Maqam seorang Ulama' Besar Nusantara. Al-Arifbillah Alim Syeikh Abdul Samad Bin Muhammad Salleh Al-Kelantani (Tuan Tabal). Penyebar Tareqat Ahmadiah Pertama Di Alam MELAYU, Al-Marhum Tuan Tabal adalah salah seorang Guru kepada Al-Marhum Tok Kenali. Pada penghujung tahun lepas, Baru Sahaja Syeikh Tareqat Ahmadiah Menziarahi Makam Tuan Tabal, Sekarang ianya telah habis dimusnahkan.
Makam Tuan Tabal dimusnahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab berfahaman wahabi ekstrim, Mereka menggunakan notis dengan mengaku sebagai ahli keluarga Tuan tabal untuk merobohkan Makam Tuan Tabal, sedangkan Tiada persetujuan dari Waris sebenar Tuan Tabal.
Seperti yang kita tahu puak wahabi ni lantang sekali mengutuk perbuatan kira Menziarahi kubur walaupun makam Nabi sekalipun, Mereka menggelar Ahlul Sunnah Wal Jamaah sebagai “Al-Kuburiyun" Ataupun Penyembah Kubur.
Saya percaya ini angkara khianat puak-puak wahabi ekstrim, yang membenci melihat orang tidak henti-henti menziarahi makam-makam Waliyullah, Para Habaib Dan Ulama di Nusantara ini. Mereka mengatakan bahwa kita ini menyembah kubur ataupun makam. Bukan di Malaysia saja terjadi, Di semananjung tanah arab mereka lebih mengganas semenjak dahulu lagi.
Mereka Menghancurkan Makam Imam Nawawi, Makam Al Baqi, Makam Sayyidina Hamzah, Makam Para Syuhada, Makam Ayahanda Nabi Muhammad, Makam Ibunda Nabi "Siti Aminah", Dan masih banyak lagi pemusnahan makam para ulama, Serta Masjid yang menjadi bukti kewujudan sejarah Islam, Semuanya habis diratakan.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment