Ada sesiapa yang tidak kenal dengan Mat Kilau? Beliau dilahirkan pada tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut Pahang di dalam zaman pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah. Anak kepada Imam Perang Rasu atau Tok Gajah atau Katib Rasu dan ibunya bernama Mahda anak kepada Tok Kaut di Burau.
Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Ilmu kepahlawanannya dipelajari daripada ayahandanya dan beberapa orang guru yang lain. Beliau juga pernah berguru kepada seorang wali Allah iaitu Tokku Paloh seorang ulama terbilang di Terengganu.
Sebagai seorang pahlawan Melayu dan pejuang, Mat Kilau banyak mengamalkan amalan-amalan seperti mantera, jampi serapah, doa, isim dan silat untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh. Mat Kilau merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang, pantang menyerah kalah walau nyawa menjadi galang ganti.
Oleh kerana dianggap sebagai penderhaka oleh penjajah British, Mat Kilau terpaksa bersembunyi dan berpindah randah sehingga akhirnya menetap di Gambang Kuantan dengan memakai nama samaran iaitu Mat Siam.
Akhirnya pada 26 Disember 1969, Mat Siam menggemparkan seluruh Malaysia dengan mendakwa bahawa beliaulah sebenarnya Mat Kilau. Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk menyiasat dakwaan itu.
Tepat jam 10.30 pagi hari Khamis, 6hb Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Empat hari selepas pengiktirafan itu, beliau kembali ke rahmatullah ketika berusia 122 tahun. Moga-moga Allah memberkati roh beliau dan dimasukkan ke dalam golongan syuhada.
Berikut adalah antara amalan-amalan yang pernah beliau miliki:
Amalan 1: Untuk Kebal (Aman dari Senjata Musuh)
Bismillah
Lam Zat Kam sifat
Lam Ghat rohku
jaga-jaga Ya Hu Ujud Allah
Ya Hu Rahimallah
Ya Hu sifat Allah
Ya Hu Ya Allah
hai Jibril Israfil Izrail Mikail
adangkan aku selitkan nyawa
di dalam kandang Laila Hail LaAllah
binasa Allah binasa aku
tiada binasa Allah tiada binasa Aku
menyelamatkan aku Allah
Muhammad bersertaku
dengan berkat Laila Hail LaAllah
Ahlikum Nabaz si berkat besi
sampai semua yang bernyawa
tidak dapat menentang mataku
aku berdiri di dalam kandang
Laila Hail LaAllah
dengan berkat guru-guruku
Laila Hail LaAllah
Amalan 2: Ilmu Limunan (Menghilangkan Diri dari Penglihatan Musuh)
Wa Atbaaka Palaka
Kun suaraku
Kairun rahsiaku
hai alam akulah yang bernama Nakad
yang tiada berlawan
Satakun AH AH AH
Sumun Bukmum Bania Bikum (3 kali)
Ah lenyap aku di dalam zat Allah
Ah hilang aku di dalam zat Allah
Ah senang aku di dalam zat Allah
Ah ghaib aku di dalam badan Zat Allah
yang tiada bersifat AH AH AH HU
Amalan 3: Untuk Kuat dan Gagah
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Derhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah
(Catatan: ibu jari pegang buah pinggang, urut ke depan tiga kali)
Amalan 4: Pendinding Diri dan Meringankan Badan
Khursani menggantikan diriku
Khursani menggantikan nyawaku
Alung memaling badanku
yang menjadikan Nabi Adam
Mustajab bagiku siang dan malam
dengan berkat doa Laila Hail LaAllah
Nusantara telah dijajah selama beratus tahun dan kemudian dipecah dan dipisah-pisahkan menjadi beberapa negara yang berasingan dengan tujuan untuk melemahkan orang-orang Melayu. Mereka menyusun strategi untuk melemahkan Melayu kerana mereka dapat tahu (dari teks-teks silam) bahawa orang-orang Malai ini akan sekali lagi menjadi pemimpin atau peneraju dunia di akhir zaman.
Mereka jajah kita dan telah berjaya melaksanakan apa yang mereka harapkan. Kini, walaupun banyak negara yang terjajah ini sudah merdeka, rakyatnya masih berada dalam keadaan yang mundur dan minda mereka terus dijajah. Kami mahu kisah kepahlawanan Mat Kilau ini menjadi hikmah yang dapat menyedarkan kita betapa perlunya kita sentiasa peka dan sentiasa bersedia untuk menangkis ancaman-ancaman yang datang dengan menggunakan berbagai bentuk kebijaksanaan atau hikmah.
Dipaparkan juga amalan-amalan Mat Kilau bagi memberi kesedaran kepada kita semua bahawa kita perlu kembali kepada ajaran Islam dan jangan leka dibuai oleh segala macam godaan yang sengaja disebarkan secara meluas oleh Barat agar kita terus lemah dan mengagungkan mereka.
Amalan Mat Kilau yang dicatat di atas itu termasuk dalam ‘ilmu perang’ orang-orang Melayu zaman dahulu. Ia dicatat untuk menambah pengetahuan saja. Sekiranya anda mahu menuntut ilmu kepahlawanan, carilah guru-guru yang berkelayakan. Di Nusantara ini terdapat semakin ramai pahlawan Melayu yang tinggi ilmunya, ciri kepahlawanan ini akan terus wujud dan subur di kalangan bangsa Melayu, selagi bangsa Melayu masih bernafas.
Bagi anak-anak muda Melayu, eloklah ambil tahu mengenai sejarah pahlawan Melayu. Sebagai salah satu contoh, Panglima Salleh (Kiyai Salleh) di Batu Pahat, Johor, adalah merupakan seorang pahlawan Melayu yang tidak patut dilupakan begitu saja. Mudah-mudahan artikel ini dapat membangkitkan kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya kita berada dalam keadaan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tuntutlah ilmu pengetahuan di berbagai bidang (bukan ilmu kepahlawanan saja) untuk membolehkan bangsa Melayu sentiasa berada di depan dan disegani.
No comments:
Post a Comment