Sebelum terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969, tidak ramai yang mengenali "Al-Marhum Panglima Kiyai Salleh", orang ramai mula mengenalinya selepas terhebahnya kehandalan beliau dalam Ilmu Kebatinan. Beliau muncul di waktu darurat dan mengumpulkan para pemuda untuk berjihad dengannya.
Dengan kuasa Allah dan ilmu kebatinan yang dimiliki Al-Marhum Panglima Kiyai Salleh, para pemuda yang ikut berjihad menjadi pelimunan ketika berperang menentang komunis Bintang 3, para musuh hanya melihat parang dan pedang melibas dan menetak seorang demi seorang.
Maka terhebahlah, kehandalan Al-Marhum Panglima Kiyai Salleh dan pengikutnya dengan gelaran "Selempang Merah" dan "Parang Terbang". Secara tidak langsung bertambahlah semangat jihad orang MELAYU yang lain dengan adanya pimpinan Al-Marhum Panglima Salleh.
Kesimpulannya, orang MELAYU dahulu suka menyembunyikan identiti, kehebatan dan kekuatan. Sebab itu guru dahulu selalu berpesan, jangan tunjuk kuat nanti musuh sukat kekuatan kita, gunakan bila keadaan mendesak dan bukannya tunjuk buat suka-suka dan untuk perhatian orang, risau akan timbul sifat riak bila kita mendapat pujian.
Jangan tunjuk pandai nanti orang uji kepandaian kita, jangan bagi orang takut pada kita, bila orang takut tanda tiada rahmat dimuka kita, amal yang di fardhu buat berterusan, kuat pun mati, lemah pun mati, mati biarlah ke rahmatullah bukan mati seperti bangkai haiwan.
hidup ini biarlah senantiasa merendah diri, bukannya hidup untuk dihormati dan disegani orang. Hari Ini masing-masing berlumba-lumba menunjuk kehebatan dan kekuatan masing-masing, sangat jauh lari menyimpang dengan kehidupan orang MELAYU dulu.
Akhir kata, kurang-kurangkanlah menunjuk-nunjuk kehandalan dan kehebatan kita dalam sesuatu perkara. Tunjuk hanya bila perlu, jika tidak dikhuatiri akan timbul sifat riak di hati kita bila orang-orang memuji dan kagum dengan kehandalan dan kekuatan kita. Moga Allah menjauhkan kita semua dari sifat riak dan takabbur.
"Dimana bumi ku pijak, di situ langit ku junjung”. Pertolongan Allah datang tepat pada waktunya, bila apa yang ditetapkan telah tiba.
Bissirril Al-Fatihah Al-Marhum Panglima Kiyai Salleh
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment