Saturday, January 23, 2010

9 RAJA-RAJA MELAYU ATAU 9 NAGA KONGSI GELAP?

Kalau dahulu Raja-raja MELAYU adalah individu yang paling berpengaruh dan berkuasa di tanah MELAYU ini, tetapi semuanya berubah semenjak kedatangan british di tanah MELAYU. British menggunakan konsep perjudian, lumba kuda, no ekor dan pelacuran untuk menarik sokongan masyarakat untuk menentang komunis pada tahun 1948-1960. 

Kalau dahulu penubuhan kongsi gelap yang disokong oleh British adalah untuk menentang komunis. Konsep kongsi gelap ini mulai berubah apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 dan peperangan Vietnam pada tahun 70-an.

Perubahan ini disebabkan modus operandi kongsi gelap telah beralih kepada perniagaan dadah dan pelacuran. Pembukaan kelab malam dan pengenalan budaya hipster atau budaya A-go-go telah merancakkan lagi perniagaan dunia gelap.

Akhirnya pada lewat 80-an telah muncul beberapa ketua kongsi gelap yang dikenali 4 Raja Syurga yang berkuasa dalam dunia gelap. Ini disebabkan beberapa kumpulan kongsi gelap kecil yang dikenali sebagai Naga telah bergabung untuk menyokong Raja Syurga dan dibantu 9 individu yang digelar Harimau Kawasan. 

Modus operandi dunia gelap pada zaman 80-an dan 90-an bertumpu kepada perjudian, pelacuran, dadah, pinjaman wang haram dan peras ugut untuk wang perlindungan.

Sejak tahun 2000, modus operandi dunia gelap mula beralih kepada perniagaan yang sah melalui industri hiburan, perhotelan, makanan, rokok dan peruncitan. Kebanyakan kedai no ekor, kedai pinjaman wang, supermarket seperti TF mart adalah milik kongsi gelap. 

Melalui dana pusingan modal yang berbilion ini dalam dunia gelap telah disucikan menjadi wang sah dalam perniagaan yang diiktiraf undang-undang. Pendapatan mereka sebulan mencecah 6 billion. 

Mereka juga telah bekerjasama dengan kartel-kartel perniagaan untuk mengawal harga sesuatu barangan di pasaran. Ini disebabkan terdapat penglibatan pemimpin-pemimpin masyarakat dalam dunia gelap. ahli politik, pegawai penguat kuasa menjadi bonek mereka. 

Bantuan dunia gelap ini boleh difahami kerana mereka turut sama menyokong sesetengah pemimpin masyarakat dalam pilihan raya umum terutamanya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan sebagainya.

Sokongan mereka juga dapat memastikan keamanan dan keharmonian hubungan etnik dalam sesuatu kawasan. Ini disebabkan pada hari ini, penglibatan kongsi gelap MELAYU, kongsi gelap India, kongsi gelap Sabah dan Sarawak telah berada bersama dalam sokongan kewujudan dunia gelap.

Hubungan kongsi gelap dan gengster berbagai etnik dalam dunia gelap lebih harmoni, saling menghormati dan berdasarkan muafakat bersama. Maka tidak menghairankan adalah sukar berlakunya pergaduhan kongsi gelap antara etnik di negara ini. Walaupun begitu, dunia gelap ini masih didominasi oleh kongsi gelap dan corak struktur kepimpinan organisasi dunia gelap hampir sama dengan corak dunia gelap Timur Jauh.

Rasuah dan ugutan adalah satu kebiasaan dalam modus operandi dengan pihak berwajib seperti amalan kongsi gelap dunia gelap Timur Jauh. Cuma kini pemerdagangan manusia dan senjata menjadikan Malaysia sebagai hab persinggahan sementara sebelum bergerak ke negara sasaran.

Hab persinggahan sementara ini menjadikan 9 Naga dalam dunia gelap diperlukan oleh dunia gelap negara lain. Sebagai balasan, mereka mampu menjalankan perniagaan pesisir pantai yang dapat mengelakkan percukaian.

Melalui cara ini, perniagaan yang sah tersebut dapat mengelakkan dikenakan cukai jutaan ringgit. Ada kalanya mencecah ratusan juta ringgit. Wang tersebut digunakan balik untuk pinjaman tanpa berlesen atau berlesen kepada sesiapa yang memerlukannya.

Putaran wang modal ini akhirnya berjaya dicuci dan digunakan untuk pembelian aset seperti tanah dan bangunan di luar negara. Kejayaan dunia gelap merekrut ahli-ahli baharu untuk terlibat sama ada sebagai pekerja atau penggerak disebabkan faktor ekonomi. Maka tidak hairanlah orang cina mendominasi ekonomi di malaysia. 

Ditambah pula, dengan kesukaran untuk mendapat kerja bagi mereka yang tercicir daripada alam persekolahan menyebabkan penglibatan ini menjadi mudah. Tekanan kos sara hidup dan ingin bermewah turut menyumbangkan kepada pengukuhan dunia gelap.

Pada masa kini kumpulan-kumpulan Harimau Kawasan terdiri daripada pelbagai etnik dan jantina termasuklah wanita. Mereka mempunyai sistem pemerintahan dan undang-undang tersendiri. Setiap kepimpinan tidak diwarisi daripada seorang ayah atau ibu kepada anak, tetapi ditentukan oleh sokongan harimau-harimau kawasan.

Inilah kehidupan dalam dunia gelap. Tidak jauh berbeza dengan dunia cerah yang seperti kita lihat dalam dunia realiti. Cuma yang memisahkan adalah pekerjaan dan kehidupan kita dengan mereka.

Ada juga beberapa orang MELAYU yang cuba mendedahkan segala sindiket haram 9 Naga kongsi gelap Malaysia ni. Tapi malangnya mereka semua berakhir dengan kematian. Segala usaha menjadi sia-sia kerana 9 Naga ini dilindungi ahli politik dan pemimpin tinggi penguat kuasa. Mereka berkuasa untuk memecat siapa saja yang cuba menggangu sindiket haram seperti perjudian, arak, pelacuran, dan macam-macam lagi. 

Sebab tu lah di Malaysia ni, segala pusat-pusat perjudian, pelacuran, dan segala sindiket haram tidak pernah habis, Yang asyik di kacau orang MELAYU yang berniaga kecil-kecilan di tepi jalan. So bagi korang siapa sebenarnya yang kawal Malaysi ni 9 Raja MELAYU Atau 9 Naga Kongsi Gelap? 

Kalau 9 Raja MELAYU, setiap seorang sultan mewakili 1 negeri yang berjumlah 9 kesemuanya. Kalau 9 Naga, mereka pun sama berkuasa di setiap negeri. Siap ada yang dapat gelaran “Tengku" lagi. Maknanya cuma ada 9 negeri yang dikuasai kongsi gelap, Agak-agak korang negeri mana yang di control oleh 9 Naga ini? Saya malas lah nak cakap 9 negeri ni, kalau korang rasa negeri tu maju dan kaya maknanya kat situlah ahli setiap 9 Naga.

Kalau saya tiba-tiba senyap kemungkinan besar saya dah dalam tahanan. Didakwa atas akta hasutan lah kot tapi saya tidak gentar dengan mereka, kerana yang berkuasa itu sebenarnya adalah Allah Yang Maha Kuasa. Allah Pelindung Kita Semua, Cukuplah Allah Sebaik-baik Pelindung.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment