Monday, January 25, 2010

KOMPLOT MENJATUHKAN TENGKU ALI-SULTAN TERENGGANU

Saya yakin masih ramai yang tidak tahu kisah mengenai Komplot Para Pembesar atauMenteri Terengganu dengan Pihak British untuk menjatuhkan Sultan Terengganu Almarhum Tengku Ali Pada 1945.

No 4 dari kiri yang berdiri di belakang adalah Dato Jaya Perkasa Che Da Omar Mohamad, pengkhianat dan orang yang berpakat dengan pihak British untuk menjatuhkan Tengku Ali, Beliau menuduh dan mengatakan kepada Pihak British bahawa Tengku Ali adalah "Pro Jepun". 

No 4 dari kiri yang duduk adalah Tengku Ali atauTengku Chantek. Beliau seorang waris sultan yang Sah dan sebenarnya, Sebelum Al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah wafat, Al-marhum Tengku Ali adalah Yang Dipertuan Muda Terengganu, Beliau waris yang mutlak dan calon yang paling Layak untuk menggantikan Takhta ayahnya jika mengikut adat istiadat Terengganu, Dan pada 26 September 1942 Tengku Ali ditabalkan sebagai Sultan Terengganu. 

Dan Dato Jaya Perkasa Che Da Omar dilantik sebagai Menteri besar terengganu oleh Almarhum Tengku Ali pada 28 November 1943. Tapi itu tidak mengubah sikap prejudis si pengkhianat ini dan telah berpakat dengan pihak British untuk menjatuhkan Tengku Ali. Beliau membuat pakatan bersama pembesar yang lain dan menggunakan alasan Tengku Ali adalah pro Jepun, Beliau memberitahu kepada Pihak British bahawa Tengku Ali adalah Pro Jepun dan sangat anti pada British. 

Dan pada 5 November 1945, Seramai 13 kerabat diraja Terengganu dan para pembesar termasuk Dato Jaya Perkasa Che Da Omar telah membuat 1 mesyuarat tanpa pengetahuan Tengku Ali, dan membincangkan isu untuk menjatuhkan Tengku Ali. Dan pada 27 Disember 1945 Tengku Ali akhirnya diturunkan Takhta secara paksa dan tidak mengikut adat istiadat dan digantikan oleh Tengku Sri paduka ismail. 

Almarhum Tengku Ali tidak berputus asa dan cuba untuk mendapatkan kembali haknya sebagai Sultan Terengganu, Pada 25 March 1946 Tengku Ali mengirim surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan Kerajaan British supaya Pihak British membatalkan Perlantikan Tengku Ismail sebagai Sultan kerana perlantikan itu sama sekali tidak sah dan bertentangan dengan adat dan Undang-undang istana. Tetapi Malangnya usaha Tengku Ali tidak berhasil. Dan pada 15 Disember 1947 Tengku Ali sekali lagi mengirimkan surat kepada pihak British untuk mengikturafnya sebagai Sultan kerana Tengku Ali menepati Kehendak Fasal 1 Undang-undang Diri Bagi Perlantikan Sultan Terengganu. 

Bagaimanapun Pihak British tidak mengambil peduli segala Undang-undang Raja-Raja MELAYU dan Rayuan Tengku Ali, Kerana pada Pandangan pihak British perlantikan Tengku Ismail sebagai Sultan adalah Sah. Penyingkiran Tengku Ali adalah disebabkan kerana Tengku Ali amat tidak suka pada Pihak British, ianya menyusahkan bagi pihak British jika Tengku Ali berkuasa di Terengganu. 

Apatah lagi para pembesar kerajaan Terengganu tidak memihak kepada Tengku Ali, terutamanya Menteri Besar Dato Jaya Perkasa Che Da Omar yang mengetuai Penyingkiran Tengku Ali. Dan akhirnya Tengku Ali terpaksa akur. Baginya apa yang telah berlaku sudah Suratan Ilahi. 

Kisah hidup Almarhum Tengku Ali begitu sedih, Beliau pernah menjadi Driver Teksi di Kemaman untuk menyara hidup dan juga keluarganya.  Bissirril Al-Fatihah.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment