Bangsa Melayu bukan bangsa pinggiran dan bukan bangsa yang tiada tamadun. Malahan bangsa Melayu, tamadunnya melangkaui dunia Melayu itu sendiri. Dan istilah bangsa Melayu itu bukan dicipta oleh British atau Belanda tetapi telah wujud sejak beribu tahun lamanya.
Satu fakta yang memang tidak diketahui oleh Melayu Malaysia yang dungu bahawa sejarah Sriwijaya mereka cuba dipecahkan sekeping demi sekeping dan dituntut oleh pelbagai negara. Thailand mendakwa Sriwijaya bermula di Ligor. Kemboja mendakwa Sriwijaya adalah dinasti raja-raja Khmer dahulukala. Sarjana India mendakwa Sriwijaya dimulakan oleh anak raja India atau orang-orang Malayalam. Indonesia mendakwa Sriwijaya bermula di Palembang dan Siam Ayutthaya mendakwa Sriwijaya dimulakan oleh keturunan mereka. Mengapa banyak orang cuba menuntut hak mereka ke atas Sriwijaya?
INI KERANA SRIWIJAYA ADALAH SATU-SATUNYA EMPAYAR YANG PALING EFFEKTIF, YANG BENAR-BENAR ADA DALAM SEJARAH ASIA TENGGARA SETAKAT INI.
Sriwijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak sebagai empayar yang memiliki sistem ‘federation'. Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk dan bernaung di bawah raja-raja Melayu Sriwijaya untuk bersama-sama menyertai perdagangan maritim yang dibuka oleh Sriwijaya. Bukan konsep imperialisme dari Barat. Tetapi konsep 'perdagangan maritim' yang benar-benar memeningkan ramai sarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar bukan semutlaknya di atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada hegemoni perdagangan dan prestij.
Mengapa paling effektif? Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian yang berkembang dari Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik, pelbagai prasasti dan batu bersurat, binaan candi-candi seperti Borobudur yang merupakan antara 'Wonders' di Asia Tenggara, catatan dan bukti dari sarjana asing, penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehinggalah ke hari ini (Malaysia, Indonesia, Brunei) dan penguasaan wilayah oleh kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyata kewujudan empayar ini. Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hak mereka terhadap Sriwijaya, namun mereka tidak mampu menafikan hakikat paling penting ini. Apakah hakikat itu?
BAHAWA RAJA-RAJA SRIWIJAYA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA MEREKA.
Raja-raja Sriwijaya menuliskan dengan megah kerajaan mereka pada prasasti-prasasti dalam bahasa Melayu Tua. Jangan haraplah mereka mahu menggunakan bahasa Siam Ayutthaya kerana ketika itu nenek moyang raja Naresuan ataupun Traikolanat masih di alam arwah lagi dan bangsa mereka masih berada di Nanchao, Shan atau Yunnan. Tulisan Siam pun tiada lagi dan bahasa Thai pun mungkin masih tiada dan kaum-kaum di Shan dan Nanchao kemungkinan berbahasa Sino-Tibetan seperti Hokkien dan lain-lain.
Sebab itu 'pride' Kemelayuan itu masih ada setidak-tidaknya masih tertinggal pada raja-raja Melayu.
No comments:
Post a Comment