Monday, January 25, 2010

SINGGORA

Gambar-gambar sekitar Singgora (kini Songkhla) yang dirakam pada tahun 1890 oleh Jules Claine (1856-1938). Bukan sahaja pemusnahan tembok kota Songkhla bahagian Khao Dang (binaan Sultan Sulaiman Shah) berlaku semasa diserang Raja Narai pada tahun 1680. 

Malah dibuktikan melalui gambar-gambar ini sebahagian tembok kota Songkhla bahagian Bo Yang (binaan keluarga Na Songkhla) juga telah dirobohkan. Dirujuk silang catatan seorang Arkitek bernama Sumet Jumsai (1970), sebahagian dari tembok kota Bo Yang tersebut telah dirobohkan oleh kerajaan Thailand pada sekitar tahun 1970. (Kredit gambar dari FB Yusrin Faidz).

Pada masa dahulu kerajaan ini pernah menjadi salah satu kerajaan yang paling terkuat dan terkaya di alam MELAYU terutamanya di bahagian utara. Namun kegemilangannya tidak bertahan lama akibat dengki dan dendam kerajaan jirannya di utara.Kalau dahulunya penduduk majoriti di Singgora atau Songkhla adalah MELAYU kini ianya menjadi minoriti malah anak-anak MELAYU Singgora sudah tidak tahu bercakap MELAYU.

Sejarah awal Singgora tercatat pada catatan awal china pada abad ke 6-7 lagi masihi lagi. Kerajaan Singgora telah diasaskan oleh rombongan ulama parsi yang bermastautin di Singgora 1603 M dan mereka mendirikan kerajaan yang bergelar Singgora Darussalam. Ulama tersebut dilantik oleh pengikutnya menjadi pemerintah yang bergelar Sultan Muzaffar Syah. Beliau bukan saja seorang ulama malah seorang panglima tentera dan tidak hairan lah wilayah jajahannya semakin meluas.

Kerajaan Singgora dahulunya menjadi tumpuan para pedagang dari Parsi , Eropah, Arab, China, Jepun dan seluruh Nusantara. Apabila Sultan Muzaffar Syah mangkat pada tahun 1618M, Baginda digantikan dengan putranya iaitu Sultan Sulaiman Syah. Sultan Sulaiman meneruskan usaha ayahandanya dengan membina tembok-tembok pertahanan dan meriam. Baginda sedar kemakmuran dan kemasyuran Singgora akan mengdatangkan cemburu dari kerajaan jirannya dan musuh-musuhnya. Baginda pernah mencuba untuk membuat terusan dari teluk Singgora pantai timur ke laut andaman pantai barat, Namun ianya tidak berjaya kerana adanya banjaran gunung-gunung yang besar.

Sepanjang pemerintahan Sultan Sulaiman Syah, Thai-Siam tidak henti-henti menyerang untuk cuba menawan kerajaan makmur ini. Namun dengan Izin Allah tembok pertahanan, meriam, dan juga kehebatan Sultan Sulaiman dalam strategi perang menggagalkan segala usaha thai-siam untuk menawan Singgora. Thai-Siam asyik mengalami kekalahan walaupun membawa beribu tentera bergajah.

Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman Syah, takhtanya digantikan putranya Sultan Musthapa Syah. Ianya menjadi kelebihan bagi Thai-Siam kerana Sultan Sulaiman Syah adalah seorang Jeneral Panglima Perang yang hebat dan kini ia telah tiada dan itu memudahkan Thai-Siam untuk menawan Singgora. 

Thai-Siam melakukan serangan lagi, kali ini lebih besar kerana mendapat bantuan tentera upahan dari Belanda dan Portugis. Kali ini mereka lebih yakin akan dapat menawan Singgora, serangan itu diketuai oleh raja siam sendiri iaitu Raja Narai Maharaj dan ketua panglimanya Phraya Ranchodo. Serangan ini berjaya menumpaskan tentera Singgora dan akhirnya pada tahun 1689 mereka berjaya menawan Singgora yang sejak dahulunya menjadi idaman mereka. Ramai orang MELAYU Islam Singgora ditawan dan dibawa ke Ayuthia. Siam juga merampas meriam Sultan Sulaiman Syah yang banyak mematahkan serangan siam sehinggakan para panglima siam melarikan diri dari peperangan.

Meriam yang megah ini dirampas Siam dan berada dalam simpanan mereka selama 79 tahun, kemudian dirampas Burma dalam Perang Burma-Siam atau Pengepungan keenam Burma 1765-1767 yang menyaksikan kejatuhan Ayutthaya. Meriam buatan MELAYU Singgora ini berada dalam simpanan Burma selama 120 tahun. Kemudian dirampas pula oleh British dalam Perang Inggeris-Burma Ketiga 1885-1887 dan dibawa ke England dan ditempatkan di Royal Hospital Chelsea sehingga ke hari ini selama lebih 120 tahun. 

Tetapi ada satu kekesalan saya pada Kerajaan Singgora ini, iaitu pemerintahnya Sultan Musthapa Syah anak kepada Sultan Sulaiman Syah. Beliau merasa megah dengan kehebatan yang Allah kurniakan pada kerajaan mereka, walhal ianya usaha Ayahnya bersama Datuknya Sultan Muzaffar Syah maka Kerajaan Singgora menjadi kerajaan yang kuat dan diberkati ALLAH. Kenapa saya merasa kesal? Masih ingat tak perang antara Singgora dan Pattani pada tahun 1670, walhal keduanya adalah kerajaan MELAYU Islam.

Singgora hantar tentera pergi perang dengan saudara dia sendiri iaitu Patani. Walaupun Sultan Kedah cuba meleraikan pertelingkahan itu, namun Singgora angkuh dengan mempercayai bahawa tenteranya hebat dengan para penembak meriam terhandal mereka yang telah memusnahkan askar-askar Siam selama lebih sepuluh tahun peperangan.

Alangkah baiknya jika Patani dan Singgora bergabung untuk memerangi Siam?

Keberanian mereka betul-betul 'menyeramkan' saya. Berani berperang sesama sendiri padahal musuh masih gagah nun di sana. Peperangan ini merugikan kedua-dua pihak, terutamanya Singgora. Ini adalah asbab utama mengapa Singgora tewas pada siam, tidak lain tidak bukan ianya adalah dengan izin ALLAH. Sedangkan Patani masih gagah dan mampu menahan serangan Siam walaupun Siam dibantu Ligor dan Singgora bersama sokongan Belanda dan Inggeris sehinggalah ia jatuh pada tahun 1785 akibat pengkhianatan penjaga meriam besar Patani yang terkenal itu. 

Cuba bayangkan betapa kuatnya Patani suatu ketika dahulu. Ianya diserang SIAM-SINGGORA-LIGOR-BELANDA-BRITISH secara serentak dan masih dapat bertahan. Tapi biasalah di alam MELAYU ini tidak pernah tidak ada SI PENGKHIANAT. Sehinggalah hari ini kita masih boleh lihat Pengkhianat Berbangsa MELAYU bertambah ramai.

(Secara peribadinya saya lebih mengagumi Kerajaan PATANI berbanding Singgora).

Dan lagi satu siapa kata alam MELAYU ni ketinggalan dari segi senjata api? korang boleh nilaikan sendiri mengapa penjajah beriya-iya merampas dan menawan meriam alam MELAYU dan dibawa ke tanah mereka. Ianya tak lain tak bukan Meriam Alam MELAYU jauh lebih hebat dari meriam ciptaan mereka.

Cuba korang bagi idea apa yang patut kita buat pada Tali barut atau Pengkhianat di alam MELAYU ni.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment