(لااله الأالله محمد رسول الله)
(ل ا ا ل ه ا ل ا ا ل ل ه م ح م د ر س و ل ا ل ل ه)
Bagi mereka yang mahu berfikir. Kalimat Tauhid/Syahadat mengandungi 24 huruf yang boleh dikaitkan dengan 24 jam sehari. Kalimat ini hendaklah dijadikan darah daging kita pada siang dan malam selama 24 jam (Bermula kita bangun sehingga tidur) setiap hari.
Sesungguhnya hidup kita, mati kita, bangkit kita dihari kiamat nanti adalah dengan dua kalimat syahadat. Kalimat Tauhid/Syahadat ini adalah menyatakan perihal diri ruhani dan jasmani kita. Ianya sangat penting dan utama dalam kehidupan kita untuk menuju kepada Allah S.W.T , Oleh itu janganlah sesekali dipisahkan manusia sama sekali dengan dua kalimat ini didalam kehidupan kita.
Syahadat Tauhid ialah hakikat ketuhanan iaitu diri batin (rohani) dan syahadat Rasul ialah hakikat kerasulan iaitu diri zahir (jasmani). Dua kalimah syahadat ialah rukun Islam yang pertama yang terkandung syahadat Tauhid (akidah) dan syahadat Rasul (syariah).
Syahadat Tauhid (akidah) berlaku semasa kita di alam roh lagi dan kita telah berikrar dan berjanji dengan kalimat Tauhid "LAA ILAHA ILLALLAH", mengaku tunduk dan patuh taat kepada Allah yang bersifat Wahdaniah, Esa, Tunggal tidak berbilang-bilang.
Adapun syahadat Rasul (syariah) itu berlaku setelah kita dilahirkan yang bermaksud kita tunduk dan patuh kepada syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W iaitu agama ataupun ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. "WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH". merupakan syahadat Rasul atau hakikat kerasulan iaitu diri zahir manusia (jasmani).
Oleh itu kalimah Tauhid adalah kalimah awal (roh) dan kalimah akhir (mati kita) dan kalimah semasa kebangkitan (dihidupkan semula) kita di akhirat kelak. Kalimat Tauhid yang amat dicintai Allah iaitu pintu menuju keislaman (iman). Diri batin (rohani) adalah sebenar-benar diri yang menyatakan Rahsia Allah (Sirullah). Untuk menyatakan diri rahsia Allah adalah diri zahir manusia sedangkan kata Muhammad pada syahadat Rasul mengandung erti iaitu diri zahir manusia yang menanggung rahsia.
"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (Dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya”. (Surah At-tin Ayat 4)
Kemuliaan manusia kerana manusia (insan) lah yang sanggup menanggung rahsia Allah . dan ia dinyatakan dalam sura Al-Ahzab ayat 72, “Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit , bumi dan gunung-gunung, Tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu , Lalu dipukul amanat itu oleh manusia."
Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Ahzab di atas maka kitapun mengucapkan dua kalimah syahadat". ASYAHADUALLA ILAAHA ILLALLAH WA ASYAHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH."
Aku bersaksi dengan diriku sendiri bahawa tiada yang nyata pada diriku sendiri hanya aku semata dengan tubuh zahir ku sebagai tempat menanggung rahsiaku dan aku akan menjaganya buat selama-lamanya.
Hai zahirku yang aku cintai, Maha suci aku berserta Engkau, jikalau Engkau berada di dalam aku maka lenyaplah Engkau di dalan kosong. Allah itulah disebut diri yang batin dan Muhammad itulah disebut diri yang zahir.
Sabda Rasulullah S.A.W , ikuti aku… ikuti aku… Kalau Engkau tiada mengikuti aku maka engkau adalah sesat. Sebab itulah aku ajarkan engkau kalimah Tauhid (LAA ILLAHA ILLALLAH) dan kalimat syahadat (ANNA MUHAMMADUR RASULULLAH). Jika engkau berpegang kepada keduanya maka selamat lah engkau dunia dan akhirat. Engkau di dalam mukmin yang sebenar-benarnya. Ingatlah bahawasanya kalimat Tauhid itu ialah makam roh yang tiada lupa ia kepada yang menjadikan nya setiap saat. Maka engkau rindu selalu kepada Allah yang menjadikan seluruh alam semesta. Itulah yg disebut engkau bertubuh Nurullah. Itulah yang disebut “LENYAP DENGAN AKU”. Ingatlah juga bahawasanya asal engkau yang Aku jadikan mula-mula adalah satu.
Rahsia Nur yang disebut Nur Zat. Nur Zat menjadi diri kemudian diri kau ghaib di dalam Nur Allah kemudian ghaib lagi yang disebut kosong kemudian berkata di dalam KUN. Kun itulah yang disebut Alif dan Alif itulah yang disebut diri. Maka ghaib lah Alif itu menjadi Laisa lalu berkata ia Haq. Yang Haq itulah yang disebut tiada berwujud dan tiada bernama. Maka engkau itu yang dinamakan Aku sebab itu bukan di luar bukan di dalam sehingga meliputi Aku semesta sekalian alam. Maka Laisa lah Aku di dalam diri engkau itu jikalau engkau mengenalkan Aku maka engkau itu adalah di dalam kalimah Ku.
Sesudah engkau di dalam kalimah ku maka engkau itu bertubuh syahadat dan sesudah itu bernama syahadat. Jikalau engkau sudah bernama maka Muhammad zahirnya, Ahmad batinnya lalu sesudah bernama Ahmad maka engkau itu ghaib dengan HU… maka Aku lah itu. Engkau dengarkan bunyi di dalam tubuh, engkau yang berbunyi Wujud Zat dan wujud itu berbunyi HU dan zat itu berbunyi ALLAH. Oleh kerana itu yang bunyi hanya kosong maka kosong itu maknanya. Fana hanya diriku lah yang ada yang berserta melihat dan mendengar semuanya lenyap di dalam yang kosong.
Hadist Qudsi: “Kalimah Laa Illaha Illahllah adalah bentengKu (Allah) dan siapa yang masuk bentengKu nescaya mendapat keamanan dari seksaKu”
Hadist Qudsi: “Manusia yang paling bahagia mendapat syafaatKu (Allah) pada hari kiamat ialah manusia yang menucapkan LAA ILAHA ILLALLAH dengan seikhlas hati dan setulus jiwa.”
Demikian agungnya kalimah Tauhid apabila diucapkan dengan penuh ikhlas dan jujur taat beristiqamah (berzikrullah) dengan menghayati serta yakin pada yang haq. InsyaAllah semoga kita semua hidup dan mati dalam kalimat LAA ILAHA ILLALLAH.
“Wahai Musa, seandainya tujuh lapis bumi digabungkan dengan tujuh lapis langit dengan seluruh semestanya dan diletakkan di sebelah timbangan kalimat LAA ILAHA ILLALLAH, nescaya kalimat itu lebih berat melebihi semua itu"(Hadis Qudsi dari Abu Said Al-Khudri)
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment