Ramai yang tidak faham apa kaitannya orang Melayu atau Tamadun Melayu dengan Tamadun Khmer. Sebenarnya kaitan antara kedua kaum ini telah berlaku sejak beribu tahun dahulu. Sekurang-kurangnya pada zaman Sriwijaya sebagai empayar kelautan terbesar dan terkuat di Asia Tenggara.
Kemboja pernah menjadi salah satu daripada jajahan takluknya. Keagungan empayar Melayu Sriwijaya tetap dikenang masyarakat Melayu Nusantara sehingga sekarang, namun riwayatnya telah banyak dibunga-bungai dengan dongeng dan mitos. Hal ini telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Nusantara. Kehebatan dan kekuatan empayar Sriwijaya diakui oleh bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. I-tsing seorang pengembara China yang singgah di Sriwijaya pada tahun 671M melaporkan bahawa beliau menaiki sebuah kapal yang dipunyai oleh Maharaja Sriwijaya dari Palembang ke India.
Mulai 683M kerajaan Sriwijaya telah berjaya menakluk sebahagian besar daripada Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian Pulau Jawa. Mengikut catatan buku sejarah China, Hsin Tang Shu, Sriwijaya pada zaman kegemilangannya mempunyai 14 buah bandar besar. Selain menjadi pusat empayar kelautan dan perdangangan, ibu kotanya juga menjadi pusat pengajian agama Buddha yang terkenal di Timur ketika itu. Menurut I-Sing ada terdapat lebih kurang 1000 orang cendekiawan agama Buddha yang tinggal di ibu kotanya. Dipankara Atisa iaitu seorang pengembara Buddha dari Tibet juga datang ke Sriwijaya untuk menuntut selama 12 tahun dibawah seorang guru bernama Dharmakirti (mungkin seorang Melayu) yang dikatakan sebagai seorang cendekiawan Buddha yang teragung pada zaman tersebut.
Tambahan lagi pada tahun 747M terdapat dua orang cendekiawan Buddha yang datang dari Sriwijaya bernama Wajrabodhi dan Amoghawajra dengan membawa ajaran mazhab Buddha Wajrayana ke negeri China. Semua bukti ini menunjukkan bahawa pencapaian bangsa Melayu pada zaman tersebut sebenarnya telah mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa, terutamanya dalam bidang ilmu. Raja-raja Sriwijaya juga telah membina banyak monumen-monumen agung di seluruh Nusantara antaranya ialah Borobodur. Ramai para sejarawan dan arkitek dari seluruh bunia kagum dengan teknik pembinaan candi ini. Hal ini kerana reka bentuk candi ini adalah hasil daripada kebjiaksanaan tokoh-tokoh pemikir tempatan Sriwijaya. Unsur-unsur pembinaannya tidak menyerupai mana-mana kuil atau istana yang ada di India mahupun China! Hal ini dapat menyanggah pendapat para sarjana barat yang menganggap bahawa tamadun Melayu adalah tamadun TIRUAN daripada tamadun India.
Catatan daripada seorang saudagar Arab yang bernama Sulaiman dapat menjelaskan sedikit sebanyak mengenai hubungan Sriwijaya dengan Khmer atau Kemboja. Sulaiman berada di Sriwijaya anggaran tahun 851M. Menurut catatan beliau, antara Kemboja dengan Sriwijaya terletak 10 atau 20 hari perjalanan laut bergantung kepada angin. Ada seorang Raja Khmer yang muda dan berdarah panas, pada suatu hari baginda duduk di istana dan berbincang dengan menterinya tentang keagungan maharaja Zabag. Beliau berkata ingin sekali untuk melihat kepala maharaja Zabag di dalam dulang dihadapanya. Hal ini sebenarnya timbul daripada rasa iri terhadap kerajaan Sriwijaya atau Zabag.
Para menteri telah menasihatinya supaya tidak berkelakuan sedemikian kerana Kemboja dan Zabag tidak bermusuh. Namun beliau tidak menghiraukan nasihat menterinya dan menyatakan hasrat beliau itu kepada para jeneralnya dan menteri-menteri lain. Cerita ini akhirnya sampai ke pengetahuan Maharaja Zabag. Baginda adalah seorang yang tangkas dan berpengalaman dan berpendapat sekiranya beliau tidak mengambil tindakan diatas keceluparan Raja Khmer tersebut maka ia akan menjatuhkan maruahnya. Baginda pun terus menyediakan 1000 buah kapal yang sederhana besarnya dengan helah hendak melawat ke pulau-pulau jajahannya berdekatan Kemboja. Raja Khmer tidak merasa syak sedikitpun dan tidak menyangka bahawa tentera laut Sriwijaya telah mengepung ibu kotanya dengan mengejut lalu menangkap raja Khmer tersebut.
Dalam peristiwa itu rakyat Kemboja telah lari bertempiaran. Namun demikian Maharaja Sriwijaya memerintahkan agar rakyat tidak dipengapakan. Baginda menempelak Raja Kemboja tersebut kerana berhajat untuk membunuhnya lalu memenggal kepala raja itu sebagai balasan. Maharaja Sriwijaya juga memberikan hadiah kepada menteri yang memberikan nasihat baik sebelum itu dan menyuruhnya mencari raja yang baru. Baginda dikatakan meninggalkan negeri tersebut tanpa mengambil sebarang rampasan. Peristiwa yang dicatat oleh Sulaiman ini sebenarnya ada sokongan daripada maklumat lain.
Telah diketahui bahawa orang-orang Melayu dari kerajaan Sriwijaya dinasti Sailendra di Jawa telah berjaya menakluk Pulau Condor di laut Kemboja dan menyerang sehingga ke Annam atau Vietnam pada masa kini. Pada tahun 774M mereka juga menyerang Kemboja dan menawan kuil-kuil yang ada disana. Akibat daripada srangan-serangan ini Kemboja telah tertakluk kepada Sriwijaya Dinasti Salilendra sehingga tahun 802M iaitu selamam kira-kira 28 tahun.
Di kenalpasti oleh sejarawan bahawa Raja Kemboja yang diserang tersebut adalah Raja Mahipativarman manakala Maharaja Zabag tersebut adalah Maharaja Indra yang memerintah antara 787M hingga 812M di Jawa iaitu salah seorang daripada Maharaja Sriwijaya keturunan Sailendra dan salah seorang daripada pembina Candi Borobodor. Tempoh selama 28 tahun pengaruh Sriwijaya Ke atas Kemboja pada zaman tersebut membolehkan bermacam perkara berlaku. Antaranya mungkin campurtangan pemerintah Sriwijaya terhadap kenaikan tahkta Raja-raja Kemboja dan mungkin juga Maharaja Sriwijaya meletakkan menteri atau kaum keluarganya sebagai pemerintah Kemboja. Perkahwinan politik juga boleh berlaku pada masa tersebut. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila salah seorang daripada pakar sejarah Khmer mengatakan bahawa Jayavarman 7, kebanggaan rakyat Khmer bukanlah berdarah Khmer tetapi berdarah Melayu Champa.
Sejarawan tersebut adalah Prof. Keng Vansak. Kenyataan beliau ini telah menimbulkan keributan di Kemboja dan ramai rakyat Kemboja menolak hujah-hujah beliau dan menuduh beliau sebagai tidak patriotik dan anti Khmer dan monarki. Beliau juga mengatakan bahwa catatan yang dapat membuktikan kenyataan beliau telah diambil dan dimusnahkan oleh salah seorang bekas anak muridnya. Mengapa mereka sanggup memusnahkan bukti sejarah? Jika bukan kerana tidak dapat menerima kenyataan, saya rasa mungkin ada kaitan juga dengan politik. Tidak mustahil ada bau-bau campurtangan politik.
Di bawah saya sertakan artikel yang membicarakan mengenai kenyataan beliau:
Academic's Comments on Angkor King Anger Many
By Lor Chandara
THE CAMBODIA DAILY
Cambodia's most famous historical figure of the Angkor period caused an outpouring of emotions this week following a radio interview in which he was depicted as less than the perfect national hero he is now considered.
The suggestion that Jayavarman VII, the Khmer king who governed Angkor when the Khmer empire was at the zenith of its power, may have been half Cham prompted angry headlines in Khmer-language newspapers.
In a Radio Free Asia interview broadcast and posted on the Internet on Jan 22, the writer and Khmer-language academic Keng Vannsak also said that Jayavarman VII had lent the land where Sukothai would later develop as the capital of Siam, Thailand's former name.
Keng Vannsak, whose cultural and political opinions landed him in jail in the 1950s, also said that Jayavarman VII had forced workers to carry heavy stones to build monuments. The 12th-Century King built some of Angkor's most famous structures including the fortified city of Angkor Thorn and the Bayon temple.
Keng Vannsak also described Jayavarman's close links with the neighboring Kingdom of Champa. In a telephone interview Thursday from France, Keng Vannsak said that, based on documents he has, the father of Jayavarman VII may have been Cham and his mother Khmer.
On Thursday, 18 Cambodian journalists issued an open letter in which they accused Keng Vannsak of distorting history.
"His accusations against Jayavarman VII, who is considered by Khmer citizens to be a great King, seriously affects Khmer citizens," they wrote in the letter. "This is an insult to the Khmer royal family."
Ros Chantrabot, a historian and deputy president of the Royal Academy of Cambodia, questioned Keng Vannsak’s historical sources.
"It hurts today's Cambodian people who believe in King Jayavarman VII, Khmer soul and culture—it could cause turmoil," he said.
Historian Michael Vickery said that he did not know what documents Keng Vannsak had based his opinion on.
However, he said, "Historians now accept that Jayavarman VII spent several years in Champa in the 1160s-1170s…and he had Cham princes and troops who assisted him in his campaign to reconquer Cambodia," after the reign of a Khmer king who had been hostile to him.
1. According to KVS, King Jayavarman VII ceded Sukhodaya to Pnhea Rong in 1220. Although the chronicles do not say that King Jayvarman VII was King Botum Soryavong who ceded Sukhadaya to Siam, according to KVS, Botum Soryavong was Jayavarman VII because Sukhodaya declared its independence in 1220 which was during the reign of Jayavarman VII who "died in 1220”.
2. The year 1350 was not the year of the founding of the State of Siam, but according to Keng Vansak, it was the year the Siamese first attacked Angkor;
3. Having had enough of the former kings' unopposed caprice including treating Cambodia as their own and doing whatever they wanted with it, Ta Trasok Pha-em (Pnhea Chey, or the Sweet cucumber man) dared to oppose this and "eliminated all the Varman royals".
4. When pressed for sources for these assertions and other assertions about King Jayavarman VII being a Cham, a destroyer of Cambodia etc, he claimed that [the French scholar George Coedes'] documents critical of Jayavarman VII (which would have supported his assertions) were removed from the Buddhist Institute Library and destroyed by his former student Mr. Leang Ap An.
No comments:
Post a Comment