Friday, January 22, 2010

TG HAJI OMAR ZUHDI

Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Omar Zuhdi (1919 - 1994). Diantara alim ulamak yang mahsyur di Negeri Kedah pada tahun 1900an ialah Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Beliau merupakan pengasas Pondok Misbahul Falah di Baling, Kedah. Beliau lahir di Kampung Chekok, Pengkalan Chepa, Kelantan dan dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan. 

Sewaktu mengaji di pondok beliau sering kelaparan kerana tidak mempunyai wang lalu di ambilnya upah beberapa perkerjaan seperti menjahit atap rumah kampung dan mengangkat baja kelawar dari gunung sekitar Baling. Pernah juga diceritakan oleh anaknya bahawa ketika belajar dulu beliau terlalu lapar sehinggakan terpaksa mengikat batu di perut sehingga 3 hari.

Tuan Guru Haji Omar telah menuntut ilmu dari ramai ulamak besar dan alim di maqam ilmu mereka. Pada umur 17 tahun, beliau merantau ke Kedah dan Patani bagi mendalami ilmu agama dan seterusnya ke Mekah sebagaimana yang sedia maklum diantara pusat pengajian Islam terbesar ketika itu. Diantara guru beliau ialah:

1). Al Allamah Tuan Guru Haji Abdul Ghani - Pondok Pulau Berangan 
2). Al Allamah Tuan Guru Haji Ali Salahuddin - Pondok Pulau Pisang 
3). Al Allamah Arif Billah Pak Chu Him - Pondok Gajah Mati
4). Al Allamah Arif Billah Syeikh Ustman Jalaluddin Penanti al Kalantani - Pondok Penanti
5). Al Allamah Tuan Guru Haji Sulong - Pondok Cemara 
6). Al Allamah Tuan Guru Haji Yahya Kupang - Pondok Kampung Pisang
7). Al Allamah Syeikh Abdul Qadir al Mandili - Pengarang Kitab Penawar Bagi Hati
8). Al Allamah Arif Billah al Muhaqiq Pak Da Eil Mekah
9). Al Allamah Syeikh Ali al Maliki - Ketua Feqh 4 Mazhab Mekah
10). Al Allamah Syeikh Hassan al Yamani - Mufti Terengganu
11). Al Allamah Syeikh Hassan Masyath
12). Syeikh Afnani al Jawwa
13). Syeikh Abdul Rahman Jabad
14). Syeikh Ku Jalil al Qodhi
15). Syeikh Pak Nik Leh al Kalantani
16). Syeikh Muhammad Yasin Syobari Negeri Sembilan
17). Al Allamah Arif Billah Musnid Dunyya Syeikh Muhammad Yasin Isa al Fadani
18). Syeikh Muhammad Ahid - Mekah
19). Syeikh Muhammad Daud Sulaiman al Kelantani - Mekah

Diantara anak murid beliau ialah:

1). Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Salleh Musa - Madrasah Rahmaniah
2). Al Allamah Tuan Guru Haji Awang Lanai - Pondok Ustaz Awang
3). Al Allamah Tuan Guru Haji Jusoh Tobiar - Pondok Penyarom
4). Al Allamah Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Umar al Belantiki
5). Al Allamah Tuan Guru Haji Rifae - Pondok Zuhdiah Carok Salang
6). Tuan Guru Haji Taib - Pondok Tembak
7). Al Allamah Tok Ayah Musa Tumpat
8). Tuan Guru Haji Ayub
9). Tuan Guru Haji Syafie - Pondok Hatnyai
10). As Syahid Ustaz Ibrahim Libya
11). Tuan Guru Haji Abu Bakar Ibrahim - Pondok Bandar Hilir
12). Tuan Guru Haji Abu Bakar Taib al Waro'- Pengasas Madrasah Nurul Islah dan juga menantu Tuan Guru Haji Omar
13). Ustaz Azahar Hashim al Hadrami

Beliau diberi gelaran Zuhdi atas sifat zuhud beliau oleh seorang gurunya yang bernama Syeikh Abdul Rahman Jabad iaitu seorang ulamak Sufi di Mekah.

Sewaktu Tragedi Memali yang berlaku pada 1985. As Syahid Ustaz Ibrahim Libya telah berjumpa dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi bagi bertanyakan beberapa pekara dan akhirnya hadir semangat jihad fisabilillah didalam diri Ustaz Ibrahim Libya. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi juga diantara ulamak yang sepakat mengatakan bahawa 13 syuhada memali itu mati syahid.

Tuan Guru Haji Omar Zuhdi meninggal dunia pada usia 75 tahun dan dikebumikam jasadnya di Kampung Parit Panjang, Baling (Berhadapan Masjid Omar Zuhdi). Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment