Bahasa MELAYU kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai “lingua franca” dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
- Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
- Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
- Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa MELAYU. Bahasa MELAYU mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
- Pengaruh agama Hindu
- Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
- Sifat bahasa MELAYU yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa MELAYU kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa adalah:
- Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
- Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
- Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
- Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa MELAYU kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Ciri-ciri bahasa MELAYU kuno adalah Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.
Susunan ayat bersifat MELAYU:
- Bunyi B ialah W dalam MELAYU kuno (Contoh: bulan - wulan)
- Bunyi E pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
- Awalan BER- ialah MAR- dalam MELAYU kuno (contoh: berlepas-marlapas)
- Awalan DI ialah Ni- dalam bahasa MELAYU kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
- Huruf N digunakan sebagai Ny contoh sawanakna (sebanyaknya)
niyur (nyiur)
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta). Huruf H hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua - samuha, Tua - Tuha, Guha - Gua)
bh - bhakti (bakti)
th - tathapi (tetapi)
kh - sukhacita (sukacita)
dh - dhawa
a). Awalan mar sebagai ber-.
marlapas (berlepas)
marwuat (berbuat)
b). Awalan ni digunakan untuk di-.
nitanam (ditanam)
niminumna (diminumnya)
nisuruh (disuruh).
c). Bentuk nipar digunakan sebagai diper-.
niparwuat (diperbuat)
d). Awalan ma berfungsi sebagai mem-.
mawawa (membawa)
mawangun (membangun)
e). Awalan mang digunakan untuk me-.
manghidupi (menghidupi)
f). Apitan par-an digunakan untuk per-...-an.
parsumpahan (persumpahan)
Peralihan Bahasa MELAYU Kuno ke Bahasa MELAYU Klasik, Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mengembang di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa MELAYU mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a). Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India. Mengandungi prosa MELAYU kuno dan beberapa baris saja Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b). Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380), masih memakai abjad India, buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.
c). Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi, membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa MELAYU pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa MELAYU kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan MELAYU dalam bentuk tulisan.
Wallahua'lam
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment