Di antara masjid yang tertua dia Malaysia. Saya Sentiasa kagum dengan Masjid Kg Tuan Kemaman yang dibina pada Tahun 1830. Di ruang pintu utama ada sebuah perigi lama bermuka bulat seperti juga perigi Haji Senik namun perigi ini barangkali hampir setengah abad lebih tua.
Digali oleh Tuan Mandak yang merupakan Guru kepada Haji Senik. Begitu juga Masjid ini yang dibina oleh Tuan Mandak namun ia terkenal dimakmurkan oleh anak beliau Tuan Wok. Tuan Wok pernah memerintah Kemaman dan beliau juga pernah menjadi Penghulu Beserah.
Mihrab yang dibina dari kayu yang dibentuk separa silinder mungkin satu-satunya seumpama yang masih kekal keadaan baiknya, Teringat akan cerita ukiran pada sisi hadapan mihrab yang dikatakan hanya sebahagian dari ayat yang ada kelebihannya. Bagi saya ianya ukiran pada kayu yang tidak sempat disiapkan. Ianya bait-bait yang aku hanya mampu lihat kerana aku tidak tahu membacanya.
Melihat saiz potongan kayu cengal bagi membina Masjid ini maka tidak hairanlah ia kukuh selepas 200 tahun. Lebih mengkagumkan lagi bila membayangkan hanya sebatang pokok chengal yang ditebang cukup menyiapkan sebuah Masjid. Buah butong yang dikatakan dari Masjid Kerisik Patani jelas dilihat dan dijaga dengan baik.
Ahli keluarga Ulama yang mengasaskan masjid ini masih ramai menetap di Beserah. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha-usaha Ulama yang terdahulu.
Bissirril Al-Fatihah
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment