Friday, January 22, 2010

GELARAN TUAN GURU

Siapakah Yang Memberikan Mereka Semua Gelaran Sebagai "Tuan Guru" Ataupun "Tok Guru"? Jawapannya adalah "ALLAH TA’ALA", Allah menggerakkan hati para hamba-Nya supaya menggelarkan mereka sebagai "Tok Guru", gelaran ini tak boleh dibuat-buat. Ianya khas untuk mereka yang dipilih oleh Allah Ta'ala. 

Bissirril Al-Fatihah 

Sedikit Perkongsian Tahapan Guru

1). Mursyid iaitu guru yang mampu memberikan petunjuk (irsyad) bergantung kepada kebolehan pelajar2 nya.

2). Sheikh iaitu nama yang sering dikaitkan sebagai ketua guru atau pengetua. Lazimnya gelaran Sheikh juga digunakan kepada guru kanan.

3). Murabbi iaitu orang yang mengajarkan ilmu bersifat pendidikan jiwa (tarbiah).

4). Maulana iaitu gelaran guru yang sudah mencapai darjat tinggi atau status tertentu seperti Professor.

5). Mu’alim iaitu guru biasa yang memberikan ilmu2 peringkat asas.

6). Mudarris iaitu pengurus sesatu pengajian ilmu (darasah, juga dikaitkan dengan madrasah).

7). Mu’addib ialah guru yang mengajar adab (tata susila atau decorum). Manusia juga dipanggil addib dalam hubungan dengan Khaliq (Penciptanya).

8). Ustaz ialah gelaran mesra serta agak umum bagi karier guru. Ia lazim sekali digunakan dalam rantau sebelah sini terutama di Singapura, Malaysia dan Brunei. Tetapi di Indonesia sering ustaz dipanggil sebagai Kiai.

Tujuan saya berkongsi bukanlah untuk membezakan taraf guru guru yang ada, kerana taraf sebenarnya hanya Allah lah Yang Maha Mengetahui. Semoga bermanfaat. Wallahua'alam.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment