Tuesday, April 19, 2016

ANTARA HARAPAN DAN JERITAN JENAZAH

Hadis riwayat Abi Said al Khudri berkata, Rasulullah SAW bersabda; "bila jenazah diletakkan,  maka para lelaki pun memikul jenazah itu di atas bahu-bahu mereka. Jika jenazah itu orang yang soleh, dia berkata; "hantar aku segera,  hantar aku segera". (ke kubur). Tetapi jika jenazah itu bukan orang yang soleh,  berkata dia kepada ahli keluarganya; "celakanya!  Kemana kamu hendak bawa jenazah ini? Suaranya didengari semua benda kecuali manusia sahaja (yang tidak mendengarnya). Sekiranya manusia mendengar suara itu, nescaya mereka akan jatuh pengsan". Kata syeikh; "kena berubah (kena insaf) hidayat kena cari. Tidak boleh tunggu hidayat datang. Seperti makanan kena cari bila lapar, kalau tak cari makanan, akan matilah kita kelaparan".

2). ASAS TASAWWUF

Kata Abu al Qasem al Qusyairi di dalam Risalahnya setelah menceritakan beberapa orang pemuka sufi yang terkenal: “Inilah yg kita sebutkan sekelompok pemuka ahli sufi yg terkenal.  Tujuan menceritakan kisah mereka di sini untuk peringatan penting bahawa mereka semuanya sepakat menjunjung tinggi syariah, kriteria mereka adalah dengan suluk melalui jalan riyadhah, teguh mereka menghidupkan sunnah, sedikit pun tidaklah mereka cuba merosakkan adab2 diyanah (beragama), sepakat mrk semua bahawa sesiapa yang kosong drp muamalah (ilmu dan amal berhubungan dengan Allah) dan mujahadah, juga tidak membina tasawwuf mereka di atas wara' dan taqwa adalah mereka sebenarnya sedang menipu Allah terhadap apa yang mereka dakwakan itu, mempedaya akan diri mereka sendiri, juga merosakkan orang lain yang yg terpedaya dengan tipu daya mereka krn percaya kpd kebathilan yang mrk bawa”

3). TARBIYYAH DALAM MEMANAH 

Ada yang bertanya sang faqir, kenapa menggunakan Zikir Fatimah dalam Memanah? Selain daripada merujuk kepada sistem Tulang Belakang, adakah ada sebab lain? 

Jawab sang faqir ; Ya, sistem tulang belakang adalah secara zohirnya, manakala secara rohaninya, ianya merujuk kepada Tarbiyyah Tauhid dalam Memanah. Untuk memahami akan hakikat 'Dan bukan kamu yang melontar (memanah), tetapi ALLAH yang melontar (memanah). 

Saat berdiri tegak ( Stance) memegang busur dan anak panah di tangan, itu adalah gambaran Alam Rahim, tempat bersatunya munajat dan pengharapan. Di saat ini, segalanya indah tanpa ada rasa hiba, tanpa rasa sengketa. Kosong. Yang ada hanya kasih sayang ALLAH. Duduklah mereka dalam Hakikat Nafsiyyah, iaitu Wujud. Terpancarlah lafaz BasmALLAH. Iaitu BismILLAHir Rahmanir Rahim.

Saat meletakkan anak panah pada perikatan tali, itu adalah gambaran perpindahan dari Alam Rahim ke Alam Mulki (alam dunia). Saat ini, segalanya menjadi lupa, dilupakan kita sementara akan segalanya, yang ada ketika ini adalah fitrah, umpama kain putih, menjadi kosong, tatkala itu yang ada dan kita tahu hanya kita, ibu dan bapa. Umpama anak panah, tali dan titik letak (nocking point). Semuanya dalam penafian, dalam kekosongan. Hakikat Qidam, Baqa, MukhalafatuHU lil Hawadith, QiyamuHU BinafsiHI, Wahdaniyah. Lafaznya adalah Tasbih. Iaitu SUBHANALLAH.

Saat mengunci (Aqd /Locking) dan seterusnya menarik (Madd / Drawing) anak panah bersama tali sehingga ke titik jajar (anchor point), itu adalah gambaran kehidupan di alam Mulki iaitu alam dunia. Berat terasa, tegang dirasa.  Namun, segalanya dapat ditempuh, dengan adanya Tarbiyyah mengenal akan sifat yang 7 iaitu Qudrat Iradat, Ilmu, Hayat, Sama', Basar dan Kalam. Aqd itu gambaran mengunci ILMU dan FAHAM, digenggam kemas akan Sunnah dalam meraih Syafaat Baginda SallALLAHu Alaihi Wasallam , manakala Madd gambaran menarik penuh rapi AMAL dengan Kesungguhan (Mujahadah), jika tarikan tersebut lemah, lemahlah mujahadah dan lemahlah jua Kesudahan (Muakhirah). 

Hakikat Af'alul Ikhtiyariyyah terpancar dengan kesungguhan dari pelaku (pemanah). Dikumpulkan akan sifat Maani dalam erti kata Tajalli sifat Kekuasaan KHALIQ ke atas Makhluq, supaya dapat dirasai, dipandang, dikecapi dengan penuh rasa tawadhu' dan syukur, inilah gambaran Nazhor (Sighting/Fokus) dan dari pecahan 5 khawas yang utama iaitu Penglihatan, Sentuhan, Pendengaran, Penghiduan dan Pengecapan dikumpulkan dalam satu tatkala mata tertumpu tajam pada sasaran, inilah yang berada dalam 'Iktimad (Aiming / Tenang). Semasa ini, hanya mampu melafazkan HamdALLAH. Tanda memberi PUJI pada ALLAH akan setiap puji yang ada di dunia ini. Tanda syukur akan Mubasyarah yang ALLAH beri untuk Makhluq menjadi HambaNYA. Iaitu ucapan ALHAMDULILLAH.

Dalam keadaan itu juga, sehingga ke penghujung keadaan, Sikap Bertahan (Holding), sementara anak panah belum dilepaskan, inilah keadaannya dinamakan Sakaratul Maut, saat akhir sebelum hendak berpisahnya nyawa dan jasad, tubuh dan roh, aqal dan nafsu. Bergetar seluruhnya menanti saat pelepasan, dalam keadaan tidak pasti ke manakah arah tuju sebenar anak panah, segalanya pasrah kepada ALLAH, hasil setelah Mujahadah sebelum itu.  Keadaan ini dalam fasa Tawattural Zuhr ( Back Tension / Perapatan Belakang). Dan lafaz ketika ini adalah WA LAA ILAHA IllALLAH.

Saat Itlaq (Pelepasan / Releasing ) atau Iflat (Pelonggaran / Loosing), tatkala ini, berlepaslah haluan  As Sahm (anak panah) yang padanya terletaklah Tawallud dalam hakikat Af'alul Idhtirariyah. Inilah yang ditamsilkan Kehidupan Selepas Mati, hala tuju dalam kehidupan tersebut sepertimana arah anak panah yang dilepaskan. Saat ini segala yang yang diisbat (Musbat) diperlihatkan, yang dinafikan (Munfi) dipamerkan. Diperlihat Hakikat  Isbat Maanawiyyah iaitu Qadirun, Muridun, Alimun, Hayyun, Sami'un, Basirun, Mutakalimun. Dipamerkan Hakikat Nafi, Laa Qadirun, Laa Muridun,  La Alimun, La Hayyun, La Sami'un, Laa Basirun, Laa Mutakalimun. Terbangnya anak panah (hakikat diri) tersebut sehingga Musyahadah (Penyaksian) akan Kebesaran ALLAH. Tatkala ini, terungkaplah kalimah Takbir. Iaitu ALLAHu AKBAR.

Kembalilah mereka dengan jiwa-jiwa yang tenang, iringan Rahmat dan Redha ALLAH. Muraqabah mereka dengan ungkapan MasyaALLAH TabarakALLAH. Hayatilah, Rasailah dan Alamilah. Kerana itulah Ar Rimayah adalah Tarbiyyah. (Wan Asrul Al-Kalantani). 

No comments:

Post a Comment