiknya. Ikutlah model sabar yang ditunjukkan oleh Rasulullah yang merupakan ikutan yang terbaik. (Syeik Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi). 

No comments:

Post a Comment