Monday, January 25, 2010

ILMU PERANG PERISAI DAN PEDANG ATAU PARANG

Ilmu dan latihan ataupun pengalaman, adalah dua perkara yang berhubung kait. Ilmu umpama pedang dan latihan umpama perisai. Jika kita ada ilmu tanpa mengamalkan latihan secara isitiqamah, kita umpama menyerang tanpa pertahanan. Jika kita berlatih tanpa ilmu ataupun berguru, kita cuma ingin bertahan tanpa melawan. Namun jika kita ada kedua-duanya, kita umpama pahlawan yang berjuang untuk kemenangan.

Perisai adalah pasangan terbaik bagi senjata tempur seperti pedang dan tombak, dalam sejarah perang zaman dahulu kebanyakan mereka menggunakan perisai untuk corak bertahan sambil menyerang,hampir kesemua angkatan perang terhebat di dunia pernah menggunakan perisai ketika berperang. Antaranya; Aztecs, Roman Legion, Mamluk, Spartan, Ottoman, Persia, Vikings dan Knights. Perisai umumnya adalah untuk menangkis serangan senjata dari pihak lawan.

Dalam ilmu perang MELAYU, Perisai adalah satu senjata yang sangat diperlukan ketika berperang, Seni perang pedang dengan perisai adalah satu seni ataupun ilmu yang wajib dipelajari untuk pahlawan yang turun ke medan perang.Kerana di Alam MELAYU, perisai juga pernah menjadi sebahagian daripada senjata yang dibawa berperang. Terdapat pelbagai jenis perisai yang digunakan di Alam MELAYU ini, antara yang popular adalah perisai Sarawak, perisai Acheh dan perisai Pattani. Pembuatannya ada sedikit perbezaan kerana ianya menggabungkan unsur kayu, rotan dan logam.

Dan secara peribadinya saya lebih berminat dengan Perisai Rotan kerana rotan adalah kerana sifatnya yang ringan, tahan lasak, tindakbalas yg bersifat lantunan dan ada ruang untuk mengintai (tidak menutup pandangan). Antara contoh perisai rotan adalah Acheh dan Pattani. Perisai Acheh diperbuat menggunakan rotan dan ditambahkan dengan logam manakala pattani 100% menggunakan rotan.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment