Friday, March 14, 2014

MASJID CORDOVA ANDALUSIA


Cordova dahulunya ibu kota andalusia (Sepanyol) semenjak Panglima Islam "Tariq Bin Ziyad" menakluk bumi andalusia pada 711 - 712 Masehi di bawah pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah, Khalifah al-Walid I ibni Abd al-Malik. 

Masjid ini dibina dan direnovasi bermula pada 784 - 788 Masehi dibawah penyeliaan Amir Umayyah - Abd ar Rahman l, kemudian dibina menara oleh Khalifah Umayyah - Abd ar Rahman lll bermula pada 929 Masehi, kemudian disambung oleh Khalifah Umayyah - Al-Hakam ll bermula pada 961 Masehi dengan membesarkan bangunan dan meng'indahkan lagi mihrab. Dan yang terakhir oleh Khalifah Umayyah - Al-Mansur Ibn Amir pada 987 Masehi. 

Tapi sayang sekali Masjid yang agung dan indah ini ditakluk dan ditukarkan menjadi gereja pada tahun 1236 Masehi oleh Raja Castile iaitu Raja Ferdinand lll. Pada tahun 1984, UNESCO telah menetapkan Masjid Cordova sebagai World Heritage Site atau tempat bersejarah yang penting di dunia.

*Teringin nak pergi ke masjid ni satu hari nanti dan laungkan azan.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment