Inilah Allahyarham Maarof Zakaria, "Pejuang Ekonomi MELAYU". Allahyarham tak sanggup melihat orang MELAYU berhutang dengan ceti, maka ditubuhnya Bank Kebangsaan MELAYU di Jalan Klang Lama. Allahyarham sedar, kekuatan politik tidak cukup membangunkan bangsa MELAYU tanpa orang MELAYU dibantu dari segi modal perniagaan dan pelaburan kewangan.
Pemikiran dan tindakan Maarof yang begitu futuristik itu telah mencemaskan The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC). Pihak tertentu (masih belum dikenal pasti menerusi proses siasatan) telah merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Maarof supaya kemaraan ekonomi orang MELAYU dapat disekat serta-merta.
Akhirnya, pada 4 Disember 1947, rancangan jahat tersebut berjalan dengan licik, lalu tiga hari selepas itu Maarof ditemui tidak bernyawa tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan, Batu 13, Jalan Kuala Lumpur – Bentong.
Maarof dipercayai sedang menuju ke rumah ibunya di Seremban dengan memandu kereta bersendirian dari rumah beliau di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau menemui ajal dalam usia yang masih muda, iaitu 43 tahun. Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak pernah dapat dirungkaikan.
Lihatlah betapa BANGSATnya puak mereka.
Bissirril Al-Fatihah
Maarof Zakaria (1904-1947)
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment