Penyakit AIN bukanlah satu mitos ataupun rekaan. Kalau kena penyakit ni pergilah hospital manapun, doktor pun jadi bingung. Kalau kena kat bayi, bayi jadi kurus, menyusu taknak dan asyik menangis je. Dan penyakit AIN ni boleh membuatkan seseorang itu MATI. Yang paling berpotensi terkena penyakit ini adalah bayi.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Penyakit yang timbul dari pengaruh jahat pandangan mata memang ada. Andaikan ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentulah itu pengaruh pandangan mata (Ain).”
Maksudnya kat sini takdir seseorang itu boleh berubah hanya kerana terkena penyakit AIN. Takdir apa yang berubah? takdir ajal. Pada zaman Rasulullah S.A.W pun pernah terjadi penyakit AIN ini. Ada satu kisah dimana Rasulullah S.A.W pergi rumah Ummu Salamah dan melihat seorang bayi perempuan yang mukanya kehitaman dan menjadi kusam. Selepas itu Rasulullah S.A.W berkata bayi itu terkena penyakit AIN dan Ruqyahlah dia.
AIN adalah musibah penyakit pelik yang terkena kepada seseorang hanya dengan pandangan mata seseorang. Seperti terkena gangguan jin tetapi bukan. Bila diruqyahkan ia tidak memberi sebarang respon dan pesakit tidak mengalami sebarang mimpi. Teknologi perubatan pun tidak dapat mengesan punca dan keberadaan penyakit ain yang berlaku kepada tubuh pesakit. Penyakit ni bukan hanya kena pada bayi, kita yang dewasa pun boleh terkena, cuma jarang ada kes dewasa selalunya bayi.
Penyakit Ain itu diambil dari bahasa arab, “ana ya’inu” maksudnya menatap dengan matanya. Asalnya dari pandangan mata seseorang yang memiliki jiwa keji dan jahat. Kemudian dari pandangannya itu racun jiwanya yang keji sampai kepada orang yang dilihatnya dengan pengaruh syaitan.
Pandangan mata seperti apa?
1) Akibat pandangan seseorang yang teruja melihat kecantikan atau kelebihan atau bakat atau kepandaian seseorang lalu memujinya tanpa bersandarkan pujian itu kepada Allah. Dia tidak ucap Masyaa Allah apabila memuji seseorang.
2) Akibat pandangan seseorang dengan perasaan CEMBURU dan HASAD DENGKI apabila dia melihat kecantikan atau kelebihan atau bakat atau kepandaian seseorang lain melalui video ataupun gambar yang dikongsikan di media sosial.
Pendek kata ‘Ain adalah penyakit atau gangguan yang disebabkan pandangan mata seseorang.
Disebutkan oleh Al-Marhum Syaikh Abdurrahman bin Hasan, “Seorang yang memandang, menimbulkan gangguan pada yang dipandangnya” (Fathul Majid Syarah Kitab Tauhid, hal. 69).
Mungkin sesetengah orang takkan percaya. Takkanlah tengok gambar je pun boleh kena. Kalau tak kena batang hidung sendiri ataupun keluarga sendiri, boleh lah kata macam ni. Tapi bila terkena baru kalian tahu ianya lebih berbahaya daripada sihir.
Jadi macam mana nak elakkan dari terkena penyakit AIN?
Pertama jangan selalu pamerkan gambar harta benda kita, kebahagiaan keluarga, kecantikan dan gambar isteri dan anak apatah lagi bayi yang baru lahir, ataupun segala hal lain yang boleh menimbulkan irihati dan dengki dari orang yang melihatnya, serta sesuatu juga yang boleh menyebabkan kekaguman berlebihan dari orang yang melihatnya. Kerana pandangan kagum dan takjub juga dapat menyebabkan penyakit ‘ain.
Jadi kurang-kurangkanlah berkongsi segala hal kemewahan, kebahagian dan kecantikan masing-masing, sebab di dalam media sosial bukan semuanya kita kenal. Cara ubati penyakit ain ni adalah dengan mandi air wudhu dari pandangan orang yang pandang kita. Jenuh kita nak cari siapa dia yang irihati dan kagum pada kita.
Sikap Terbaik dalam menghadapi bahaya penyakit ‘Ain, kita kena yakin tidak semua perkara dapat terjadi kecuali dengan izin Allah Ta’ala. Dan kita sebagai orang Islam tidaklah berlebihan dalam segala sesuatu perkara. Termasuk dalam masalah ‘ain ini, Maka seseorang itu tidak boleh berlebihan dengan menganggap semua kejadian buruk berasal dari ‘ain, dan juga tidak boleh seseorang itu menganggap remeh dengan tidak mempercayai adanya penyakit ‘ain. Sikap yang terbaik bagi seorang muslim adalah berada di pertengahan, iaitu mempercayai pengaruh buruk ‘ain dengan tidak berlebihan sesuai dengan apa yang dikhabarkan Rasulullah S.A.W.
Islam banyak mengajarkan kita doa-doa dan ayat Al-Quran sebagai pelindung diri dan salah satu doa yang diajarkan Rasulullah S.A.W untuk penyakit Ain ini adalah:
"A'uuzu bi'kalimattillahi tammah min kulli syaitonin wa hammah wa min kulli ainil lammah.” (Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari syaitan, binatang berbisa dan pandangan mata yang jahat).
Rasulullah S.A.W bersabda, “Berlindunglah kalian kepada Allah dari penyakit Ainn, kerana sesungguhnya Ain itu benar/ada”. Semoga Allah melindungi kalian semua dari terkena penyakit Ain. Aamiin
Kalau nak puji seseorang , Dahulukan dengan pujian kepada Allah seperti Masyallah, Subhanallah dan lain-lainnya.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment