Monday, January 25, 2010

ISTANA LONG PUTERI ATAU MAIMUN JUGRA

Istana Long Puteri atau Istana Maimun merupakan kediaman Raja Long Puteri iaitu cucu kepada Al-Marhum Sultan Abdul Samad. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Jugra. Daripada aspek seni bina bangunan, Istana Long Puteri merupakan sebuah rumah berdindingkan papan, bertiang dan berlantaikan batu. 

Untuk memasuki istana ini, kita perlu menaiki 14 anak tangga yang dibina daripada bahan batu. Dari segi ruang dalaman istana ini, terbahagi kepada 3 ruang iaitu bahagian ruang tamu, ruang tengah dan dapur, di mana bahagian dapur telah dipisahkan daripada ruang tengah. Istana ini juga mempunyai 3 bilik dan sebuah bilik tamu. 

Gambar di bawah adalah pemandangan bahagian hadapan Istana Long Puteri (Istana Maimun), Jugra, Kuala Langat yang ketika itu didiami oleh Raja Sakiah ibti Raja Mustar sekitar tahun 1930. Malangnya kini, Istana ini tidak diselenggara dengan baik dan dipelihara. Sayang sekali warisan ini dibiarkan penuh dengan semak samun. Sekarang yang tinggal hanyalah tangga.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment