Thursday, January 28, 2010

SENIBINA MELAYU

Senibina rumah melayu adalah salah satu lokal genius yang paling hebat bagi saya. Bagi anda yang sejak dalam rahim hingga nak hampir liang lahad tak pernah keluar dari Kuala Lumpur or bandar-bandar besar pasti takkan jumpa senibina rumah Melayu asli yang mengagumkan. Kecualilah kalau anda duduk Kampung Baru. Kalau ada masa rajin-rajinkanlah diri melawat pantai timur Semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu. Dua negeri itu boleh dikatakan sebagai syurga pencinta senibina Melayu lama.

Pada pendapat saya senibina Melayu adalah senibina yang penuh dengan seni dan falsafah. Setiap inci ukiran, setiap anak tangga, daun tingkap, alang dan lain-lain ada makna yang tersirat. Sememangnya tak dapat dibandingkan dengan senibina bangsa lain walaupun bangsa lain membina bangunan yang megah dengan batu-batuan besar dan berkilau. 


Kalau tak percaya cuba kita tanya orang USA di New England yang terkenal dengan senibina Victorian tu apa makna disebalik ukiran kerawang yang berbunga-bunga tu dan kenapa bumbung dan tingkap rumah macam tu. Pasti diorang jawab dari sudut praktikal, estetik dan arkitektual sahaja tanpa sebarang unsur falsafah dan kerohanian. Itulah kehebatan senibina Melayu, kerana ia mempunyai roh atau semangat yang tersendiri.



No comments:

Post a Comment