Saturday, January 23, 2010

PATEH ARIA GAJAH MADA

Sayyid Ali Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Husaini PATEH ARIA GAJAH MADA (1360 -1470 M).

Pateh Aria Gajah Mada adalah nama gelaran kepada Sayyid Ali Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Husaini. Beliau lahir di Kerajaan Campa pada tahun 1360 M. Bonda beliau ialah Puteri Selindung Bulan atau Puteri Sahirah binti Sultan Baki Syah. 

Dan ini bermakna beliau adalah anak saudara kepada Raden Perlangu atau Raja Kemas Jiwa atau Prabu Bhre Parameswara atau Sultan Iskandar Syah atau Betara Majapahit Barat. Dari Sayyid Ali Nurul Alam banyak melahirkan Keturuanan Raja Raja dan Sultan Nusantara seperti Sultan Kelantan,S ultan Ceribon, Sultan Pagar Ruyung dan Sultan Ternate juga Sultan Demak. Anak beliau ramai dan saya hanya ketahui seramai 8 orang sahaja iaitu:

 1. Wan Abdullah atau Wan Bo Teri Teri atau Sultan Hud.
 2. Wan Husin Senawi.
 3. Wan Demali atau Laksamana Bentan.
 4. Wan Jamal.
 5. Wan Biru atauPuteri Cempaka Biru.
 6. Wan Hasan
 7. Wan Senik
 8. Wan Muhamad Sallih Al Lagihi

Seperti Bapa nya Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra, beliau juga sentiasa bergerak untuk berdakwah. Dan sambil itu beliau juga seorang Panglima Perang. Beliau ialah Panglima Perang Kerajaan Campa. Dari Panglima Perang beliau di lantik menjadi Perdana Menteri di zaman Bapa Saudara nya memerintah, iaitu Sultan Iskandar Syah. Sejarah hidup beliau memang penuh dengan misi dakwah dan Perang. Kerajaan yang selalu menggangu Kerajaan Campa ialah Kerajaan Ayuthia, yang di pimpin oleh Raja Beromaraja 2. Beliau dan keluarga nya pernah lari ke Pasai, Terangganu dan Pahang.

Dalam anak Keturunan Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra seramai 6 orang, Jurai Sayyid Ali Nurul Alam lah yang PALING BANYAK!!!! sahaja banyak tetapi melahirkan keturunan raja raja atau Sultan Nusantara. Di antara keturunan Beliau yang kekal menjadi Raja dan Sultan Kelantan. Dan Keris Kerajaan Kelantan yang ada sekarang dari Warisan Sultan Iskandar Syah atau Betara Majapahit Barat.

Melalui peperangan demi peperangan, keluarga Sayyid Ali Nurul Alam lari merata tempat. Mereka lari ke Terangganu, Pasai, Johor, Muar dan Melaka. Kerajaan Empayar Cermin Jeddah hancur pada serangan Tentera Ayuthia pada tahun 1465 M. Pada tahun 1467 M, atas bantuan negara sahabat seperti Melaka dan Pasai, mereka menyerang Tentera Ayuthia.

Serangan yang di ketui olih Sayyid Ali Nurul Alam dan di bantu oleh Laksamana Hang Tuah,Tun Mutahir dan juga Laksamana Bentan Wan Demali. Tentera Gabungan MELAYU ini berjaya menghancurkan tentera Ayuthia, malangnya Sultan Iskandar Syah mangkat. Atas nasihat Sultan Mahmud Syah, Kerajaan Patani Kelantan dan Campa melantik Sayyid Ali Nurul Alam menjadi Sultan Kerajaan Patani Besar. Beliau bergelar Sultan Qumbul.

Sayyid Ali Nurul Alam dikenali dengan banyak nama antaranya:

Syeikh Ali al-Mashur al-Laqihi
Syeikh Nurul Alam Siam
Ali Alam
Ali Nuruddin
Ali Nurul Alim
Alim Ali

Beliau merupakan seorang Ulama, Pembesar dan Pahlawan MELAYU yang setia mempertahankan agama, bangsa dan negara. Walaupun kisahnya jarang diangkat, namun namanya tetap tercatat pada kitab-kitab lama. Benar usaha ini masih tidak lagi sempurna, malah terdapat banyak percanggahan pendapat mengenai beliau. Yang jelas disini dari beliau telah membenihkan ramai Ulama dan Pembesar Alam MELAYU.

Pada tahun 1470 M, Sultan Qunmbul atau Sayyid Ali Nurul Alam atau Pateh Aria Gajah Mada kembali ke rahmatullah. Beliau di makam kan di Kampung Garak Rawian, Binjal Limo, Patani.

Bissirril Al-Fatihah

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment